Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, October 19, 2010

PANDANGAN ANDA DIALU-ALUKAN

Jom kita cerita tentang paste bandung yang aku niagakan…

Mulanya, disebabkan aku mula membawa paste bandung ini ke renion kat kuala Lumpur….renion geng politeknik aku…..aku sponser paste, siap aku masak kat tempat berlakunya renion berlaku….TERIMA KASIH PENGANJUR MAJLIS EN KAMAL

Siap dapat puji-pujian dari kawan aku..peeh..kembang semangkuk time tu…tak silap renion berlaku pada 9 hb January 2010..

Minggu hadapan selepas renion berlalu..kawan baik aku beth, minta aku postkan paste bandung tu…adeh…memang datang semangat nak puaskan hati kawan..aku post dari kulaijaya- klang…suka beb, dapat tempahan dari orang luar…

Seterusnya..semua geng poli ( terutama perempuan yang dah jadi mak-mak budak) start pukul canang…..seminggu 10, 20 paste aku post by pos laju Malaysia….wah,..meriah gile time tu…kerja paking berlaku…

Seterusnya aku hantar ke ben ashaari..dialah kawan alam maya yang pertama dapat rasa paste buatan aku tu…..

Sebaliknya, bila dah start berniaga by internet…dah ramai geng poli bertukar kepada kawan- kawan blog..macam kak liah @ mamamia…geng poli?...saban hari order…itu yang muka aku dah sinonim dengan adik liza yang kerja kat pejabat pos bukit besor…dia pun order sekali….terus banyak permintaan kat kedai pula…geng-geng sungai sayong pula dah pandai order paste dari beli mee bandung yang dah siap masak

Ingat tak lah nak kembangkan sangat paste bandung ini,..memandangkan dah banyak permintaan…aku teruskan misi menjual paste bandung…memang sukar nak sediakan paste bandung..sekali buat 30 kilo (itu paste jer..termasuk untuk jualan di citarasa rinduan) dah lah 10 jam kena pastikan paste dimasak dengan sempurna…

Hinggalah aku post ke sedenak…blogger hebat bab masakkan…cik mat gebu lah kan… (dunia tanpa batasan, yang hebat dengan tiffin birunya)…

Itulah mulanya berlakunya pesanan dari orang luar …aku post ke sekitar kawasan semenanjung hingga sabah Sarawak…..

Yang menjadi masalah..paking paste bandung aku?...memang buatan sendiri…aku tak pi ke bahagian pencetakan…dengan tak mohon logo halal…..tak ke fama untuk buat proses awetkan paste supaya kekal tahan lama…

Yerlah kan, aku bukan nak niaga untuk besar-besaran…nak uruskan citarasa rinduan pun tak berapa nak larat…terkejar ke sana kemari…

Jadi, dengan kesempatan yang ada ini..ada sesiapa yang boleh cadangkan aku untuk memudahkan proses paking dilakukan? Nak mohon fama untuk mengawetkan paste agar tahan lama? Selain pos laju ada tak post yang murah sikit harganya…

Yelah dengan RM 4 sebungkus untuk 6 orang makan, dengan belum dicaj post laju yang 500gram ke bawah RM 4.85….ala-ala mahal kan?...kalau by hand boleh aku caj hanya sebungkus RM 4…kalau by post?...mahal ko…

PS:Jom blogger bagi aku cadangan dan pandangan?

3 ulasan:

azzey said...

Siti Ruhayu: Buat yg terbaik lah Ayu...

Unknown said...

akak tak taulah..
macam best ajer pes tu.kamu duk kat mana..cuba tanya courier ..camner nak buat

Unknown said...

alhamdulillah...gembira rasanya baca n3 ni...rezeki ayu kan...

nnti akak try tanyakan kat pak cik akak yg kat jb...dia buat/jual kicap sendiri....

nnti akak tayakan mcmana bab2 proses nak awet ni...sbb kicap pun m'libatkan proses p'awetan kan....

tp yg ttg pos tu akak x tau lah pulak ayu..sbb kita mmg x byk pilihan selain pos laju n ekspress...