Assalamualaikum..alhamdullilah, selesai bacaan tahlil selama 3 malam berturut-turut yang dihadiri ahli masjid , jiran terdekat dan saudara mara.
Untuk bacaan yasin, kami bacakan sendiri anak beranak, lagipun buat masa kini, citarasa rinduan bercuti, sehingga urusan yang penting dapat kami selesaikan.
Lagipun, dengan keadaan kini kami tidak dapat berfikir untuk memulakan perniagaan untuk tempoh terdekat atau tidak. Insyallah, ada kelapangan MIL,en zalie dan aku akan berbincang untuk kedai kami citarasa rinduan.
**************************
Kemarin, selepas urusan pengebumian arwah selesai, ada seorang sahabat arwah yang mengingatkan kepada kami tentang beberapa perkara tentang arwah iaitu
1. Fidyah hutang puasa simati2. Fidyah khatam Al Quran
3. Hutang piutang sesama manusia
4. Menunaikan Haji
Alhamdullilah, mujurlah kami di terangkan oleh ahli yang telah dilantik oleh yang berkenaan bagi pengiraan fidyah hutang puasa semasa arwah hidup, dan kami telah membayar selepas kiraan di buat (tidak perlulah kami tangguhkah molek disegerakan)
Manakala, bagi Khatam Al –Quran atas arwah dan lainnya kami segerakan kerana ada kemampuan atas lain-lain yang arwah tinggalkan.
*****************************
Semasa sessi penerangan/pembayaran dilakukan. Kami, bertukar-tukar permasalahan tentang beberapa perkara tentang kehidupan semasa di akhirat nanti... ada jua, beberapa perkara yang mungkin agak remeh namun aKu ingin kongsikan dengan kalian iaitu doa anak kepada ibubapa dan doa ibubapa kepada anak-anak
Semoga kita sama-sama mendapat kesejahteraan dari anak-anak kita dan kita pula sentiasa di doakan oleh ibubapa untuk kesejateraan kita..amin
Doa anak kepada ibubapa

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doa ibubapa kepada anak-anak.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
“Wahai Rabb kami, anugerahkanlah bagi kami pasangan-pasangan hidup dan keturunan sebagai penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan: 74)
**************
PS: cara membantu orang yang sudah mati sila klik sini



