CITARASA RINDUAN

Thursday, February 3, 2011

Happy birthday Ipin, Blogger Azian,Chai, Nazri,Aimi dan Happy CNY

Salam 1 Malaysia, hari nie CNY bersamaan 03.02.2011, dalam tahun arnab….perayaan untuk kaum cina yang beragama Buddha….(kalau salah sila betulkan ). Selain kuih kapit, buah limau, ang pau, pakaian berwarna merah, tarian singa, mercun dan taglung, kunjung mengunjung merupakan salah satu eleman untuk meraikan dan memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.

Kebetulan, citarasa rinduan bersama-sama menyahut 1 malaysia, dan kami bersetuju untuk menutup perniagaan kami selama 1 hari…ada juga open house dari tokey telur, tokey plastic, tokey bahan basah dan kering..tapi, memandangkan cuaca tidak menentu, kami berehat-rehat dirumah sahaja.

Malam tadi, aku menyiapkan bingka bakar, untuk entry itu. Akan ku kongsi dengan kalian berserta resepinya sekali, kredit to ibunda di kampong iaitu Puan Jumiah Ramli, yang berkongsi resepi…

Hari ini, ramai sahabatku berkongsi hari ulang kelahiran……….antaranya ialah:-

******************************
Selamat hari lahir ku tujukan kepada sahabatku Ariffin Kamil, sahabat di politeknik, kini part time sebagai photographer.,sila klik http://ariffinkamil.com/blog/ untuk ke blog beliau (mana tau, ada yang berminat nak tempah photoshot di kawasan Kuala Lumpur). Tempahan untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan lain-lain
~ipin, selamat tahun baru..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki kamu~





Jua, ucapan selamat hari lahir kepada blogger Azian Muhamaad, blogger yang pernah berkunjung ke citarasa rinduan, pensyarah di UiTM pahang,..seorang ibu yang bersemangat waja dalam mengharungi dugaaan dalam bergelar wanita…alhamdullilah, kini muaz semakin sembuh dan semakin cerdik..
~azian, kalau balik ke johor…silalah singgah ke citarasa rinduan lagi…~

Nor Azian Iskandar


*****************************
Dan, selamat hari lahir kepada sahabatku Chiranai Krin
, sahabat di politeknik, asal dari siam…pernah satu paras asrama semasa di dorm Nurani 1, saat itu,,,aku suka bekawan dengan berlainan kaum.kini memory itu tersemat dihati…..(sekarang hanya dapat kawan dengan orang Indon jerlah)
~chai, happy birthday……….kalau potong kek, sila ingat ayu di johor ya~

Tak lupa, kepada sahabat FB, iaitu Md Nazri Marsam
Dan Aimi Liyana..semoga kalian di panjangkan usia, di murahkan rezeki dan berbahagia selalu




PS: jua, Selamat tahun baru kepada semua sahabatku yang menyambut perayaan Tahun baru cina, selamat hari lahir kepada sesiapa yang menyambut kelahiran mereka pada hari ini…..semoga panjang umur, smoga anda dirahmati.

7 ulasan:

Insan Marhaen said...

sambut hari lahir dengan makan buah limau, ye..

Citarasa Rinduan said...

IM

buah limau ada 2 kotak..kalau ayu makan sure sakit kepala...so..siapa nak> sila angkat tanggan!!!

IMANSHAH said...

cukup lengkap Ayu..tapi ayu jarang update pasal family ye..i mean adik beradik

Citarasa Rinduan said...

cikgu--
insyallah..ayu nak gak buat 1 hari...tapi..ada gak tag utk kisah adik beradik...cuba cikgu search

insyallah...hari kelahiran mereka lama lagi, nanti ayu buat entry utk mereka

Gen2Merah said...

selamat hari lahir buat semua... ceria2 kan diri

EiJa ZaQuaN said...

ramainya yang sambut besday hari ni ye..
happy b'day to all..n happy CNY

hari ni pun besday mak eija..
sib baik hari ni cuti umum..
dptla kami sama2 adik beradik celebrate besday my mom n my abah sekali..:)

kak ina kl said...

bestlah sambut besday sama dgn cny..pasal holiday...nanti kalau akak gi ke felda tenggaroh bolehlah singgah kat kedai kamu ek..