SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.
Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.
Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.
Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.
"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat
"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini.
Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual Proton mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.
Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.
Turut dilengkapi dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan mod penukaran gear secara manual enam kelajuan dengan sistem transmisi automatik INVECS-III (Intelligent & Innovative Vehicle Electric Control System).
Pada majlis yang sama Syed Zainal Abidin menyampaikan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pemenang peraduan menamakan model berkenaan iaitu Saiful Yazan Nasir dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Proton.
Sebelum ini, Proton menganjurkan peraduan berkenaan di kalangan kakitangan syarikat yang berjaya mengumpulkan lebih 2,700 nama. KREDIT TO MSTAR ONLINE
2 ulasan:
cantik kn kak... td kt jupem ada gk org proton tu tunjuk...hrga pun blh tahan... cume dana target nk beli myV,rasa tak mampu nk byr bln2 inspira tu hehehhe...
Siti Ruhayu: chanteq gak Proton Inspira nih.....
Post a Comment