Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, July 4, 2013

Resepi kerabu mangga ala-ala Thai, sedap oooo!!


Selamat tengahari sahabatku, tahukah kalian.. Antara juadah yang paling laris dijual di bazarku pada bulan Ramadhan adalah kerabu mangga?, dari RM 2 hingga RM 10 adalah jumlah yang sanggup dibeli oleh pelangganku? Alhamdullilah.. rezeki Allah, mungkin kerana masam,manis dan pedas adalah selera masyarakat kita. Daku pun suka tau, ratah lepas balik terawih. Hehehehehe

Jomm semak resepi mudah ini. Menu sihat buat kita semua.

Bahan-bahannya:

  1. Buah mangga muda 3 biji (dibasuh, dibuang kulit dan diracik halus)
  2. Kacang panjang 3biji (di basuh dipotong halus)
  3. Tauger 50 gram (dibersihkan)
  4. Carrot 1 batang (dibersihkan dan diracik)
  5. Bawang Besar 3 biji (dikupas kulit, bersihkan dan dipotong halus)
  6. Cili padi 15 biji (dibersihkan dan dipotong halus, jika tidak suka pedas kurangkan kuantiti)
  7. Udang kering 50gram atau ikan bilis yang bersalut madu (disanggan dan diblander halus, jika tidak suka cukup hanya biarkan seekor-seekor sahaja)
  8. Bunga kantan 4 batang (dibersihkan dan diracik halus)
  9. Kacang botol 4 biji (dibersihkan dan dipotong halus)
  10. Garam 1 sudu teh
  11. Gula 3 sudu teh
Cara Menyediakan
  1. Masukkan kesemua bahan-bahan satukan dalam mangkuk, hiaslah dengan udang kering.
  2. Selamat menjamu selera

12 ulasan:

Liza said...

liza pun suka ni, order sepinggan...hihii

Teena Tna said...

Owh, akak berniaga di bazar ye?

Izan Ishak said...

izan pun suka kerabu camni. tapi kalau buat tak suka pedas sangat... amik resepi dulu ye ayu. puasa nanti boleh cuba!

Nur_cahayamataku said...

wah bole cuba macam ni... nampak macam sedap. he he

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kerabu mu buat akak meleleh air liur.. mujur belum masuk bln puasa lagi.. hehe.. TQ sharing resepinya..

JunAina said...

Lepas ni try kerabu kaki ayam pulak Ayu.

faraherda.razalan said...

Amboi!! Berselera tgk kerabu ni ayu. Yummeh! Nak dkt bulan pose ni, lagi tmbh sibuklah ayu ye?

Kakzakie Purvit said...

Hantar rumah kakak sepinggan pun jadilah..

ellynadyra said...

Jgn dia anto pinggan je udah kak

Anonymous said...

suka2...nk orde satu...hihi..
cantik header baru tu...ingat blog sapa tadi...^^

Cik Pulau said...

berzaman tak datang...
tak berkelip tengok.. page dah berwajah baru..
cantikkk./

errr... rindu~~

Mrs. Abi said...

suke kerabu!!!!