Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label rombongan. Show all posts
Showing posts with label rombongan. Show all posts

Friday, December 10, 2010

Rombongan ke kilang Lion

Sambung cerita tentang pengalaman rombonganku hari ini…selepas ke kilang apollo….terus ke kilang lion coporation…

Kilang lion, open jualan murah kepada semua pelanggan selama 3 hari bermula jumaat – ahad (10- 12 disember 2010) …

Harga jualan amat murah, untuk sabun serbuk 5 kg hanya dijual RM 20.50…(mana nak dapat kat tempat lain?) soflan untuk 1.8 kilo RM 4.00, sabun basuh pinggan cap senang RM 3.50….murah kan??????? sabun shower jel..RM 9.00 siap dapat free gift wash tangan lagi


(gambar aku borong untuk rumah dan citarasa rinduan), manakala barang-barang yang kecik-kecik tu…hadiah dari kilang lion padaku..

Oleh kerana kawasan jualan dibuka ditempat lapang..ada peluang nak tarik udara banyak-banyak…tapi…ada tapi pulak…heheheheh…tang nak bayor…jauh ko….kena beratur sepanjang 2 km…semput aku bawa barang banyak-banyak, nasib aku masukkan dalam kotak..so, tolak dengan kaki…

Opsss..bukan aku sorang yang buat…semua pelanggan guna skil aku..kalau berpuluh-puluh barang yang kami beli, mana lah kuat kudrat kami nak jinjit guna jari (boleh putus tau…), tapikan ada yang belanjer pukal…ada perkhidmatan troli yang guna jentera tu….

Jom…layan gambar aku disana…walaupun dipenuhi orang, ada aku kesah..tetap nak posing sama teman-teman cik kiah…(hahahhaha…cik kiah lagi dapat nama…eelobor…ko kan suka kan???)



Dah ramai orang…keselamatan perlu diutamakan…bukan setakat kecurian, kelalaian, kecuaian dan kecederaan……mungkin dan akan berlaku...

Sampai ada kes kecederaan….seorang pelanggan wanita dihempap troli tu…sat2..aku google yer……………..ala…tak nampak pulak gambar troli tu, okey dalam gambar ada terselit tapi hanya kerangka tanpa jentera..…jari kaki kiri wanita tu ala-ala remuk pun ada…2 jari oooo...bukan satu...menagis lah wanita tu...

Gambar kerangka troli seperti dibelakang gambar aku dan kawan-kawan umai..

Kesian sangat…aku panggil pihak pengurusan…terus hantar wanita tu ke hospital….nasiblah bukan ahli geng-geng cik kiah kami.....kalau tak nyaya jer kan...


PS: alamak, hujan lah kat luor…..aku nak tidur awal…esok nak niaga…ada kang, bangun lewat….selamat malam….aku dah pekena sabun shower baru, jenama shokubushu (betul ker ejaan.?) harum dan wangi oooooo

gigi rosak salahkan ibu juga....

Salam..

Baru sampai ke rumah….nak upload pic..lambatlah sangat….itu yang terus taip entry, bab kepenatan?....memang penat oooo..

Tapi, oleh kerana keseronokan rombongan ke industri seperti kilang Apollo dan kilang Lion (sabun)…aku tak rasa penat pun…

Umai pun bijak,…tak buat hal…sepanjang rombongan dia jadi budak baik…dalam bas pun tak banyak kerenah..

Mana taknya, sekarang umai dipenuhi pelbagai jenis coklat dan biskut….

MIL kata, “banyakknya coklat….umai makan banyak-banyak nanti gigi rosak…”

umai jawab….

“Nenek, ibu belikan ubat gigi kondomo lion dan berus gigi…, kalau makan coklat..gigi tak rosak….”


Alahai…aku juga yang dipersalahkan…sabor jerlah kan…nak buat macamana umai kan bijak……hehehehehhe

Malam karang bila gambar-gambar siap di upload…aku kongsi pengalaman yer…



PS: nak kemas barang-barang…shopping tak hingat dunia…mana tak nya…16 kilo sabun aku angkat..belum campur dengan sabun-sabun mandi, pinggan, ubat gigi dan lain-lain….