Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Jom sihat, mana tau boleh terima saham RM 100,000.00

Fuhh!!!

Baru lepas buat workout kat umah…..selepas 4 hari bercuti bergym…aku sambung mana-mana skill yang aku pelajari di GYM bandar tenggara

Mujur aku masih belum lupa….
Maklumlah….bergym setakat yang mampu…kalau ada masa, baru aku tonjolkan diri..
Kalau tak……..jogging di kawasan padang berdekatan atau workout selama 1 jam…nak sihat… kena ada stamina yang tinggi

Oh yer.,,.bercerita tentang kesihatan, bersukan…..aku nak ucapkan tahniah untuk Juara All England, Chong Wei sebab mengharumkan nama Malaysia
*******************
Dan………..terbaru..Lee Chong Wei menerima  RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB) daripada kerajaan Malaysia atas kejayaannya mempertahankankan kejuaraannya pada Kejohanan Badminton All-England awal pagi Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan hadiah tersebut kepada Lee, yang tiba dari London pada pukul 6.45 pagi tadi, pada majlis sarapan pagi di Seri Perdana di sini, Selasa.
*******************
Tahniah dato………..
Jom..ramai-ramai kita hidup secara sihat…mana tau, satu hari kita bakal mengharumkan nama Malaysia….Tapi, kalau aku…takat bawa nama Citarasa Rinduan ke Antarabangsa…rasa-rasa okeylah juga…

Mee bandung satu!!!

Wednesday, March 2, 2011

RTM vs F Sungai sayong

Petang tadi, pihak stesen RTM telah membuat liputan untuk warga felda sungai sayong, tajuk dokumentainya adalah KEMBARA SUNGAI JOHOR.. makin terkenallah orang kampungku. bila aganya waktu siaran? wajah aku ada tak?? jeng-jeng



Oleh kerana pelbagai aktiviti dijalankan, dimana pihak stesen RTM telah membuat liputan aktiviti yang telah dijalankan di kampong tercinta..seperti karangkraf pihak GPW, pembuat keris, kerepek, tapai ubi, pelbagai riadah di waktu petang seperti permainan petanque dan kompang mengelilingi kawasan kampong..

Aku tak terkecuali terlibat dalam dokumentari tersebut..dimana RTM vs warga beliawanis, dalam pertandingan petanque….(sajer suka-suka)

Korang nak tahu apa keputusannya??

Tunggu yer……..

Jom, saksikan gambar yang sempat ku rakam……..







Inilah, wajah 2 orang pengacara stesen RTM yang menjayakan pertandingan petang tadi..

*******
Untuk sahabat yang tidak tahu apa itu permainan petanque, aku kongsi dari blog sahabat blogger juga..

Sejarah petanque

Dikesan kewujudannya sejak 900 sm apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 s. m. Kemudian sukan ini dimainkan oleh oleh orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom orang yang pertama memainkannya di Marseilles 2600 s.m. yang lalu.

Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pa kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanq kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru marian sebagai bola permainan.

Yang lain-lain klik sini