Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, July 12, 2013

Resepi Sayur Kacang Buncis Campak-campak

Bingung nak masak juadah bersahur? Ikut tekak, pasti tamo ambil makanan yang berat. Makan oat atau Milo panas memadai. Tapi, buat si perempuan yang sudah berkahwin dan inginkan keluarga kita makan masakan segar, ianya amat membingungkan.. kannnn

Mai nak syer sayur yang segar, ranggup dan buat korang tak jemu nak bersahur seawal jam 5 pagi. Sayur kacang Buncis bersalut telur... Jom semak resepi

Bahan-Bahannya:

  1. Kacang Buncis - 200 gram (dipatah2 sahaja)
  2. Telur - 1 biji
  3. Carrot - 1 biji (dipotong halus atau ikut kreativiti kalian)
  4. Bawang Besar - 1 biji (dihiris halus)
  5. Bawang putih - 3 biji (dihiris halus)
  6. Garam - sedikit
  7. Lada merah - 1 biji (dihiris halus)
  8. Minyak bunga matahari - sedikit sahaja
Cara Menyediakan:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan lada merah hingga naik bau
  2. Masukkan carrot, kacang buncis dan garam jangan masak terlalu lama. Pecahkan telur. Matikan api, selamat mencuba

PS: Ku pohon maaf kepada pembaca blog Citarasa Rinduan andai daku tidak membalas komen kalian atau BW ke blog korang. Sesungguhnya keterbatasan sebagai peniaga menyukarkan daku berlamaan di alam maya. Salam pagi penghulu hari dan Salam 3 Ramadhan..

13 ulasan:

anyss said...

Assalamualaikum,
sayur kegemaran ni...

Unknown said...

@Anyss:

Waalaikumusalam, lagi satukan. kacang bendir. cecah sambal. Fuhhh..

Anonymous said...

sedap gak kacang ni..tp time sahur tak berangin ke ayu..js tak boleh kot...hehe

Cida de' Nuanza said...

ye la AYu..kalo ikut perut sendiri, milo pun dh cukup
tp perut suami harus diutamakan.. :-)

Mas said...

ayu...
mas memang gemar masak kacang buncis gini...
sedapkan

umiawadah said...

lagi sedap kan..

Kniedaz said...

simple tapi sedap

Unknown said...

salam ramadhan ayu...

ni menu akak b'sahur pg td :) sedap makan panas2..

faraherda.razalan said...

Yg cmpk2 ni lah bt berselera mkn.

p/S - Smlm kite mimpi ayu. Ctk sgt dlm mimpi tu. heee~

Ratu Hatiku said...

biasanya kalau msk yg jenis cmpk2 nielah yg sedap.. :D

Lydia Miza said...

Sedap.. Biasa msk gini pki kcg pjg sbb sy x mkn buncis. Tp klu boss besar beli maknanya dia teringin la tu. hihi.

insan marhaen said...

Salam,

Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

~insan marhaen~

eelobor said...

dah lama tak menjengah kat sini.... cantik nya hiasan baru. berkenan aku ngan gambar kereta kat atas sana