Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday : Raya Aidiladha 1434H




Ps: kisah penuh boleh ke blog sunahsakura.com

Tuesday, October 22, 2013

Resepi Muffin Orange

Selamat petang sahabat mayaku, terima kasih buat follower baru yang sudi menjadikan blog Citarasa Rinduan sebagai inspirasi kalian untuk mencuba resepi-resepi yang ku kongsikan...

Jua jutaan terima kasih buat sahabat blogger yang setia bersamaku... Sesungguhnya kalian sentiasa memahami daku yang tidak dapat meluangkan masa untuk mengunjungi blog2 kalian.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa rindunya daku untuk membaca kisah2 kalian...

Sebulan yang lalu, ku dapat tempahan untuk majlis perkahwinan sahabat FB, berupa muffin perasa orange..

Untuk kalian, ku kongsikan resepi mudah untuk sama2 kita cuba..

Bahan-bahannya:

  1. 1 biji buah Orange ( cuci, potong 4, buang yang warn putih) **
  2. 1 cawan minyak masak**
  3. 1/2 sudu teh esen orange**
  4. 3 biji telur **
  5. 1 cawan gula **
  6. 2 cawan tepung gandum (ayak)
  7. 1 sudu baking powder (ayak)
  8. 1/2 sudu bikarbonat (ayak)
  9. 16 mangkuk muffin
  10. Sedikit badam (sebagai hiasan)

Cara Menyediakan:

  1. Panaskan oven 170' 10minit
  2. Blanderkan bahan bertanda **, masukkan tepung, bikarbonat dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit
  3. Sudukan 3/5 adunan ke mangkuk muffin, taburkan badam untuk hiasan
  4. Sedia untuk dibakar, 170' 25minit.
  5. Selamat mencuba

Thursday, October 10, 2013

Antara menu cadangan Hari Raya Aidiladha, ZALORA online ada jual Jubah Raya!!

Assalamualaikum sahabat alam mayaku dan salam 5 Zulhijjah, tinggal 5 hari lagi Aidiladha bakal tiba.. Wah!! Sekejap sahaja masa berlalu.. Korang dah ada cadangan nak memasak menu apa untuk raya nanti? Kebetulan daku jua menghadapi masalah yang sama dengan kalian, molek jika daku kongsikan beberapa menu mudah untuk disajikan nanti.

Sebelum tu kan, daku baru dapat email dari pihak Zalora Malaysia berkenaan pakaian jubah-jubah terbaru yang dijual online oleh syarikatnya. Oleh kerana daku wanita, tentulah perasaan tak sabar melayari laman web ZALORA dengan segera.. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Memang tak sangka, cun-cun abissslah pakaian muslimah yang dijual di Zalora Kebetulan daku sudah berhijab pastinya daku akan sambar beberapa helai jubah untuk raya nanti... Mai daku syer sedikit koleksi jubah yang terdapat online di Zalora


 
Cun kan, kebanyakkannya warna kegemaranku turut dijual... Jommm shopping online di Zalora. Harga serendah RM 50.00 - RM 300.00

Okeylah, mari daku berkongsi beberapa jenis menu Hari Raya yang ringkas buat kalian antaranya:-

A) Lodeh ala Jawa
Lodeh berkuah ini, di ngamkan dengan ketupat nasi, ketupat pulut dan lemang.. Peeh!!! meleleq air liur dipagi raya nanti. Lagi-lagi korang masak versi pekat-pekat punya...
Jom.. kita lihat resepi kuah Lodeh ini.

Bahan-bahannya
  1. 3 biji Bawang Merah (bersihkan)**
  2. 3 Biji Bawang putih (dibersihkan)**
  3. ½ biji kunyit hidup (dibersihkan)**
  4. 10gram Udang kering**
  5. 1 batang serai 9 (diketuk)
  6. Sedikit Garam
  7. 2 batang Kacang panjang (dimayang)
  8. ½ batang Carrot (dihiris kecil)
  9. 10gram kobis (dimayang)
  10. 1 biji kentang (dipotong halus/dadu)
  11. 20gram sengkuang (dipotong dadu)
  12. 2 Keping temper(dipotong halus)
  13. 10 gram soon hoon (rendam dan potong kecil)
  14. 10 gram tahu kering (rendam dan potong kecil)
  15. 1 kotak santan segera
  16. 2 cawan air

Cara menyediakannya:-

  1. Blander bahan bertanda **, masukkan bahan-bahan tersebut kedalam periuk, buka api. Masak hingga naik bau, letak serai dan garam.
  2. Tuang air dan santan, ,masukkan sayuran kacang,carrots,kentang,sengkuang dan temper. Biarkan sayur masak baru masukkan kobis, soon hoon dan tahu kering
  3. Apabila kesemuanya sayuran sudah masak, matikan api sedia untuk dihidang.
** semoleknya jika suka bahan mentah seperti babat dan udang basah,  (boleh direbus sekejap baru dimasukkan sewaktu memasukkan sayuran lodeh**


B) Rendang Ayam bercili padi


(maaf ya, gambar Rendang ayam bercili padi disertakan gambar sambal goreng dan lodeh.. Kebetulan ini menu tempahan pelanggan kedaiku Citarasa Rinduan)

Kadangkala keinginan memasak daging lembu, kambing, daging Rusa dan lain-lain ada dihatiku, memandangkan kesihatan suami tersayang tidak mengizinkan. Daku hanya berani mencadangkan Daging ayam sahaja sebagai pelengkap juadah raya nanti. Lagi-lagi kan ayam kampung atau ayam hutan.. Aduhhhhh!! tekak melayu nie memang kuatlah... Hahhahahha

Jom, daku kongsikan resepi Rendang Ayam bercili padi kepada pembaca blog Citarasa Rinduan

Bahan-bahannya
  1. 1 ekor ayam (dibersihkan,dikerat 16)
  2. 5 biji bawang merah(dibersihkan)**
  3. 3 biji bawang putih (dibersihkan)**
  4. 2 biji Halia (besar ibu jari, dibersihkan)**
  5. ½ biji kunyit hidup (dibersihkan)**
  6. 3 Biji buah keras **
  7. 10gram ketumbar jintan**
  8. 10gram jintan kasar**
  9. 10 Batang cili padi**
  10. 1 biji lengkuas (besar ibu jari, dibersihkan)**
  11. 3 batang serai (dibersihkan, diketuk)
  12. 1 kotak santan segera
  13. 100gram kerisik
  14. Sedikit garam
  15. Sedikit gula
  16. Sedikit kicap manis JALEN
  17. 2 keping Asam keping
  18. Sedikit air
  19. Sedikit daun limau nipis (dihiris halus) 
Cara menyediakannya:-
  1. Blander bahan bertanda **, masukkan terus ke dalam periuk. Hidupkan api gas. Biarkan bahan masak dan naik bau
  2. Masukkan ayam, air dan serai. Biarkan seketika, apabila ayam hampir masak, masukkan garam, gula, asam keping, kerisik dan santan.
  3. Apabila ayam sudah masak, masukkan kicap dan taburkan daun limau nipis
Selamat Mencuba dan Salam Aidiladha.