Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, April 8, 2013

CENDOL KAMPUNG - Mama Jeli Recipe

Korang peminat tegar cendol? acap kali layan cendol tak berapa syok? tamo sedih-sedih noooo.. nie nak habaq mai, daku dah temui cendol paling ngammm kat tekak, syokkk habisss..
Perhatikan dengan ais kepalnya, pulutnya, cendol yang gemok2 memikat selera, kacang yang banyak giless dan ada tambahan jagung didalamnya, Eh!! lupa ada cincau yang disagat molek rupanya tauuuu. Hilang haus ko....

Hanya RM 2.80 ianya sudah menjadi milik korang, lagilah perkhidmatan yang disediakan oleh peniaga amatlah cepat dan pantas....Mabelessss!!! Nama cendol nie pun best CENDOL KAMPUNG KAWW...PUNYA
Hah!! rojak petis bukan calang-calang tau.. pedas dan rasanya sedap ooooo..

Mai kita tengok berapa ramai pelanggan yang datang? ramaiiii kannn. (awat aku lupa nak snap gambar kenderaan kat luor eik, tak apa... esok2 kalau kesitu lagi)

Buat aku bertambah "slute" kat peniaga cendol ni, dia menyediakan perkhidmatan lori bergerak ke kawasan sekitar, tapi belah kota tinggi jer kot, (malu nak tanya2 kat pekerja kat situ, sebab depa banyak kerja lain nak buat dari layan daku, bahahhahah)
Hah!!
inilah dia kedai yang aku pergi semalam ke kawasan Desaru,(buat apa aku ke sana?) korang rujuk entry sebelah lah ya, nama kedai nie MAMA JELI RECIPE, makanan yang paling special semestinya mee rebus, laksa johor, rojak petis, rojak manis,cendol kampung dan banyak lagi....
ALAMAT
JALAN KOTA TINGGI- DESARU
KAMPUNG BARU SUNGAI MAS
KOTA TINGGI

Sunday, April 7, 2013

Kisah Hujung Minggu- Ke Felda Adela - Sek Men Agama Penawar

(opss, ada model pulak kiri gambor, Sorry pakcik ter'snap')

Selamat pengantin baru buat anak sepupu arwah ayah mertuaku. Aiet dan Amet, moga bahagia selamanya... Bilaku berbual dengan ibu pengantin, sahlah.. pusing2 Cik Ara adalah anak kepada mak saudara belah ibuku, alahai... kecil jer dunia. Memangku akui, antara aku dan En Zalie ada hubungan persaudaraan. Bila 10tahun kami bersama, baru ku nampak belah mana satu yang buat kami ada bau bacang, Bahahhaha...

Dari felda Adela ( first time tu..aku ke felda nie, cantik ko felda nie, jiran dengan F Sening, F Keledang, F Tunggal...) Kami berempat teruskan perjalanan ke Sek Agama Penawar, ziarah anak makcikku. Dalam gambar yang pakai baju biru tulah Afifah Latif belajar kat situ.
Ala-ala kejutanlah ibu Afifah (yang pakaii tudung hijau Wak Lah) buat pada anaknya, sampai terlompat-lompat Afifah bila menerima kunjungan kami.

Alang-alang dah ketempat orang, wajiblah aku dan buah hatiku Umai 'posing' bersama-sama. ( nampak tak beg baruku? Ada gambor kasut ko.. hahahhahah)

Eh! lupa nak tunjukkan gambar Afifah terlalu GEMBIRA dengan kehadiran kami, sampai mau tertanggal tudung sebab tak percaya kami melawatnya disekolah, untuk sepupuku Afifah semoga berjaya untuk peperiksaan SPM yang akan datang. LUV u

Nie gambar telefon ala-ala zaman aku kat POLI, tapi tulah ada sedikit kecanggihan. Boleh SMS ko.... Pertama kali aku tauu

Tara!!!
Sepupuku Nor Hafizah paling 'excited' sebab dapat jumpa berpuluh-puluh telefon awam, katanya kat UKM mahupun kat mana-mana tempat awam dah tak jumpa dah alat telekomunikasi jenis nie, depa semua kena guna telefon bimbit.