CITARASA RINDUAN

Friday, June 7, 2013

Resepi: Puding Laici Dangdut


Sedap, kurang manis, lembut dan segar. Itulah ayat yang ingin ku kongsi kepada kalian betapa enaknya Puding ini, resepi asal oleh Blogger Sinar Kehidupanku Kak Hayati Ramlan. Masukkan kedalam peti ais, ianya sesuai dimakan diwaktu panas. Pehh!! Bagi 10 bintanglah.

Jom semak resepi mudah ini
Resepi asal dari blogger Kak Hanieliza
Resepi yang saya ambil dari blog Sinar kehidupanku
(Nor Hayati Ramlan)
Kredit buat beliau, Ayu minta izin taip semula resepi kak Yati yer.

BAHAN-BAHANNYA

  1. 10 Gram agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali 28g
  2. 2 liter air
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 2 tin laici (asingkan airnya)
  5. 1 tin susu cair
CARA-CARA MENYEDIAKAN
  1. Masak agar-agar bersama air hingga mendidih (sebab aku guna agar2 tali, jadi kena basuh agar2 tu)
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi, Tutup api (jika guna agar-agar biasa, tapis dahulu)
  3. Masukkan air laici dan susu cair kacau rata.
  4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk kecil. Sejukkan sebentar
  5. Kemudian sejukkan dalam fridge
  6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi, Boleh juga dimakan bersama susu cair atau air lebihan laici, selamat menjamu selera.


(12 mangkuk kesemuanya, 5 lagi sudah selama diedarkan pada jiran)

29 ulasan:

aSHra haNI said...

puding ni mmg sedap..tak silap saya resepi asal drp kak hanieliza :)

rinduan citarasa said...

aSHRA hANI:
saya pertama kali buat., Oh.. terima kasih ya betulkan, saya edit semula.

Amin A. R said...

Saya pernah buat agar2 laici, tapi x letak susu.. Nanti nk try letak susu pulak macam ni :)

Amin A. R said...
This comment has been removed by the author.
Lydia Miza said...

Kemain comel puding dia,ni puding kegemaran kami sekeluarga sejak saya tadika lg

Murni Alfathunnisa said...

assalam ayu...

puding laici ni antara puding yang menjadi kegemaran. best ni makan di hari panas..hehe...sejukkkkk je.

Kakzakie said...

Sejuk baru sedap makan kan Ayu. Kalau masuk satu-satu bekas macam Ayu buat tu senang nak makan.

teratai said...

Memang sedap, suka sangat puding...apa2 jenis puding memang feberet!

Queenie said...

hmh! pasal menggoda serahkan kat ayu!
grrrr........

jeBateja said...

tumpang tanya...kat bahan2 tu tak de susu cair...tapi kat cara membuat ada susu cair....berapa banyak susu cair nak guna kak....1 tin ke...??

insan marhaen said...

Teringat ibu_suri dulu ada satu buku resipi yang ditulis tangan sendiri sejak dia remaja.

IM pasti CR juga ada,kan.

Kenapa tak dicetak?

syuziafrina said...

Kak ayu....sedapnye!!!nnt buln puasa bleh la jual eaaa...:)

aSHra haNI said...

jeBateja
kita tlg jwbkan ye..guna 1 tin susu cair..kalau nk lagi sedap & wangi guna brand Ideal..yumiee

rinduan citarasa said...

@Amin:
selamat mencuna

rinduan citarasa said...

@lydia:
wahhh. mmg sesuai u usus kan.. adik sentiasa ambil mknn sihat2. tahniah

rinduan citarasa said...

@murni:
waalaikumusalam
Setuju ssgt, lps lunch ambil puding ini. wowww.. sejuk

rinduan citarasa said...

@kakzakie:
tapi kalau batuk tamo mkn ya. risau memudaratkan
betul kak, kalau bekas kecil senang beri org dan senang kita mkn. bekas besar alamak. byk guna ruang dipeti ais. xhabis membazir

rinduan citarasa said...

@teratai:
Kak.... Ayu suka jua. Asal puding. Lagi2 puding milo.. wahhh

rinduan citarasa said...

@Queenie:
Yang seksi, yang kuat menggoda semestinya Ayu (hahaha. pinjam ayat2 blogger Melur jelita)
hehehheeheh

rinduan citarasa said...

@jebat:
Adikku... pepahamlah kakak ko noe ratu TYPO. kikiki. tu kak dh edit semula entry.
tq laling

rinduan citarasa said...

@Insan Marhaen:
Terima kasih IM. In shaa Allah.... Ayu bukukan thanks for idea

rinduan citarasa said...

@Syuziafrina:
A'aaa kan.. in shaa Allah.. kak cuba

rinduan citarasa said...

@Ashra Hani:
terima kasih tolong jawabkan bagi pihak kak Ayu.
Dikkk.. serius kak baru tau brand Idea adalah y tbaik u memuding..
tqqqq so much. Muahhhhhhh

Jemarisuri said...

tergoda lah ayu kalau dpt time panas2 gini bestnye ..slurppppp..hihi

aSHra haNI said...

sama2 kasih kak ayu..ideal mmg da besh utk buat puding or kuih..
kalau kak ayu buat puding jagung guna susu tu mmg sedap..
cuma harga tu jela kan mahai cikit..tp brand lain pon ok jugak..kang majok plak susu lain tu hihi

syuziafrina said...

Yeayyyy!!:)thumbs up!!

aDisH.sHidA said...

menari2 dangdut di dalam tekak

elly nadyra said...

Dangdut ek? Buat sambil berdangdutkah?

Gadis Kampung said...

GK buat puding dangdut arini..ikt resepi ni la...tp puding gk jd berkepala...sebab silap paham...ingat bila msk kan susu cair dgn air laici api masih dinyalakan...apa lagi berkepala la pyding gk..tapi rs ttp Sedap hehe...rupa je buruk.