(Para pelajar sudah pandai bersolek sendiri. Yahoo!l
Syukur, bila dapat pelawaan dari sahabat baikku Seri dan adiknya Ema untuk mengikuti kelas solekkan, kebetulan En Zalie mengizinkan aku terus daftarkan diri.
Pada hari ini (21 Okt 2012) selepas menyiapkan masakkan untuk berjualan kami berenam (termasuk anak2 tauu, Pengajar kat kelas tu izinkan kami bawa anak2 ke kelas, memang sempoiii) dari felda sungai sayong terus ke kelas di Skudai, Johor.
Yes,... berjumpa juga dengan pengajar mak andam yang bernama Jazzneyta Rahim,seorang pengajar yang memang peramah. Walaupun kelas yang bermula agak lambat kerana masih ada pelajar yang belum datang, tapi kelas berjalan dengan lancar.
Ku betul-betul teruja apabila dapat belajar ilmu solekan dengan betul. Lihatlah wajahku.. Hari pertama dalam kelas aku dah boleh solek sendiri, comot tapi dapat pujian tauu.. Hahahha
Inilah wajah guruku, Freelance make up artis TV program/astro dan mak andam. Masih muda belia lagi tau....
Sessi kelas berjalan dengan baik, aku yang letih sebab kepenatan di CR dan perjalanan jauh secara automatik segar bugar di kelas, rugi kalau tertinggal satu perkara... Hehehehhe
Kalau korang berminat nak belajar teknik bersolek dengan baik alu memang cadangkan korang ke kelas Jazzneyta Rahim.
Yuran: RM150, belajar sampai pandai.
Alamat:Grace Studio, Mutiara Rini ( baris balai polis)
Semua disediakan seperti make up,ruang solat,photografer,telekung dan sijil.Bawa nota,pen sahaja.
No Telefon: 0108847664











