Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 20, 2010

Monorel Sungai Melaka Berharga RM16.5 Juta Dilancarkan


MELAKA: Projek pelancongan monorel Sungai Melaka yang menghubungkan Taman Rempah ke Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya, sejauh 1.6 kilometer berharga RM16.5 juta, dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Rabu.

Projek pelancongan terbaru menggunakan teknologi hijau dari Chinayang menyusuri Sungai Melaka itu dan menghubungkan Stesen Hang Tuah dan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah, dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Monorel satu koc ini boleh membawa 22 penumpang pada setiap perjalananyang mengambil masa lebih kurang 30 minit pergi dan balik," katanya kepadapemberita selepas pelancaran projek monorel itu di Stesen Hang Jebat di Taman Rempah di sini.

Beliau berkata bayaran yang akan dikenakan kepada pengguna dewasa adalahRM10 manakala kanak-kanak RM2 dan akan dibuka kepada orang ramai bermula esok.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan (Datuk Kong ChoHa) kerana meluluskan permit pada pagi ini dan projek ini akan merancakkanprogram pelancongan di Sungai Melaka," katanya sambil menambah bahawa projek itu bermakna sempena perisytiharan Melaka mencapai Status negeri Maju 2010 malam ini.

Projek itu mula dibina pada Mei 2008 dan siap pada Jun tahun ini oleh Agibs Engineering Sdn Bhd menggunakan kaedah reka bentuk dan bina.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan telah meluluskan fasa kedua projekitu berharga RM13.2 juta yang akan dihubungkan ke Jalan Tun Ali, berhampiran Jalan Bunga Raya.

Kerja-kerja pembinaan fasa kedua akan bermula hujung tahun ini dan dijangka disiapkan pada tahun depan yang akan menambah kapasiti kepada tiga buah koc dan 66 penumpang bagi setiap perjalanan. – BERNAMA

Kredut to mStar



0 ulasan: