Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, April 18, 2011

Belasungkawa HAMIS BIN HJ ABU

Nama: HAMIS BIN HAJI ABU

Tarikh lahir : 22 Ogos 1956

Tarikh ke Rahmatullah : 12 April 2011

Sebab kematian : Demam
*****************************************************************

12 April 2011

Tok...tok..bunyi pintu biliknya ku ketuk..
(rutin setiap pagi, aku akan mengambil wang modal harian dengan mak mertua)

Namun, abah yang buka pintu biliknya, ku terkejut sebab ku tahu abah demam...lagipun, memang sukar abah yang tolong bukakan pintu bilik, selalu mak yang akan lakukan..

“Ayu, peningnya kepala abah, abah tak dapat tidur malam tadi”

“Abah, ayu ambil minyak yer, urut kepala abah yer....”

Ku peluk dan ku bantu abah berjalan hingga ke sofa yang berdekatan ....melayang-layang abah berjalan.. bila abah dah duduk, ku urutkan dada, urut belakang badannya, ku urut kepala dan mana-mana yang abah kata sakit dengan minyak panas...

****************

Oleh kerana masa yang suntuk untuk ku bekejar ke citarasa rinduan, ku tinggalkan abah..mak mertua solat subuh...duduk abah keseorangan...ketika itu aku perasan renungan abah lain sekali, seperti ada yang ingin disampaikan..namun dia tak luahkan...

Selalu, kalau abah demam memang abah sukar tidur, nak ke klinik masih awal pagi katanya..dalam hatiku, selepas siap aku masak lauk pauk tengahari, bolehlah aku hantar abah ke klinik yang berdekatan...

***************

Namun, dalam jam 8.15 pagi, en zalie yang dalam perjalanan ambil ayam di pasar berdekatan.en zalie telefon aku, suruh balik rumah cepat, penting katanya..

Ku bawa motor dengan hari yang berdebar, seolah-olah ku rasakan masa untuk abah sudah tiba..kuat naluriku..namun, ku buang jauh perasaan itu

Sampai ke rumah, di ruang tamu..abah sesak nafas, ku capai telefon bimbit...telefon ambulans...abah duduk, depannya anak lelaki (anak tunggalnya) di sebelah kanannya, isteri tercintanya...

Ya Allah.....abah tak boleh baring, abah dah tak boleh bercakap, walau sebelum tu..dia sebut nama anaknya, sakit...sakit...katanya...berulang kali dia minta tolong en zalie...abah sakit...abah sakit...abah pandang tepat ke mata anaknya...

Ku minta mak ajarkan abah mengucap, bila abah pengsan. Ku angkat badan abahku baringkan atas katil, kaki abah ku luruskan, Ku panggil nama abah berulang kali....ku suruh en zalie beri bantuan CPR......

************************

Ketika itu,,walau ku panik, aku masih sempat berlari ke rumah jiran,,. Abah dah tak sedarkan diri..ku pegang pergelangan tangannya...masih ada nadinya...

Ya Allah, lambatnya ambulans..mana kami ada kudrat nak angkat abah ke kereta dan ke hospital?
Hinggalah jam 8.40 pagi, doktor, jururawat dan ambulans sampai...namun, sudah terlambat...kerana abah dah pulang ke rahmatullah.......

Belasungkawa untuk Allahyarham HAMIS BIN HAJI ABU...Al fatihah


PS:Walau abah ada sakit jantung bengkak, kencing manis kronik (sebab abah ambil insulin), darah tinggi, buah pinggang. Namun, abah menghembuskan nafas dengan cara yang senang sekali...seperti abah pergi dalam keadaan tidur/pengsan....

Friday, April 15, 2011

Roh Kembali

Assalamualaikum..

Semalam saudara mara kembali kerumah masing-masing, hanya tinggal kami 4 beranak, rasa lain pula bila arwah tiada... sunyi sahaja suasana rumah hari ini...
Tak apalah, ku akan pastikan kebajikan MIL terpelihara, lagilah MIL bukan jenis yang sihat, selagi hayat dikandung badan, insyallah.... MIL akan ku jaga sebaiknya...

*******************
Tempohari, semasa duduk-duduk dengan saudara en zalie, ada terdengar tentang kisah roh selepas kematian, dimana roh akan kembali kerumah...sejauh mana kebenarannya w`allahualam..

Hanya yang boleh kukongsikan adalah seperti dibawah

SOALAN 
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Persoalan saya, saya percaya kepada kehadiran makhluk jin yang suka menghuni rumah yang ditinggalkan. Tetapi, suara menangis ataupun bayangan pemilik rumah yang telah meninggal dunia itu, adakah kerana roh si mati tidak diterima bumi? Kalau tidak silap, saya pernah terbaca hadis yang mengatakan ada roh yang tidak diterima oleh bumi. Jika benar demikian, ke manakah roh ini pergi?

Jawapan Ust Zaharuddin (Diterbitkan di Majalah-i)
Apabila ruh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-

Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).

Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."

Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).

Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian kahs adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.
Ust Zaharuddin Abd Rahman