CITARASA RINDUAN

Thursday, June 6, 2013

Resepi Kek Pisang gebu dan lembut

Selamat petang sahabat alam mayaku, Petang-petang gini layan roti panas, pisang goreng panas, kek panas atau apa-apa makanan panas syokk oooo...
Tengahari tadi sebelum nantikan solat zuhur daku sempat meng'baking sekejap.
Kek pisang kegemaran En Zalie, manakala muffin pisang untuk Umai.

Jomm.. semak resepi
sumber: resepi sendiri
BAHAN-BAHANNYA

  1. Tepung gandum 2cawan (daku sukat guna cawan minum pagi/petang) **diayak
  2. Bikarbonat 1 sudu teh**diayak
  3. Serbuk penaik 1 sudu teh**diayak
  4. Esen Vanilla atau Esen pisang 1 sudu teh
  5. Pisang berangan 2 biji, (daku guna pisang 44hari. 5-6 biji memadai) lenyekkan hancur. 2 lagi buat hiasan atas kek nanti.
  6. Magerin/planta 1 cawan
  7. Gula pasir 1 cawan (kurangkan pun boleh, boleh isi gula tak penuh dalam cawan)
  8. Telur ayam 3 biji Gred A, daku suka guna gred C, so pakai 4 biji

(ku buat 6biji muffin kek dan seloyang Kek. Hiaslah muffin tu guna rice coklat atau apa2 yang korang suka, asal anak korang suka sebab dihargai)

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan oven 160'c selama 30minit
  2. Terus putar mixes. Mixes gula dan majerin sampai halus, guna jari kalau rasa gula korang masih kasar, tolong putar lagi. Dalam masa 2 minit tak halus gak, tak apa korang masukkan jer telur satu persatu. In Shaa Allah akan haluslah gula tu. Hehhehe
  3. Masukkan esen vanilla/pisang. wangikan baunya...
  4. Baru masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan bikarbonat. Masukkan sedikit demi sikit, pembantu aku si Umai memang suka bab2 masukkan tepung.
  5. Diakhiri dengan pisang, perlahankan mixes. Guna senduk kayu untuk satukan pisang dengan adunan lain.
  6. Dah boleh masukkan dalam loyang yang bawahnya dah dibubuh kertas alas kek. Korang boleh sapukan lebihan majerin keseluruh loyang ya. Hiaslah kek korang dengan lebihan 2biji pisang. Biar berseni gitu.
  7. Boleh bakar dah, guna suhu sama tapi masa bakar adalah 50minit.
  8. Bila masa membakar selesai. Buka pintu oven. Sejuk baru ambil dan boleh dipotong. Selamat menjamu selera.

17 ulasan:

Maria Firdz said...

sedapnya... bila la nk rajin memasak.. hehe

Lydia Miza said...

Nk dua potong

Amin A. R said...

Kalau kukus boleh x? Hehe.. Rumah tadak oven :D

Gee® said...

Waaaa...dh lama tak makan kek pisang... nk ckit!

rinduan citarasa said...

maria:
suami dan anak suka benor kek pisang. masa ayu bakar, baring atas katil. bangun tgk abis dah y muffin. anak bertuah. hehe

rinduan citarasa said...

Amin A.R:
boleh. guna resepi yang sama ya

rinduan citarasa said...

kak Gee:
kalau dekat htr dah sepiring. hhehe

JunAina said...

Nampak mudah tapi bilalah nak try dasar penyakit 'm' besar sgat akak ni Ayu.

Queenie said...

kat sini asal petang jer hujan ayu.. kalau dpt makan kek ni panas2, mau tak sedar habis seloyang! lawan ngan teh O kurang manis...makan bawah selimut, boleh gitu? macam mak menti jer ek? keh3

rinduan citarasa said...

Kak June:
hehehehe. ayu berapa hari lepad mmg malas y amat. hehehe. nie okey sikit.

rinduan citarasa said...

Kak Q sayang:
sorry tau lama tak singgah umah kak.Ayu update terus dr HP. TAk ada masa nak BW. maaakan Ayu.

Ayu mmg suka time kek panas. kalau sejuk. tamo makan. heheh

insaan marhaen said...

Tapi IM lebih gemar kuih berasaskan kentang...

IM tak suka manis!

Acik Erna said...

rajinya ayu..siap susun pisangnya sekali..mesti sedap kan ayu

Yatie said...

sedap ni makan panas2 dngn secawan teh O, lama tul akak tak buat kek pisang...sedap tu..

Norzila Zakaria said...

amboi siap ada hirisan pisang..jeles la..

elly nadyra said...

Hirisan pisang atas kek tu cun!

teratai said...

First tengok ada hirisan pisang kat atas kek...mengiurkan!