Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, December 22, 2010

BSN Cawangan Ampangan Terbakar, Tiga Pekerja Binaan Selamat

SEREMBAN: Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Ampangan yang sedang diubah suai, terbakar pagi Rabu mengakibatkan peralatan dan ruang pejabat di tingkat bawah dan tingkat satu bangunan tiga tingkat itu, musnah.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, tiga pekerja binaan yang terperangkap di tingkat satu diselamatkan oleh anggota bomba.

"Ketiga-tiga mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan," kata jurucakap bomba.

Seramai 20 anggota bomba berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit.

Seorang pegawai bank itu yang tidak mahu namanya disiarkan berkata bank berkenaan sedang dalam proses pengubahsuaian.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran sedang disiasat. – BERNAMA

Kredit to mStar online

6 ulasan:

Azlina said...

ampangan zaman matrik dulu...tingat selalu g pasar situ...

Unknown said...

ooo..lynn pernah disana yer

baca berita nie agak risau juga...maklumlah..bila melibatkan hal RM masyarakat

IMANSHAH said...

moga tiada unsur khianat

Unknown said...

mungkin lintas pintas kot..

Shaizul Sapar said...

wah.boleh jadi ondscene no 2 ni.hehe..

azzey said...

CITARASA RINDUAN: Nasib baik terselamat...