Sudah 2minggu tekak teringin nak makan tiramisu. Jujurnya aku tak pernah beli dan makan,nak cari tak tau ada jual kat mana.. Hehehhe..
Bila sahabat FB tayang gambar baru keinginanku membuak-buak nak merasai keenakkannya. Jadi kenalah buat sendiri.
Beginilah rupa tiramisuku, masa membuatnya tak sampai 30minit dah boleh makan.
Bahan-bahannya:
(Sumber dari Cikgu Ayu,sahabat fb)
250ml Whipping cream
250g chesse cream
2 sudu serbuk koko
1sudu asin Vanilla
1cawan air panas
1/2 cawan gula pasir
1sudu serbuk nescafe
1keping kek swiss roll koko (beli sahaja,harga RM 5.00)
Cara menyediakan:
Sediakan mangkuk besar yang berisi ais, putar chezze cream dan whipping cream guna mixes.
Masukkan gula dan aisin Vanilla. Putar sampai pekat.
Inilah hasilnya. Adunan sudah semakin likat dan padat.
Susun mangkuk atau cawan, air panas tadi di masukkan serbuk nescafe, lembabkan keatas kek.
Tutup kek dengan whipping cream yang sudah diputar.
Taburkan serbuk koko keatas whipping cream. Ulang lagi sampai 2 lapisan.
Sedia untuk dimakan, molek simpan di dalam peti ais dahulu baru dihidangkan.
PS: hasil yang ku buat menghasilkan 10mangkuk, selamat mencuba.
RESEPI SAMBAL KICAP
1 day ago













