Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label FB. Show all posts
Showing posts with label FB. Show all posts

Saturday, October 15, 2011

Bahana approve friends FB..

En zalie kalau on lappy, on FB memang tak suka nak sign out… bila aku on pc, maka selalunya aku akan tahu apa yang dia lakukan dalam FB.. syukur…….. tak ada apa2 yang meragukan….

Tapi, pagi nie.. tiba2 aku jadi hairan.. ini FB laki aku ker, atau FB orang lain.. ada gambor p***o kooooo…. Pitammmmmmm aku sekejap…..

Bila aku lihat friends dalam FB tu, ler, orang luar Negara rupanya, patutlah FB dia banyak gambor p***o, tak sanggup aku nak lihat gambor dalam tu.... tambah dosa adalah.....

Apa yang aku lakukan???

Hahahhahah.. BLOCK terus….. bukannya en zalie tau pun...


PS: rasanya en zalie nie main approve FB sesiapa jer lah..… sabor jerlah…. Walhal dia bukan aktif pun.. layan FB seminit. Depan lappy dia bantai tidur.. hahahaha

Thursday, August 4, 2011

Nama Isteri di Handphone Suami..


Baru menikah: MY LOVELY WIFE ♥♥
1 thn menikah: MY WIFE/MUMMY
5 thn menikah: HOME
10 thn menikah:IBU PEJABAT
......
15 thn menikah: BILIK GERAKAN
20 thn menikah: BUKIT AMAN
25 thn menikah: WRONG NUMBER
PS: kredit to Norhasina Daud, sahabat ku semasa bekerja di Mersing dahulu....
jom check hp hubby masing2.. hehehhe, 
Bulan ogos adalah aniversarry daku … jeng2….Jom, teka berapa haribulan?

Saturday, February 5, 2011

Isteri ikut kekasih

 Isteri ikut kekasih

KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.
Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya.

Bertindak atas laporan suaminya, wanita itu bersama bekas teman lelakinya ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan di sebuah rumah di Shah Alam, Rabu lalu.

Sumber Jais berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, pasangan kekasih terbabit gagal membuktikan mereka mempunyai ikatan sah mengikut hukum syarak apabila disoal siasat.

“Mereka dibawa ke pejabat Jais untuk siasatan lanjut dan sebelum dibebaskan dengan jaminan mulut,” kata sumber itu.


Menurutnya, siasatan awal Jais mendapati suami wanita terbabit membuat laporan mengenai kecurangan isterinya, selain mendakwa isterinya melarikan anak mereka.

 Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jais, Mohamad Rais Rasid mengesahkan serbuan dan tangkapan dilakukan pihaknya terhadap wanita terbabit bersama bekas teman lelakinya.

“Kami sudah menyoal siasat pasangan terbabit dan mereka bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada Jun depan atas kesalahan berkhalwat,” katanya.

Menurutnya, sekiranya bersalah pasangan terbabit boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun, mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Kredit to metro online




PS: bahana FB….(agak hairan hari ini, baik sahabat atau kenalan FB, tak ada yang boleh aku wish hari lahir pada hari ini 5.2.2011……agak berlainan sekali)

Monday, January 24, 2011

Facebook punca Cerai

thumbnail
LONDON: Laman sosial Internet, Facebook didakwa menjadi punca kepada peningkatan kes perceraian apabila semakin ramai suami atau isteri ditangkap berkelakuan curang dalam laman itu.
Seorang peguam memberitahu akhbar The Sun demikian mengenai bagaimana kes yang diuruskannya sejak sembilan bulan lalu membabitkan Facebook. 
Menurutnya, pengguna yang sudah berkahwin terdedah untuk menipu pasangan mereka apabila berkenalan dengan pengguna lain dalam laman sosial itu. 

Mesej berbau seks dan gambar kekasih baru selepas perceraian digunakan oleh bekas suami atau isteri dalam prosiding perceraian.


Kini, peguam menasihatkan pasangan yang bertelingkah supaya berhenti menggunakan Facebook dan laman lain seperfti Second Life, Illicit Encounters dan Friends Reunited sehingga prosiding perceraian masing-masing berakhir.


Emma Patel dari Syarikat Guaman Hart Scales & Hodges di Dorking, Surrey berkata, pihaknya menangani 30 kes perceraian sejak Mei lalu dan semuanya membabitkan Facebook. 

Katanya: “Suami isteri yang curiga terhadap pasangan masing-masing menggunakan laman itu untuk mengintip dan mencari bukti kelakuan curang pasangan mereka. 

“Penemuan bukti itu akan membawa kepada peceraian,” katanya. 

Emma juga berkata, beliau sering memberi amaran kepada pasangan yang bertelingkah supaya mengelak daripada menggunakan laman itu selagi kes perceraian mereka belum berakhir. - The Sun


Kredit to metro online

PS: kalau sesuatu itu bagus, elok…kalau nak bawa ke arah sonsang? Senang jer..pokoknya…HATI dan NIAT

Friday, January 14, 2011

Maksud Sebenar Status "Open Relationship" Di Facebook

Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

PS: thanks to adik angkatku berkongsi info……(bakal cikgu pra sekolah..yang ku gelar baby…) SILA WAR-WARKAN INFO INI..TERIMA KASIH