Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, June 30, 2013

Satu penghargaan bila Dato Siti Nurhaliza mencuba resepi di blog Citarasa Rinduan

Instagram Dato Siti Nurhaliza pada jam 7.34 (30 Jun 2013)

(Daku copy semula Ayat Dato " Disinilah Ct dapat resepi puding oreo...siapa-siapa nak cuba silalah, thanks You Very Much ruhayurazali. luv it!)

Alhamdullilah, sebenarnya sudah hampir sebulan blog CR tidak bernyawa, kengkangan masa buat daku terpaksa membiarkan blog CR tanpa entry dan resepi baru, Syukur, kuasa Allah malam ini ku terima berita gembira. Buat Dato terima kasih kerana sudi mencuba resepi puding Oreo Bercoklat, klik SINI untuk sahabat- sahabat yang lain ingin  cuba membuat puding oreo ini.

Terima Kasih Allah, terima kasih kepada sahabatku blogger Jaja dan blogger-blogger yang memberi tahu akan berita terbaru ini, Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian.. Syukran!!

(thanks Jaja kerana sudi copy semula ke whatapss Ayu)


Monday, June 17, 2013

Resepi Bingka Durian sedap ooooo!!

Selamat malam, dah berbuka puasa ker kengawan? Ginilah daku.. sekejap ada, sekejap tiada... Nak meronda ke blog kengkawan yang lain pun agak sukar.. Semakin hari bila didalam dunia perniagaan daku semakin sibuk menguruskan keperluan di kedai, kengkadang tu update FB pun sambil2 layan pelanggan atau  memasak. Tangan kanan pegang handphone, tangan kiri menggoreng makanan. Hahhahahha.

Sekarang nie dah musim durian kan?? Daku dapat durian percuma dari pokok durian peninggalan arwah atok En Zalie. Rumahku nie kalau dapat durian kami tak makan gitu2 jer, maklumlah kesejahteraan kami tak mengizinkan. Jadi daku hanya buat bubur kacang durian dan bingka durian sahaja.

Korang pernah cuba buat kuih bingka Durian? peeh!!!!!!!!! lembut dan sedap ooooo. Ku kongsikan resepi mudah ini untuk sahabat yang mengemari kuih yang berasaskan durian.

Bahan-bahannya
Resepi asal: Dari ibuku, Puan Jumiah Ramli. Resepi bingka pandan sila KLIK


Telur ayam - 3 biji
Tepung gandum – 4 cawan
Gula pasir – 2 cawan
Susu cair – suku tin
Air paip – 2 cawan
Santan –  1 kotak (aku guna yang segera, kalau kelapa parut, sila perahkan santan, ambil yang pekat sahaja)
Garam – 1 sudu teh
Isi Durian 6ulas
Minyak masak- sedikit untuk oles seluruh permukaan dalam loyang
Bijan – 50 gram (sanggan tanpa minyak)



Cara menyediakan

  1. Kisar semua bahan kecuali, bijan dan minyak masak..(blander)
  2. Oles minyak masak dalam loyang, bakar bahan-bahan kisar tadi ke dalam loyang di dalam oven pada suhu 180 c, 1jam 20 minit
  3. untuk 20 minit terakhir taburkan bijan ke atas kuih bingkai bakar tersebut
  4. sila sejukkan, untuk memotong..siap untuk dihidang dan dimakan.

(bubur kacang dimakan dikala petang atau selepas berbuka puasa. Peeh!! nikmat)