Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label award. Show all posts
Showing posts with label award. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Award again......Terima kasih Cik Cek......

Ku terima award dari blogger cik cek,
Blogger yang sering memberiku semangat dalam dunia kehidupan.. walau belum bertemu rupa.. walau belum ku dengar suaranya.. ku tahu cik cek merupakan blogger yang penyayang sebagai seorang ibu……….
My Photo
Lihat, gambar profile cik cek... gebu kan kek itu?.. Untuk cik cek, Terima kasih cik cek.. Ku benar2 terharu dengan persahabatan kita……..
Untuk memanjangkan lagi award ini,dimana tujuan award ini dibuat untuk mengeratkan hubungan silaturahim…syarat ambil award ini pun mudah.. hanya  memanjangkan award ini kepada 8 blogger yang lain, Buat blogger lain.. jangan terasa ya, nanti kalau ada award lagi aku serahkan untuk kalian pula..
Untuk blogger yang bertuah adalah seperti berikut”-
1.       Blogger lydia Miza
2.       Blogger Azam
3.       Blogger mommy Fara
4.       Blogger papa mifz
6.       Blogger niena
7.       Blogger yana shaiful

PS: sebenarnya, citarasa rinduan ada masalah.. dah 2 jam tak ada air…fuh!! Ku tension…… nak basuh pinggan macamana?.pening…….

Monday, July 11, 2011

Award dari SinarKehidupanku..


Siapa tak suka dapat awardkan??
Terima kasih kak yatie sebab beri award pada diri ini, tapi ada syarat pulak..ingat dapat talam free… hehehe.. layan pelanggan sambil kunyah talam sedapnya, talam ubi ker, talam roti ker,…. Heheheheh
Jom, tamo panjang2 membebel, kalau nak tahu tentang diri aku….
1.       Aku bakal berusia 31 tahun.. seorang yang periang, suka berkawan… tak suka cari pasal
2.       Aku sedang berdiet.. tapi tetap curi2 makan gorengan, hahahha.. tapi tak pernah ambil apa2 makanan selepas jam 7 malam ke atas
3.       Berbahagia dengan kehidupanku, walau kadangkala ku terasa lemah, alhamdullilah.. ujian yang ku terima sedia ku hadapi dengan tabah
4.       Berniaga makanan itu punca rezekiku… menu sarapan dan makanan tengahari adalah air tanganku sendiri.. kalau nak rasa… jom ke citarasa rinduan…nak resepi bawa kertas dan pen ya….
5.       Mencintai seorang lelaki yang bernama MOHAMAD RAZALI HAMIS.. ibu kepada Nur Umairah
Nak tag siapa ya??
Rasanya, blogger masak2 dah ramai kena tag, hingga dari aku tak kenal mereka, sekarang banyak RAHSIA depa ku dah tahu….
Jadi, ku tak rasa nak panjangkan tag ini… maaf berlori kawan2… ku kedekut.. hahahahah

Friday, May 6, 2011

KHAS UNTUK SEMUA IBU-IBU, terima kasih semua..

SELAMAT HARI IBU untuk semua yang bergelar IBU, MAK, MAMA, UMMI, MUM..

Khas untuk IBUku JUMIAH BTE RAMLI dan RUSLIAH BTE BAKAR





KU dedikasikan award/kad ucapan sempena HARI IBU  yang kuterima dari sahabat blogger ku... TERIMA KASIH teman-teman








Ps: semua hari adalah hari ibu, hari mengingati mereka adalah tiap saat dan tiap waktu... I LUV U..

Thursday, March 17, 2011

Award untuk anda yang ku sayangi....

Buat sekian dan seterusnya….
Ku ambil kesempatan nak mohon sangat-sangat kemaafan kepada sahabatku semua..samada yang sering keluar masuk ke blogku dengan meninggalkan komen mahupun tidak…..

Berblog membuatkan perasaanku yang pelbagai rasa, lenyap dengan senyuman seterusnya gelak besar apabila komen-komen yang kalian tinggalkan…

****************************
Hari-hari berblogwalking (BW), menyebabkan aku rasa jauh perjalananku dengan pelbagai kisah yang kalian kongsikan…pelbagai jenis makanan, pelbagai jenis pengalaman mahupun ilmiah ku bawa pulang………….terima kasih teman

Realitynya, aku insane biasa….
Aku seperti kalian….
Dipenuhi cerita dan kisah yang berbeza…..
Berniaga pula…memang menyeronokan,
namun kadangkala aku rasa tertekan..
lumrah bukan???

Maaf andai sepanjang minggu ini aku tidak membalas komen kalian…moga kalian tak terasa…..
Banyak juga persoalan yang kalian tinggalkan…
Insyallah..aku akan membalas samada membuat entry atau terus ke blog kalian….




(Ku tinggalkan award ini untuk anda semua…ambillah dan simpan sebagai tanda terima kasihku untuk anda…dan anda semua…

Bunga ini ku ambil gambarnya dihalaman rumah ibunda, ku edit khas untuk kalian)


PS: 2 hari aku akan bercuti dari berblog, ku rehatkan diri untuk bertemu kedua ibubapa tersayang…..salam sayang dari Blog Citarasa Rinduan untuk kalian semua…….

Thursday, March 3, 2011

Award dari Bicara Mak dara


Yahoo…..
Dengan senang hati…apabila aku blogwalking..
 'Create
Dapat award dari Blogger Mak Dara..

Terima kasih daun keladi yer Mak Dara..Ayu rasa dihargai gitu….ala-ala bling-bling gitu awardnya....jom...kita ambil dengan rela hati..sila klik ini

BICARA MAK DARA

Friday, February 18, 2011

Gegar blog ke -73 Cerita Fahmi dan Award dari Blogger Nieza

Nampak gayanya. Blogger Fahmi nie, menjual pantun..

Ini bukan blog yang hebat-hebat belaka.
Kalau seronok membaca bolehlah terus bertapa.
Kalau tidak menarik janganlah mencerca.
Semoga kita dapat manfaat bersama bila anda fllow saya.

Cerita Fahmi 
Maka, dengan rela hati ku membalasnya,

Ke Bandar dengan cik munna
Singgah sebentar ke warong markona
Niat di hati nak GEGAR BLOG ANDA
Harap fahmi sudi dengan gegarannya

JOM, apa lagi kita bikin GEGAR ke blog Fahmi..

 ******************
Wah, semalam aku di serahkan award oleh Blogger Nieza, dengan bersemangat waja…aku terus ambil, siap tanggal apron lagi dibawah pentas..…hehehe

Dengan ini, ku tepek award nan indah ini sebagai satu penghargaan dari beliau untuk ku…
Kepada blogger Nieza yang jauh nun disana….terima kasih daun keladi….esok-esok serahlah lagi…hehehhe


PS: oleh kerana syarat-syaratnya mudah sahaja, aku agak lokek gitu…tamo serahkan kepada sesiapa….hehehhe…jangan marah yer kawan-kawan semua, esok-esok aku syer kat korang...malam ini agak kedekut gitu....


Friday, February 11, 2011

Award dari Alam Sari, my favorite Blog adalah~~~





 

1. Salin gambar dan letakkan di entri.
done

2. Nyatakan dari mana dapat tag dan award ini.
Dari kak sari yusa, Alam Sari blog adalah kepunyaan wanita bekerjaya dari johor, happy good looking..mudah mesra dengan beliau, kepala macam aku gak gila2.... Loveling family…….terima kasih kak sari tag ayu award ini, dengan senang hati ayu ambil yer.

3. Senaraikan lima blog yang menjadi kegemaran dan sebab-sebabnya.

Untuk makluman semua.aku suka akan blog yang terdapat dibloglistku….namun ikut syarat aku kena senaraikan 5 blog sahaja…..so, layan antara blog yang menjadi kegemaranku antaranya adalah;-

  1. Blogger eelobor
Sebab blogger ini amat mesra rakyat….senang nak berkunjung ke blog beliau nama blog beliau pun senang nak hafal……eelobor.com

  1. Blogger kak azie azah
Sebab blogger ini suka singgah ke blog citarasa rinduan….dengan nasihat dan kata-katanya membuatkan aku tahu..bahawa bukan aku sahaja yang diduga OlehNYA….semua ada cerita dan kisah antara kita yang penting kena cekal hati…..dan aku senang bekawan dengan beliau……..(kak azie, minta upah 20 sen!!!) hehehehehhe

  1. Blogger akuanakpahang
Entry yang sangat mesra perkataan dan perbahasaan. Nak belajar macam-macam permahaman jom……kenal dengan beliau..pasti tak kering ilmu, nak kenal negeri pahang? Atau korang bakal nak dapat mertua orang pahang, apa lagi…klik sini

  1. Blogger kakzakie
Jangan tak tau, blogger ini satu negeri denganku……sering berligar-ligar diblog citarasa rinduan….. senangku tiak dengan panggilan “kakak” kakak pinjaman untuk ku di dunia maya (bolehkan kakzakie?)
Terima kasih kakzakie kerana memberi kata-kata perangsang untukku yang bergelar, isteri, menantu dan ibu……. (walau ianya agak mudah namun yang pernah sebumbung dengan mertua sahaja yang tahu)

  1. Blogger insan mahesan
Blogger lelaki ini, penuh dengan cabaran bergelar suami kepada ibu suri…..nak kawan dengan IM ini..jom klik sini ramai-ramai….(selain banyak pengalamannya, beliau pun mesra persahabatan tau)

  1. Blogger kakseroja a.k.a kakcik
Walau aku baru berkenalan dengan kakcik, namun blogger ini seorang yang agak pemalu dari segi bersahabat……..ingat lagi semasa contest yang dia anjurkan, dia tak mahu kerana contestnya, blogger yang lain jadi followernya..so….nak kawan dengan kakcik,……sila bersahabat dengan sejujurnya………

  1. Blogger zeqzeq
Blogger ini lokek bab komen di blognya, sesetengah entry korang boleh komen sesenang hati, sesetengah lagi jangan harap!!…. mulanya aku agak binggung kalau nak masuk ke blog beliau………
Lama-lama aku suka setiap entrynya…..jom terjah blog zeqzeq
PS:Masuk blog beliau kena penuhkan diri dengan ilmu yang penuh didada…kalau tak, sure korang agak pening lalat……..hahahhaah

  1. Blogger ibuintan
Nak kenal dengan ibuintan??? Jom gegar blog beliau dengan segera,sila kilk sini…..seronok membaca entry tentang ibuintan yang sedang membesarkan anak-anak beliau yang cerdik….. rugi kalau tak bersahabat dengan beliau….

  1. Blogger nieza
Seorang wanita, isteri yang berada diluar Negara buat masa kini…sila masuk ke blog beliau dengan hati yang kental sebab setiap resepinya adeh……..menikam ke tahap lapar yang amat……….. blogger masakkan hebat ini……ramai geng-geng kita suka lepak ke blog nieza……jom bersahabat dengan beliau…klik sini



(PS: nak tag korang ramai-ramai, tapi aku tau, sesetengah korang ada yang kena tag………semasa blogwalking ke blog kawan-kawan, ingatkan aku tak layak dapat award ini, akhirnya dapat juga,thanks kepada kak sari yusa………….)

Friday, January 14, 2011

Award dari Mas Duniaku

Assalamualaikum, selamat malam sabtu sahabatku sekalian….

Alhamdullilah, pagi ini selesai sudah urusan check kesihatan terhadap FIL dan MIL…walaupun RM banyak melayan..yang pasti aku berasa selesa dengan tahap kesihatan mereka…

Bila dah tau apa penyakit mereka…semestinya aku berjaga-jaga dan sentiasa memberi perhatian baik dari segi pakai, makan, minum mereka……

Tengahari terus ke pasaraya (pasar borong) beli keperluan barang basah untuk citarasa rinduan..

Sampai ke rumah dalam jam 5 petang. Terus merehatkan diri……itu yang online agak lewat…ini pun sambil update blog aku mengemas rumah dan membasuh pakaian…..

**********************************************

Kebetulan malam nie, dapat award dari blogger masakkan yang aku kenali sejak setengah tahun yang lepas..

Blogger Mas,duniaku…. Blogger masakkan yang rajin singgah dan rapat denganku…Mas…thanks so much….ayu terharu dengan award ini….

Jadi sebelum ambik award tu bacalah 'PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI' kat bawah tu dulu yee......

:: PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::

PENCIL yang besar

Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

FILEM bergerak tanpa henti

Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.

LOGO bulat berkelip-kelip

jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.

Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

Pemenangnya :

  1. Azzey
  2. Kak Azie Azah
  3. Hsyman
  4. Syira
  5. Eelobor

PS: Sila ambil award ini tanpa malu….untuk blogger yang lain..anda juga sahabat alam mayaku yang terbaik…..terima kasih kerana sentiasa menyokong blog citarasa rinduan

Tuesday, January 11, 2011

Rehat Berblog..............

Terima kasih teman-teman…………………

Selamat malam,

Seharian aku kurang sihat, tetap gagah jua nak berblogging…..

Pening kepala disebabkan kepalaku ala kepada air hujan, penyakitku ini dah lama…kalau kena hujan..pasti sakit kepala hingga berdenyut-denyut..

Itu yang uruskan citarasa rinduan dengan rasa tak selesa, kalau berdiri lama-lama rasa nampak banyak bintang-bintang..berpinar-pinar, aku bukan tak suka makan ubat..tapi sedang usaha untuk memperolehi cahaya mata…risau ada effect yang melanda..

Nasiblah, sempat hidangkan beberapa entry post kepada kawan-kawan tanda aku tetap dihati kalian..

Terima kasih kepada sahabat yang setia singgah ke blog citarasa rinduan..

  • kepada blogger yang tetap meluahkan komen yang bernas,
  • kepada sahabat blogger yang support blog citarasa rinduan,
  • jua kepada sesiapa sahaja yang sudi membaca coretanku ini…….(ku tahu walau tiada komen, kalian rajin keluar masuk ke blog biasa-biasa ini

Tiada ucapan lagi yang boleh ku ucapkan untuk kalian,

Sesungguhnya aku menyayangi persahabatan dunia alam maya ini..lebih-lebih lagi blogspot yang banyak memberi jasa sehingga ku kenal beberapa teman-teman dari golongan sederhana-kaya, muda-tua, berpelajaran-berkerjaya……kita sama…tiada beza, meluangkan masa sesame kita…menulis tanda kita suka/kecewa…………….

Yang pasti…tanpa kalian, siapalah ayu-citarasa rinduan????…..


*******************************************

PS:

Ada tag/award yang mungkin tidak sempatku ambil dan selesaikan, bukan tidak sudi…tapi beri masa untuk aku selesaikan di dunia reality, titleku sebagai isteri, ibu, majikan, tukang masak,drive en zalie dan nurse tidak bertauliah, membantutkan masaku……….

Minta jasa kalian tinggalkan url, insyallah..aku singgah dan bawa pulang…

***selamat hari lahir kepada Dato Siti Nurhaliza (penyanyi tersohor Malaysia) Azrah Ayob (Qariah Malaysia/sahabat En Zalie), Anak saudara blogger Cik Mat gebu (Aisha Nabila) dan sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 11.1.11, dengan ucapan semoga anda dipanjangkan usia dan diberi kesejahteraan dunia dan akhirat****

Monday, January 10, 2011

Award dari blogger ERIEN



Sebelum ayu tidur, ayu nak selesaikan satu tag/award yang diberikan oleh erin
http://erienz82.blogspot.com/2011/01/untuk-kenkawan-je-award-from-kak-yan.html

Terima kasih pada erin yang sudi bagi award kat ayu, tak sangka dapat award dari si manis erin……………

Tapikan, ambil award nie bukan senang-senang jer…ada syarat pula, so layan…….

*******************************************



A. Apa yang membuatkan kamu mula blogging?

Sebab ayu join satu pertandingan yang ben anjurkan, 100 Top wanita FB ben Ashaari…lagipun ayu dah terbiasa komen di FB beliau, dan beliau baru 1 bulan mempunyai akaun blogspot, itu yang terus terjebak dalam dunia blogging.

B. Kamu rasa apa perubahan blog kamu dari dulu sampai sekarang?

Banyak perbezaanya, terutama…ayu dapat ramai kenalan…dan paling suka kawan-kawan selalu singgah masuk ke blog citarasa rinduan, walau ayu sibuk dikedai..ayu terhibur dengan pengalaman dan cerita kawan-kawan blog..

C. Apa yang kamu suka pasal Syarafina Zaini?

Baru follow blog beliau..nanti dah kenal…harap-harap terus jatuh suka…hehehe

Salam ziarah Syarifina Zaini, kak follower awak yang ke 350........nice blog..

D. Tag sekurang - kurangnya 3 orang bloggers yang setia.

  1. Ummi AmnaAmzar http://amnaamzar.blogspot.com/
  2. kak lelord
  3. idara http://idalara.blogspot.com/




PS: selamat malam, hujan dah 2 hari tak henti-henti semoga tak lah berlaku kejadian yang buruk, amin....(Layan tv 2, filem bujang lapuk...terus teringat kat blogger AzieAzah..............kak azie...bak sini 20sen..ayu nak aiskrim...hehhehe)


Saturday, January 8, 2011

Award dari Blogger Matahari (KELLA)

Award sahabat setia, dari teman blogger yang rapat denganku, walau belum bersua ku tahu..kella adalah blogger yang sangat baik hati, peramah dan setiakawan……..

Terima kasih kella

Kak hargai award yang kamu berikan kepada kak Ayu,dengan senang hati kak abadikan untuk kenangan award ini sudah dimiliki oleh kak Ayu......

Semoga ukhwah yang kita jalinkan berpanjangan selamanya…..sayang kamu.......


PS:Ku terima award ini pada semalam, namun..oleh kerana aku kepenatan yang sangat selepas 1 hari menguruskan passport pekerjaku…(maklumlah hari jumaat, adalah hari buzyku)

Entry yang terpampar pun ku auto publish..

Edisi kejutan untuk blogger cik mat gebu pun masih lagi belum siap untuk dikongsi, ambil masa untuk upload pic yang mana, sempat en zalie rakamkan tengahari tadi. Sedia nantikan entry itu yer…

***nak mandi..badanku bau masam*********


Monday, December 20, 2010

Award masakkan dari blogger Mas (duniaku)

Salam, selamat malam…

Ewah…sejak en nuffnang dah sering timbul, asyik berblogging jer lah kerja aku akhir-akhir nie. Lagi seronok kawan-kawan blogger pun rajin tag dan beri award pada kita, giveaway yang aku anjurkan pun ada peserta yang sudi join...Thanks so much..

Kalau dah terima award tu,,,memang rasa dihargai gitu…lagilah mengeratkan silaturahim sesame blogger…Cuma, kalau tag yang melibatkan contest,… aku tiada skill nak ubah header ker, nak edit pic…memang kena hold dahulu…macam tag dari mamawana dan cikgu azreef..bukan tak sudi ambil..karang, kena posing baru berpeluang ambil yer..

Pagi tadi dapat award dari blogger masakan. Blogger yang sering bertandang ke blog citarasa rinduan, tak lain tak bukan, blogger Mas, duniaku…

Terima kasih Mas, atas kesudian berikan award comel ini kepada ayu….Tapikan, masa awal-awal berblog..aku gelar Mas sebagai kakak…hahahha..rupanya kami sebaya….kan Mas….30 tahun gitu….

Wokey, dah ambil award, kena pulak buat syarat-syaratnya….so, layan…

  1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda.

· Seingat ayu masa darjah 2 umur 8 tahun, ayu dah cuba memasak ikan goreng, masa tu takut-takut jugalah, sebab meletop-meletop….

· kerana kak long sakit, tetap gagahkan diri juga….(orang felda, ibubapa ke kebun, anak buat hal dengan pengawasan kakak)…

***********************************************

  1. Sapa yang menggalakkan anda masak.

· minat memasak memang dari diri sendiri, sebelum ke sekolah menengah (time tu sekolah belah petang) ayu dah masakkan makanan tengahari untuk keluarga,,

· ingatkan dunia masakkan terhenti semasa ayu bekerja di akademi mahir….lucu, tuhan punya kuasa,,,ayu berkahwin dengan anak tunggal kedai makan citarasa rinduan…syukur…ibu mertua yang memberikan petua dah resepi beliau…terus sehingga kini, kerjakan memasak….

***********************************************

  1. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.

· Sambal goreng (ada kentang, tempe, tahu, soon hoon, udang dll)....tapikan, en zalie nie dah terbiasa di citarasa rinduan, so.terlalu banyak makanan..kami tiada masakan yang paling digemari..semua okey….semua balun..

  1. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda..

· Cik mat gebu

· kak azlina

· k. Nur

· Qira

· Kak yatie (sinar kehidupanku)

Thursday, December 16, 2010

Gambar kenangan, aku cemburu??

Hari nie, adikku siti, call….aku dah agak dah…..kalau call time 16 hb disember…mesti nak kongsi sesuatu denganku..

Aku bukan nak jeles atau cemburu…tapi…kalau dah semua dok pakat bercuti di Kl…sambil sambut hari lahir abah, adik ipar dan anak saudaraku…sah…..aku pasti menangis….

Bukan menangis sedih…nie menangis suka lah….suka sebab family aku sentiasa menyokong antara satu sama lain…

Cantiknya kek-kek mereka…mesti sedap….walau tak dapat rasa…dapat lihat pic kek..dah rasa seperti disana


Inilah muka-muka gembira abah, zalie dan ika….(si tuan penyambut hari lahir) pada malam tepat jam 12 malam 16 hb disember 2010)






Psst: call ibunda, rupa-rupanya adik beradik pakat sponser…ada yang sponser kek, makanan dan inilah hasil kerjasama mereka….

Tahniah my family….kak ngah..sentiasa bersyukur mempunyai keluarga yang penyayang……I love u alls….insyallah, jika en .zalie semakin sembuh...kak ngah pasti berada disana...sesekali makan angin...........

*******************************************************


Award dari blogger shafiqrosli………..

Terima kasih kerana serahkan award yang cantik ini…kak hargai…

Semoga ukhwah kita berpanjangan….amin

Monday, December 6, 2010

AWARD DARI KAK YATIE ~SINAR KEHIDUPANKU~



Aku berlari, ala-ala penerima award OSCAR,…dengan perasaan bangga dapat award lagi pada petang ini.terasa dihargai...dan rasa bahagia..

Sebenarnya…..pulang kerumah hantar umai…merengek nak balik ke rumah..maklumlah..timeumai nak menyusu…

Selaklah sekejap encik lappy…sekodeng blog dan FB….wah…..aku dapat award lah…

Nama award pun dah melambangkan keterampilan si pemberinya…siapa yang beri?…kali nie dari blogger masakkan…



Kak Yatie sinar kehidupan, yang sudi serahkan award ini kepadaku si ayu-citarasa rinduan..

Dengan senang hati ayu ambil award ini tanpa ragu-ragu…terima kasih daun keladi…esok-esok berilah lagi…

Selepas aku berfikiran beberapa kali..molek kalau aku serah award ini kepada blogger lelaki…

Nak tahu pasal apa aku boleh nak berikan award ini kepada mereka??? Sebab mereka adalah blogger yang sering menjadi pendorong untuk aku berblog….

Kepada blogger yang akan kuserah award ini…

Terimalah award, U ARE THE COOLEST BLOGGER IN THE WORLD…

  1. CIKGU IMAN
  2. EELOBOR
  3. CIKGU AREFF

Terima kasih kak Yatie…………………..

PS; Sedang google doa akhir tahun dan awal tahun….terima kasih blogger kak yatie, all in one dan kasih suci…ayu hargai jasa kalian, berkongsi doa akhir tahun dan awal tahun...salam Ma`al hijrah


Saturday, December 4, 2010

AWARD DARI SHAFIQROSLI


Sangat berterima kasih kepada semua blogger dan sahabat yang selalu beri semangat dan kata-kata nasihat untuk ayu-citarasa rinduan..

Jua terima kasih kepada KESEMUA PEMBACA yang berkunjung disini…

Kebetulan malam ini ayu dapat award dari blogger lelaki….ShafiqRosli (http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/) namanya, dengan senang hati, ayu ambil award ini dengan linangan air mata kegembiraan…

Oh yer. Ada syarat-syarat kena buat untuk award ini….untuk kalian….ku jawap dengan kerelaan hatiku, seikhlasnya….


Beri kan satu nickname untuk saya:

  • Shafiq

Ucapan untuk pemberi award:

· shafiq, terima kasih atas award ini..kak hargai..ianya membuatkan hati kak berbunga-bunga…lagilah kes kemarin tak sattle-sattle..sekarang kak nak tidur dengan nyanyian lagu dari blog kamu dan award yang comel ini

List 6 artis/band/group yang korang minat:

· Ramlah ram

· Orkid Abdullah

· Dato M Daud Kilau

· Uji rashid

· P Ramlee

· Kumpulan KRU

Bagi award ni kepada 10 blogger yang mempunyai blog yang cantik dan cun:

· Oleh kerana, malam ini kak dapat award dari kamu, kak akan simpan buat kenangan…tiada dua atau tiga..hanya satu-satu award ini untuk kak Ayu…




PS: sesekali layan award…hatiku telah terhibur