20/10/2010 8:08pm
Rizanizam Abdul Hamid
MELAKA 20 Okt. - Tidak sampai empat jam ia dilancarkan, perkhidmatan monorail di Stesen Hang Jebat, Taman Rempah di sini terhenti secara tiba-tiba ketika orang ramai berada di dalamnya.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4.30 petang tadi, sebaik sahaja pengangkutan awam termoden di negeri ini itu dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam di sini pada pukul 1 petang.
Ketika kejadian, terdapat kira-kira 20 penumpang di dalam monorel tiga gerabak itu yang terhenti secara tiba-tiba kira-kira 100 meter selepas bertolak dari Stesen Hang Jebat, Taman Rempah.
Tinjuan Utusan Malaysia di stesen tersebut pada pukul 5.15 petang ini mendapati sebuah jentera 'sky lift' sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembaikan di gerabak monorel tersebut yang masih berada dilandasannya. - Utusan
Bagaimanapun difahamkan, kesemua kira-kira 20 penumpang berjaya dipindahkan ke kawasan selamat menggunakan 'sky lift' kira-kira pukul 4.45 petang.
Kredit to utusan online
PS: adeh…bahaya juga nie……………………………..
6 ulasan:
haha..x maju lagi la tu nmpaknyer..wat kije tergesa-gesa..aduyai
bahaya kan?....
kena hati2 nie..
ish2.. baru ingat nak try bila balik kg next time. kena tunggu dulu la camni, biar service diorg stable dulu.
kesian yg tersangkut tu, tak pasal2 kena turun pakai kren..hish!
diaorang nak testing jer tu, jika ada mslh mcm maner nak hadapi.
tp kire cam monarail yg kt kl dulu tu... yg roda dia tercabut tuh... mybe dioarang blh bt penambahbaikan pasni...
Pesanan: jangan naik dulu hehe
Post a Comment