Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, January 25, 2012

Happy birthday Blogger GB


Happy birthday buat blogger Gadis Bunga, blogger yang masih single, manis, cute dan yang paling menawan lesung batu ,  pipit dipipinya (ehemmmmm.. ada sesiapa masih solo?? Mai sini isi borang.. heheheheh, aku boleh adjustkan…)

Ampun GB… gurauuuuu..

Hari kelahirannya pada 25 january 2012…. k.Ayu mendoakan kesejahteraan kamu sentiasa baik2.. dan sentiasa berbahagia dunia dan akhirat.. semoga kamu sentiasa wangi bak bunga di taman dan dimana2 bunga2 yang ada diseluruh pelusuk negara


Nak bagi hadiah kat GB, jauh sangat, angpau pun dah habis 2 hari lepas.. heheheh so, tayang kucing peliharaan mak saudaraku pada beliau jerlah… buat kenangan… nak bagi, orang punya.. hehehhehe

Tuesday, January 24, 2012

Serina selamat lahirkan bayi perempuan pada CNY

Tahniah buat keluarga dato Chef wan..

Cucu kedua dato telah selamat dilahirkan pada 23 hb January 2012 (hari raya cina?peehH.. pasti banyak angpau HEHEHE..)

Sebenarnya aku tak tau pun yang serina mengandung lagi.. dapat tau dari blog kak Miss Mirror masa aku BW petang tadi..

Google dalam mstar.. ini kisah Serina bersalin pada hari isnin (semalam)..

PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.