Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, November 10, 2012

Hari Anugerah kecemerlangan 2012 PASTI kawasanTENGGARA JOHOR.


 Nasyid

 Lakonan pendek



Dikir barat dan pelbagai lagi persembahan daripada pelajar PASTI kawasan Tenggara iaitu:

  • PASTI AL UMMAH (F PASIR RAJA)
  • PASTI AL UMMAH 1 (F PENGELI TIMUR)
  • PASTI IBNU KHALDUN (TAMAN ANGGERIK)
  • PASTI AL UMMAH 2 (BANDAR TENGGARA)
  • PASTI AL HIJRAH (F SG SAYONG)
  • PASTI UMAR AL KHATAB ( F BUKIT RAMUN)
  • PASTI AL FARABI & PASTI IBNU SINA (KOTA TINGGI)



EN MAHADZIR B MD ZILI iaitu pengarah PASTI Negeri Johor menyampaikan anugerah buat pelajar yang mendapat gelaran Tokoh pelajar cemerlang 2012 iaitu:
Pelajar 6 tahun,Adik Daniel Haikal b. Marwan
Pelajar 5 tahun, Adik Nurul Nafisah Bt Bahri.


Hari Anugerah pelajar berlangsung di Dewan Kejora Bandar Tenggara, pada 10.11.12.


Alhamdullilah, Anakku Nur Umairah antara pelajar yang menerima anugerah pelajar-pelajar cemerlang.



Tahniah buat Umai, moga akan datang di tingkatkan lagi pencapaian kecemerlangan pelajarannya untuk masa hadapan. Moga menjadi anak yang solehah. Amin


Jua, tahniah buat ibubapa, guru-guru dan ajk yang terlibat untuk menyemarakkan lagi hari Anugerah pelajar PASTI..

Friday, November 9, 2012

Resepi Muffin coklat chip perasa pisang.



Pada awalnya hari ini pelbagai pogram kusenaraikan. Mencari bahan-bahan buat niaga untuk seminggu agak menyukarkan aktiviti lain.


Apabila En Zalie mencadangkan esok sahaja keluar ke bandar kebetulan CR tidak beroperasi pada 10Nov kerana ada majlis KONVO anak daraku . Aku kegembiraan, aktiviti membangking adalah terapi apabila ada 'sesuatu' menganggu fikiranku..



Mufin coklat chip adalah permintaan anak daraku, sejak pandai membaca, majalah masak2 ku habis di bacanya. Saat aku menaip entry ini. 6biji mufin dimakannya.. 


Jom.. kukongsikan resepi mufin yang ku pelajari dari majalah Mufin, tanda ingatan dari seorang blogger yang sering mengambil berat tentang hidupku kini. Terima kasih awak, kerana awak, kini saya didunia mufin.


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sudu teh baking powder (ayak)
1 cawan gula perang
2 sudu teh koko
3 biji telur, saiz c
1 sudu teh aisin vanila
140 mentega/magerin
100 g coklat chip
3 biji pisang , ku pilih pisang berangan, lenyek halus
Sedikit badam untuk hiasan, cincang halus.
20 mangkuk mufin
loyang mufin (kalau kertas mangkuk mufin tebal, loyang tidak diperlukan)


Cara menyediakan:

  1. Kacau mentega dan gula perang hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau lagi. Tuang sedikit asin vanila.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit,  kacau lagi. Baru masukkan pisang lenyek dan koko
  4. Masukkan coklat chip. Sudukan adunan kedalam mangkuk.
  5.  Panaskan oven pada suhu 180c.
  6.  Hias atasnya dengan coklat chip lebihan dan badam cincang..
  7. Bakar selama 20minit apabila oven cukup panas.
Selamat mencuba.