PETALING JAYA: Pelakon Watie (Elite) menghadapi kehidupannya dengan tenang walaupun ditimpa pelbagai masalah termasuklah dikatakan menjadi perampas suami orang.
Lebih parah lagi, dia turut menerima padah apabila tawarannya sebagai duta produk kecantikan di sebuah syarikat turut dibatalkan akibat masalah itu.
Bagaimanapun Watie dapat menghadapi masalah itu dengan tenang dan berpendapat hanya Tuhan sahaja yang memahami perasaannya itu.
“Secara luaran memang nampak tenang tetapi dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Kalau saya tunjuk rasa sedih nanti, orang akan ketawakan saya atau menganggap saya
“Bagaimanapun, saya berharap kebenaran akan timbul suatu hari nanti,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama 26 episod Dia Bukan Mariam arahan Erma Fatima untuk TV9.
Bagaikan sudah memahami corak ‘politik’ dalam industri hiburan tempatan, Watie menganggap sesuatu kontroversi yang melanda seseorang artis atau selebriti itu pasti memberikan kesan buruk atau sebaliknya.
Bukan berniat hendak memalukan syarikat produk kecantikan yang membatalkan tawaran sebagai duta produk tersebut, sebaliknya Watie seakan geli hati apabila mendengar alasan yang diberikan apabila mengaitkan pembatalan itu disebabkan kontroversi melibatkan rumah tangga aktor Joey itu.
“Mungkin tiada rezeki saya dengan syarikat itu atau ada hikmah lain selepas ini. Pengajarannya, saya rasa susah juga untuk hidup sebagai artis kerana walaupun saya berjalan dengan lurus, orang tetap akan kata saya sebaliknya.
“Bagaimanapun, saya tetap akan meneruskan hidup ini dengan sabar,” ujarnya.
Mengikut perbincangan yang dilakukan sebelum bulan Ramadan lalu, dia sepatutnya dilantik sebagai duta untuk produk baru keluaran syarikat tersebut selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Bagaimanapun setelah tiada panggilan daripada wakil syarikat itu, Watie terus mendapatkan kepastian sama ada mereka mahu melantiknya sebagai duta atau tidak. Namun, segalanya hampa apabila dia menerima jawapan yang menyedihkan.
“Masa itu (bercakap menerusi telefon) saya berada dalam kereta. Apabila mendengar jawapan (batal menjadi duta), hati saya berasa sedih dan air mata terus mengalir walaupun dalam masa yang sama saya masih boleh tersenyum,” ujarnya lagi.
Mengenai bhubungannya dengan Joey atau Zulkifli Daud, 37, Watie berkata, jika ada jodoh dengan penyanyi Beradu Suratan itu, mereka akan diijabkabulkan selepas selesai kes penceraian Joey dan isterinya, Noraini Nasir.
Noraini telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Jumaat lalu.
Permohonan itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 kerana mendakwa Joey telah melafazkan cerai di luar mahkamah pada Jun lalu.
PS: kalau dah cop perampas suami orang,. Adeh……susah hidup nak rasa aman……pelakon…..
1 ulasan:
Siti Ruhayu: mintak2 dia sabar jelah kann...
Post a Comment