Assalamualaikum, moga yang baik2 buat diri ini dan pembaca setia blog CITARASA RINDUAN. Terima kasih buat sahabat blogger baru yang sudi follow blog ini. Jua, buat blogger lama sentiasa ada saat jatuh bangunnya diri ini. Terima kasih korang!!
Kuih lompang, kuih kegemaranku... dan semestinya bukan kegemaran suamiku. Jadi, kuih ini hanya keluar setahun sekali di dapurku. Huhuhuhu..
Alhamdullilah, bila kejadiannya cantik. Maka ramai sahabat FB mahupun sahabat Instagram inginkan resepi kuih lompang, untuk kalian daku kongsikan resepi kuih ini.
Bahan-Bahannya
- 2 cawan air**
- 1 cawan gula pasir**
- sehelai daun pandan (ikat)**
- 2 cawan tepung beras
- 1 sudu teh kapur makan
- 2 cawan air
- 100gram kelapa parut (campurkan sedikit garam)
Cara Menyediakan
- Masak dahulu bahan bertanda ** biarkan sejuk. Sementara itu masak air kukusan.
- Masukkan tepung, kapur dan air dalam mangkuk. Kacau kesemuanya.
- Satukan terus bahan nombor 1 (pastikan sudah sejuk) Kacau hingga sebati.
- Tapis dan asingkan kepada warna kesukaan kalian. Daku masukkan paste jagung, sirap ros, adunan asli dan pewarna hijau.
- Sedia untuk masukkan dalam mangkuk kuih lompang. Isi penuh hingga bibir mangkuk kuih. Kukus selama 15-20minit
- Sedia untuk dihidang dan diletakkan kelapa parut.
ps: rahsia untuk menghasilkan kuih lompang yang cantik. Air kapur hendaklah ditapis. Semasa mengisi adunan kedalam mangkuk sila isi penuh hingga paras bibir mangkuk kuih lompang.
Sekian.. selamat mencuba








