Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, May 24, 2010

23 perkara anda mesti tahu tentang saya

Sebenarnya entry nie datangnya dari sis LELORD yang nak berhijrah ke QATAR tak lama lagi, ayu doakan sis dan keluarganya selamat pergi dan kembali ke Malaysia...dia tag ayu semalam....so...ayu kena tunaikan tag nie dengan segera, agar tak lah banyak sangat hutang kat kawan-kawan blogger..risau gak, kumpul banyak-banyak

Ade syarat okey...

  1. Tuliskan 23 perkara rawak tentang diri anda (sama ada fakta, impian atau imaginasi)-ayu tulis yang original tentang diri ayu
  2. Sampaikan tag ini kepada 5 rakan blog yang lain-okey
  3. Harus ikut peraturan, jika tidak tag anda tidak sah.-done
  4. Ikut segala yang ditulis di atas.-done (aduh.......garang gak eik, syarat-syaratnya..

  1. Nama penuh SITI RUHAYU AB RAHMAN
  2. Panggilan yang senang di terima AYU
  3. Umur, dah jalan 30 tahun
  4. Bilangan adik beradik 5 orang, ayu yang ke 2
  5. Dilahirkan di Senai, Johor
  6. 4 November tarikh kelahiranku
  7. Suka no 279..
  8. Dibesarkan di F Tenggaroh 1, mersing
  9. Sekarang duduk ngan family mertua
  10. Ada kedai makan, dari turun menurun....
  11. Suka menyanyi tapi..hanya berdua dengan my hubby
  12. Sekolah awal di f LKTP Tenggaroh 1 dan sekolah agama F tenggaroh 1
  13. Sek, Men di SMTA dan SMTB
  14. Ambil matrikulasi di KYM
  15. Ambil diploma di POLITEKNIK SEBERANG PERAI 99-01, merupakan pelajar first batch
  16. Pernah mengajar akauntansi secara sambilan, kerja tetap sebagai pegawai akaun di kolej MLVK, Akademi Mahir, Mersing sebelum berkahwin
  17. Mempunyai suami yang chubby dan penyayang....suka dengar dia menyanyi...
  18. Ada motor scooter yang di ceriakan dengan kartun Spongebob, My Hubby yang upgredkan..sangat comel...ayu suka...
  19. Ada anak yang petah berkata-kata NURUMAIRAH namanya..baru 2 tahun lebih
  20. Suka makan-makan....tapi itu dahulu..sekarang sedang berdiet....(risau ngan penyakit yang macam-macam)
  21. Sukakan aktiviti lasak, blogging dan memasak
  22. Jogging, workout dan gym...amalan yang wajib aku lalui..kerana semua itu senaman yang terbaik untuk kesihatanku
  23. Oat, makanan yang terbaik untukku, risau gak bila aku jumpa makanan yang feberat2...sure hancus dietku
Alhamdullilah selesai sudah tugasan tag ini, so ayu nak sampaikan kat
  1. ABANG EE
  2. ABANG MAT GEBU
  3. KASIH SUCI
  4. YANIE budak gebu
  5. SIS ZAIDAH


AWARD DARI BLOG COMEL



Assalamualaikum..salam isnin...minggu nie ayu kerja shiff petang-malam...so ada masa nak jejalan ke blog korang...terima kasih tak terhingga kepada para pembaca dan blogger yang aktif atau non aktif....sesungguhnya kalian adalah sahabat yang terbaik....dengan berblog lah ayu dapat kenal dengan sahabat di Malaysia mahupun di luar negara Malaysia....

Oh yer, award kali nie ayu dapat dari blogger yang paling comel...secomel orangnya... Kak Zaidah, terima kasih kerana menyerahkan award kepada kami para blogger...

Kepada para blogger sekalian..sudi-sudilah ambil award nie....kita berblog ada keistimewaan masing-masing....semuanya terbaik.....tanpa ragu-ragu ayu serahkan kepada semua...