Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, September 5, 2012

Marhaban PASTI: Selesai akhirnya..


Sejak mendapat tahu minggu ini diadakan marhaban bagi sekolah anakku.. aku dah mula minta pandangan sahabat tentang menu yang sesuai untuk kanak-kanak... Terima kasih sahabat idea korang sangat membantu.

Akhirnya semalam jua, idea menerpa. walahemah bahan mentah lain sudah ku beli seperti kentang segera, ayam segera, sosej, nuggets dan lain-lain.




Sate ayam dan daging, nasi Impit dan koktel menjadi pilihanku. Kek yang ku simpan sejak awal Syawal turut ku hidangkan. Alhamdullilah berbaloi juga pagi tadi ku bangun seawalnya apabila melihat makanan licin dimakan tetamu.




(comelnya anak-anak PASTI. Terima kasih ke rumah Cik Ayu)

Hari ini hari ke dua rombongan marhaban bergerak. Alhamdullilah walau ku sesibuk mana tetap menghadirkan diri kesemua teratak ibubapa pelajar yang sudi menerima kunjungan kami.

PS; Satu perasaan yang sangat rugi jika tidak berpeluang merapatkan ukhwah sesama yang hidup.. Esok2 kita tidak tahu adakah syawal dapat dirai atau tidak. Wallahualam..


Budak2 sekarang otaknya lebih ummppp.


Semalaman tak online. Sejak 4pm-12am kampung tercinta hujan lebat berserta kilat petir silih berganti. Kecut perut kami.. alhamdullilah tak ada apa2 yang berlaku. Semua plug ku cabut dari soket elektrik, kipas angin pun tak berani buka....

Mengikut tajuk diatas, ianya tentang dengan anak daraku dan memang ada  kaitan dengan peristiwa hujan lebat semalam.


Oleh kerana kami tak ada aktiviti selain berperap dalam bilik, aku layan game Jewel Star, Umai tiak itu permainan guli. En Zalie pun minat game tu.. dia kata boleh uji otak yang stress...

Suami isteri menghadap telefon bimbit sendiri.. tak teralih pun kepala.. dok khusus layan game. ( kalau baca Quran kan bagusssss.. huhuhu).

Tiba-tiba.. terdengar bunyi lantunan biji guli. Berlaga satu sama lain.. Kami bangun. Cari arah dari mana bunyi tersebut...

Subhanallah.. Anak dara kami tersenyum2 depan congkak. Kami tanya buat apa?

'Adik, main guli macam abah dengan ibu.. tapi guli adik dapat pegang... best....'

Alahai..... kami terus hentikan game tak berfaedah itu. Sambung temankan anak dengan aktiviti yang lebih berfaedah. huhuhuhu.

Moralnya, budak sekarang lebih tahu nilaikan yang baik dari ibubapa.