Berniaga lauk campur, pelbagai kuih muih termasuk Donut, pau sambal, roti jala, tahu sumbat air tanganku, nasi ambeng, pelbagai mee dan bubur/pengat adalah antara menu jualan yang dijual
Pelbagai bumbu a.k.a bahan-bahan masakkan ku sediakan untuk menyedapkan masakkan, berbeza dengan jualan harian dari bulan Ramadhan.
Jam 11 pagi adalah waktu sibukku dihadapan tungku2 dapur, setelah 1 jam menyediakan bahan-bahan masakkan, sehingga jam3 petang barulah masakkan siap di masak.
Adat berniaga, ada harinya cerah dan sebaliknya.
Saat manis apabila dikunjungi sahabat, saudara mara dan kenalan lama. Thanks korang
Bertambah terharu Dato Adham Baba, selaku Adun Negeri Johor mengunjungi perniagaan Kami.
PS: Maaf sahabat bloggerku, keterbatasan masaku menghadkan daku mengunjungi blog2 kalian.Ketahuilah kalian semua sentiasa dihati, menjadi penguat semangatku untuk berniaga. Thanks Allah.
13 ulasan:
ramai gak YB, ADUN, dan orang2 besar singgah tempat ko kan....rezeki. Alhamdulillah
moga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu :)
kalu dekat dh hari2 dana dtg gerai akak beli lauk, msti sedap2 kan... sambil2 tu blh ngecek resepi heheheh
Alhamdulillah .. murah rezeki CR di bulan Ramadhan ye... rajin sungguh meniaga :)
Kak ayu... Rindu...... Lame x singgah
masakan ayu tuh sedap sebab tuh org besar2 singgah.. hehe..
teringin nak rasa masakan dr tangan ayu.. tp jauh eks
byknye menu ayu msk..
moga bertambah2 rezeki ayu di bln ramadhan kali ini...insyaallah
Orang besar-besar pun tak kisah singgah gerai Ayu, tandanya lauk pauk dan menu sedap la tuh. Syabas AYU. Teruskan perjuangan. Biar hujan biar ribut, rezeki tidak ke mana.
Nanti ada masa, ‘orang besar’ ni pulak nak pegi singgah. Hehehe
Datuk Adham tu membeli atau Ayu bagi free padanya...
Kalau akak kena masak2 macam ni mesti kalah sebelum berjuang...hehehee...
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat Ayu dan sihat sokmo.
pergh kak! bukan calang2 orang tu singgah gerai. Selamat berniaga. Hope kita bisa ketemu jua nanti. singgah la blog Ty tak seberapa. ahaks.
wow... sedapnya..
teringin nak makan masakan akak
Post a Comment