Auni anak kedua sahabatku Puan Siti Jamaliah, ku tiak sahabatku dengan nama Liah, teman dari kecil hingga dewasa. Geng susah dan senang, kami berjiran. Teman kesekolah, teman sebilik air, teman terjun kolam, teman sepermainan...
Sepasang dah anak sahabatku. Moga keduanya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Ahli penerokawati blok 10, ahli GPW dijemput untuk meraikan majlis akikah Auni. Bacaan berzanji dibaca dan selawat memuji-muji Nabi bergema saat aku sampai ke kampungku F Tenggaroh 1
Ketua berzanji. Ku tiak Cik Ju membacakan doa penutup dan doa selamat. Moga diperkenankan. Amin
Ibuku paling kanan meng'amin'kan bacaan, jika dahulu ibu ketuanya. Kini ibu sebagai tetamu meraikan, kesihatan ibu belum mengizinkan.
Cenderhati dari Liah buat para tetamu, aku paling suka buku yang disedekahkan kepada kami. Ada ayat Yasin serta doa-doa terpilih.
Paling meriah!!!
Bab makanan...
Nasi Ambeng..... Selain tu ada kuih muih, buah-buahan, kambing masak manis..
Terima kasih tuan rumah kerana mengundang kami sekeluarga.
RESEPI SOS BLACKPAPER DEMI-GLACE
1 day ago