Bismilahirahmanirahim….Assalamualaikum…..selamat pagi isnin sahabatku sekalian……
Syukur sekali lagi kita diberikan peluang untuk bernafas
Syukur sekali lagi kita dapat menyedut udara sekeliling
Syukur sekali lagi kita dapat menyentuh dan mengucup orang yang kita sayangi
Syukur sekali lagi kita diberi peluang menyediakan makan minum tersayang
Syukur sekali lagi dapat bersujud dikaki sejadah
Adakah ini hari terakhir kita?
Adakah cukup amalan yang perlu kita bawa pulang?
Adakah cukup sedekah yang kita hulurkan?
Adakah cukup amal jariah yang kita sebarkan?
Kadangkala terlupa nikmat yang diberikan
Kadangkala alpha dalam mengejar kebahagian
Kadangkala angkur mengapai kemewahan
Berapa ramai antara kita bangkit dari pembaringan mengingati DIA?
Berapa ramai antara kita mengucapkan alhamdullilah tanda kesyukuran?
Berapa ramai antara kita menyembah tanda ucapan terima kasih atas segala kejadian?
PS: sebagai renungan dipagi isnin…..salam sayang dari ayu- citarasa rinduan
8 ulasan:
syukur dengan nikmat Yang Maha Esa..alhamdulillah
syukur kerana masih ada kawan walau cuma sekadar teman maya, tetapi saling ingat mengingati
alhamdulilah..syukur kerana masih dapat menatap wajah orang2 yg tersayang di sekeliling kita....
syukur masih lagi bernafas dibumi ini...mudah2an diberkati oleh allah didunia dan akhirat nnt...
bagus post ni
Syukur alhamdulillah..
terima kasih pada kak ayu juga mengeluarkan entri ini.. :) syukur..
memang selalu kita terlupa..
tq dgn renungan ini, membuatkan saya terhenti sejenak dan berfikir
Post a Comment