Assalamualaikum, apa khabar sahabat alam mayaku. 4Hariku tidak update blog kerana sibuk menguruskan kedai makanku. Maaf sangat-sangat.
Terima kasih atas kunjungan sahabat ke blog ini samada sahabat lama dan baru.
Kesinambungan dari entry sebelumnya berkenaan kisah raya Korban yang ku lalui beberapa hari yang lepas.
Alhamdullilah saat aku sampai ke teratak ibu.. walaupun hanya ibu yang menyambut kedatangan kami berdua. Semangat ku untuk terus menyediakan bumbu buat hidangan raya terus ku lakukan tanpa mengira penat walaupun perjalanan agak jauh.
Rezeki kami yang tahun ini walaupun adik beradik tidak pulang beraya, sejak 9 Zulhiijjah teratakku telah di penuhi tetamu.
Terima kasih buat abang angkatku Azlie Ayes dan Kak Enn. Seterusnya pagi raya ku terima kedatangan kakak angkatku Kak Dilla dan anak-anaknya manakala petang raya ku terima kunjungan adik angkatku Irzahiden Tumian serta isteri dan anak-anakknya.
Terima kasih semua.
Rezeki hari raya berbentuk makanan, syukur.. penuh hidangan atas meja makan kami.
Adat berkampung di felda kunjung mengunjung berkat makanan sentiasa diserapkan.. Walaupun tidak mengharapkan balasan namun mengeratkan hubungan kejiranan sesama kami.
5 kilo daging korban kami terima. Bertuahnya beraya dikampung. Syukur
Juadah yang ku masak dipagi raya. Bangun seawal 2 pagi. Walau tiada bantuan dari sesiapa akhirnya siap jua.
Menu hanya ringkas sahaja:
- Lodeh boyan kering
- Ayam masak kicap jawa
- Sambal goreng udang galah Mesring
- Rendang daging gula melaka.
PS:
Insyallah ku akan kongsikan beberapa entry raya Qorban versiku....
11 ulasan:
Semua ni ayu masak sendiri ke? Fuhh memang kelasss..hebat!
Sangat suka tu...tapi tak tau pulak namanya lodeh boyan kering, kak:)
Dan no. 3...sambal goreng udang galah. Adoiiii!!!
Kakak tak buat lodeh kali ini Ayu sebab dah ada kuah kari masing-masing kata tak payah lodeh...
Tangkas Ayu di dapur dah biasa masak di restoran kan..
tahun ni mak saya tak buat lodeh..!!
Peh! Smbl grg Ayu tu. Menggoncang iman!
Assalamualaikum,
Kalau gini gayanya...tahun depan balik Johor lah hu huh u
amboi meriahnyer menu2 tu!
bestnye..siap berdulang2 gitew...
Cekap betul Ayu.. macam2 juadah lazat terhidang..
Sambal Goreng Udang Galah??
Nak ikut Anyss beraya kat Johor jugaaaa!
baik jer.... aku sendiri pn dah lama tak update blog
Post a Comment