Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, June 12, 2010

MAAF- BUKAN TAK MAHU BLOGGING

Assalamualaikum...salam hari sabtu..hujung minggu ini pasti ramai keluarga yang keluar bersuka ria, ditambah cuti sekolah...para ibu sibuk menyediakan masakan kegemaran anak-anak..si Ayah..luangkan masa mengajar anak membaca Al-Quran. menunggang basikal..

Ada yang lebih seronok...anak-anak dapat berjumpa dengan nenek dan datuknya...indahnya ketika itu.....teringat ketika zamanku dahulu..bila diajak pulang ke kampung iaitu di senai atau rengit (pontian), pasti aku dah tak sabar mengemas pakaian....tidur pula berbantalkan beg...sampai Ibu sering menceritakan pada adik-beradik telatahku....Indahnya saat itu...........

Berkisar tentang mood 1,2 minggu nie, aku mengalami simptom kurang berjogging ke blog kawan-kawan...Maaf dipinta...aku tak bermaksud ingin menjauhkan korang...hanya ada keperluan yang lebih penting perlu aku laksanakan...

Terharu bila ada sahabat yang menegurku di kedai..."kak, kenapa dah lama tak buat entry baru?.."..aku terkejut sebab tak percaya ada juga pelanggan yang sudi membaca blogku..

Jawapan aku, " Minta maaf sesangat, kak sibuk dengan urusan berniaga"

Ikutkan, jawapan tu...tak logik.. walaubagaimanapun aku sibuk berniaga... pasti aku ada 2,3 entry setiap hari...namun..bila memikirkan ada perasaan yang amat merungsingkan pada diri aku...aku pendamkan dahulu...

Oleh itu, buat pembaca blog CITARASA RINDUAN...aku betul-betul mohon kemaafan...kerana kurang berentry dengan kalian..

Untuk sahabat blogger yang lain seperti
  1. Ben Ashaari
  2. kak azieazah
  3. kak mas
  4. kak lelord
  5. kak lia
  6. kak aidil
  7. jaja
  8. cikgu isza
  9. abang ee
  10. CMG
  11. azila
  12. ct nurmalissaa
  13. ayie
  14. kasih suci
  15. zoro
  16. cikali
  17. azian
  18. mat-et
  19. kak yatie
  20. hawa
  21. ayu
  22. kak Rizan
  23. kak Aja
  24. dan semua sahabat blogger yang rajin singgah ke blogku....
Anda semuanya adalah teristimewa....terima kasih kerana selalu menjadi sandaran sementara untuk aku menenangkan fikiran, untuk tag, award dan sebagainya...aku bukan tidak mahu menjawab dan mengambilnya...(bukan bererti aku sombong), aku lebih rela...besengkang mata untuk korang..tapi beri aku ruang untuk memudahkan pekerjaan yang lebih utama...

Salam manis, salam dari CITARASA RINDUAN untuk kalian...


PENYAKIT MISTERI? ADAKAH IANYA MASIH ADA DI ABAD INI?


Assalamualaikum salam pagi sabtu...Aku mendoakan kesejahteraan kalian...semoga ceria disamping keluarga tersayang, harapanku kita sama-sama diberkati dan dilindungi olehNya..amin...Hari nie, aku ingin berkongsi info kesihatan yang mana ianya masih ada dalam kehidupan kita dari dulu hingga kini..

Pada abad kini..penyakit moden seperti darah tinggi, jantung, buah pinggang, kencing manis dan pelbagai penyakit yang nyata (nampak) sudah sebati dengan kita.

Namun, masih terdapat penyakit yang berbentuk misteri....kenapa aku panggil misteri?...kerana penyakit ini tidak nyata...Sukar untuk dipercayai..namun ianya boleh memberi panduan untuk korang,,,agar kalian mendapat maklumat untuk dikongsi bersama-sama.

Tanda-tanda penyakit misteri


    • Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya
    • Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.
    • Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.
    • Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.
    • Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.
    • Berdebar-debar terutama menjelang malam.
    • Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.
    • Sering mengantuk tidak mengira masa.
    • Hilang selera makan dan berat badan.
    • Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.
    • Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.
    • Letih luar biasa.
    • Daya tumpuan merosot.
    • Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.
    • Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.
    • Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.
    • Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.
    • Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.
    • Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.
    • Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.
    • Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.
    • Terasa seperti diperhatikan atau diintai.
    • Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.
    • Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.
    • Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.
    • Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.
    • Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.