Di laman Facebook atau Instagram daku sentiasa aktif, kalau nak add carilah ID Siti Ruhayu Ab Rahman (akaun Facebook) manakala akaun IG pula Citarasa Rinduan. Baru-baru daku syer gambar kek sarang semut atau sarang lebah.. Mak mertua aku panggil kek Selipar (hahahhahaha, agaknya sebab bergetahkann). Ramai sahabat mahukan resepi kek ini. Yang kelakornya aku tiak kek ini Kek Gula Hangus. Salah koooo....
Hah!! kan dah jadi panjang intronya, Gitulah kalau sudah lama tidak menaip. Semua nak ditaipnya, Tanpa buang masa di sini ingin daku kongsikan resepi kek Sarang semut untuk pengkongsian bersama, mudahan bermanfaat.
Bahan-bahannya:
Bahan Karamel
- Gula pasir 2 cawan
- Air panas 2 cawan
- Mentega 3 sudu makan
- Telur 7 biji
- Esen Vanilla sedikit
- Susu pekat 1 cawan
- Tepung Gandum 2 cawan
- Potas 1 sudu makan
- Masak karamel dahulu, masukkan gula pasir ke dalam periuk dengan api perlahan. Apabila gula bertukar kewarna madu, masukkan air panas (hati-hati semasa memasukkan air kerana gula dalam suhu panas boleh mengakibatkan kecederaan). Masukkan mentega dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
- Blander telur hingga putih, masukkan Esen Vanilla dan susu. Tepung gandum dan potas diayak terlebih dahulu. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam blander telur. Diakhirkan dengan satukan dengan karamel.
- Gris loyang dengan minyak, masukkan adunan. Tutup loyang dengan plastik wrapping. Perap 1 jam.
- Panaskan oven suhu 170c, selama 10 minit. Bakar adunan apabila masa perap berakhir. Bakar pada suhu oven 170c selama 1 jam 20 minit. Pada awal pembakaran iaitu pada masa 30 minit guna api bawah sahaja. Kemudian baki bakaran yang lain adalah dengan guna api atas dan bawah.
- Selamat mencuba.
(cara memotong secara melintang lebih membuatkan hasil kek yang lebih cantik)
(potas yang dijual dikedai runcit, sesuai digunakan untuk membuat apam balik, cengkodok pisang kerana hasil masakkan akan menghasilkan lubang-lubang yang banyak, ini adalah tips dari mak saudaraku Puan Noni)
PS; perbezaan kek Gula Hangus ialah, bahan-bahan resepi ditambah dengan baking powder.