Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Selamat Hari tua Ben Ashaari



(kek tak ada, muffin pun tak ada,jadi bagi ben bunga kat halaman rumah bonda jer. hehhehe

Buat sifuku yang memperkenalkan daku dalam dunia blogger Selamat Hari kelahiran yang ke 36 tahun.

Tanpa beliau pastinya aku tak kenal sahabat blogger yang lain. Terima kasih ben.

Moga dimurahkan rezeki,moga dipanjangkan usianya.. Jua berbahagia dengan kehidupannya bersama family tersayang

PS:
happy birthday buat sesiapa yang menyambut hari kelahiran pada 30 NOV.

Sunday, September 2, 2012

Gathering Raya Blogger 2012 (SEDENAK) inilah kisahnya..


Bismillah..
Bila mendapat pelawaan dari tuan Rumah iaitu blogger tersohor Tiffin Biru a.k.a Cik Mat Gebu, ku memanjatkan syukur.. Mendengar suara cik Mat hatiku riang, tarikh yang diberi juga cantik, gathering raya ke Sedenak jatuh pada hari jumaat, selain CR tutup ianya juga pada hari Kemerdekaan. 31 Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal kami para blogger berhari raya bersama-sama.


Seperti yang ku angankan memang menjadi kenyataan.. Sahabat blogger seissi keluarga berhimpun di teratak Jejaka Malaya, kecoh habiss... Para ibu dengan hal mereka, para ayah berborak sesama mereka, anak-anak dengan cara mereka...


Kasut menjadi bukti teratak CMG dibanjiri tetamu.
Kalau nak diikutkan waktu perjumpaan dalam jam 2.00-6.00 pm, oleh kerana ku membawa beberapa blogger baru asal ke Sedenak ada jer blogger baru ku temukan disitu, kehadiran kami agak lewat sedikit, alhamdullilah blogger yang datang awal tetap setia menunggu, Terima kasih semua..

Rombongan aku adalah ke dua terlewat, ahli blogger yang join adalah GB, Mak ET dan Oh Oyea. Jam 3.15petang kami tiba dihadapan teratak CMG.


Lihatlah wajah riang kami, kalau nak dikira.. ini tahun ke 3 ku beraya ke sedenak. Kalau santai-santai kesedenak dah kena kira guna jari kaki.. Hahahhah

Wajah blogger yang sama-sama berhimpun ada yang lama dan ada yang baru, alhamdullilah semuanya sempoi-sempoi habis.. tak kering gusi kami berbual dan merakamkan gambar buat kenangan


Kak Sue Joshua, semestinya blogger yang paling banyak mengumbangkan tenaga membantu CMG, tanpa beliau, rasanya pinggan mangkuk kat dalam sinki harus selori.... tetap cantik walau sibuk didapur. Kak Sue, terima kasih banyak-banyak sebab tunggu kami yang terlewat. (sebenarnya masih ralat sebab tak dapat ke teratak kak Sue masa open house raya ke 4)

Blogger Sis Lin, geng rapat dengan CMG pula sentiasa ada bila ke Sedenak.. seorang blogger yang bukan sahaja peramah tapi cepat mesra dengan sesiapa.. Kalau tak ada Sis Lin rasanya pertemuan menjadi formal. Hahahah

Blogger Kasawari pula pelengkap mereka bertiga, ada sis lin adalah Kasawari., kemesraan isterinya Azlinda Md Taib membuatkan aku jatuh cinta dengan sikapanya.. Ada gambar beliau melayan Umai., Nanti syer pada entry intai-intai ya (kali ini aku nak minta izin ambil gambar dari DSLR sahabat yang lain)

******************

Nampak tak Qhaliff?? anak blogger femes a.k.a my sifu dalam dunia blog dipangkuan blogger Sis Lin, kalau tak jadi friend dengan Dady Qhaliff di FB rasanya aku tak kenal sahabat blogger. Hampir 4 tahun kami bersahabat.. rasanya ini kali ke 5 kami bersua, macam biasa Ben Ashaari tak pernah lokek untuk berkongsi cerita.. Ben nie, pemalu tapi kalau dah kenal. Ada jer cerita yang dibualkan..

Mama Qhaliff, blogger Cik La Ada Blog a.k.a Azila Zain sentiasa murah dengan senyuman, maaflah kawan-kawan gambar mama Qhaliff ku tak tayang kat sini, kalau korang rajin carilah kat blog kawan-kawan atau rancangan Nona ditv3, bulan 6 yang lepas ya.


Blogger Mak ET, walau datang dari jauh tetap setia menerima ajakkanku ke Sedenak. Buat Mak ET.. awak memang seorang blogger yang ceria. Moga ada jodoh dan izinNya kita bersua lagi.. sungguhkah awak drive dari Muar bersama 4 cahayamata? 3 kali henti untuk beri susu babymu? Aduh!!... berderai air mata kita bila Mak mertua kita sampaikan pada kita... 

Tamo sedih2,, sekarang nie cerita pula tentang blogger yang terkenal dengan kek Sarawaknya, iaitu blogger Sunah Suka Sakura, tak sangka dapat bersua dengan gadis Ayu ini. Macam biasa beliau sangat pemalu. Wajahnya tak dapat ku kongsi, tapi kalau sahabat yang dah pernah jumpa pasti tahu ketulenan ke`Wanita`an beliau.


Blogger popular dengan kek, talam dan kuih muih yang sentiasa serasi dengan Qhaliff. Kak Yatie Sinar Kehidupanku memang sentiasa ada bersama kami, apabila ke teratak CMG. Kak Yatie walau kak paling lewat tiba ke Sedenak, mujur kek Chezzemu menjadi penyelamat, ayu tak dapat nak merajuk.. Tapikan Ayu dapat makan sepotong jer.. Perut penuh sudahhh.. nanti buat lagi ya untuk kami semua.


Wajah blogger baru yang menghiasi teratak Jejaka Malaya, kalau orang KL memang kenal benor dengan beliau, blog yang menarik, hasil percikkan DSLR beliau yang ada seni, lain dari yang lain, masih bujang tau... Klik SINI untuk ke blog beliau, maaflah orang KL... GB dah jadi orang Johor. hahahha

Terima kasih GB sebab sudi join sama ke Sedenak. (GB bawa teman tau.. nak tahu siapa dia sila masukkan RM ke akaun Maybank saya.. huhuhu)..

Ben, masih ingat lagikah blogger inilah yang sanggup tak makan nasi 7 hari gara-gara Ben follow blog beliau?


Inilah wajah blogger CT DELIMA yang sememangnya sudah lama ingin ku bertentang mata, orangnya kecil molek.. terharu sangat-sangat bersua dengan beliau.. pertemuan pertama meyakinkan aku beliau memang peramah seperti didalam blog beliau. Teruja sangat2 bersua dengan beliau.


Dan terakhir blogger Oh Oeya (duduk barisan hadapan kiri berbaju kurung bunga merah) yang sentiasa sudi hadir apabila ku mengirimkan pesanan ke telefon bimbitnya, membawa anak bujangnya Adam yang sangat comel.... Kak, thanks tau sebab sentiasa ada bersama ayu.

Indahnya pertemuan yang berlalu, moga ada keizinan kami bersua lagi, amin.





Sunday, June 17, 2012

Happy Bitrhday Blogger Sinar Raudah


Selamat Ulang tahun kelahiran buat blogger Sinar Raudah yang ku tiak Amy Syaquena pada 17 Jun, Moga dimurahkan rezekinya, moga dipanjangkan usiannya...
www.sinarraudah.com

Mengenali beliau, hatiku begitu betuah sekali... hinggalah perkenalan alam maya disambung ke urusan perniagaan, masih ingat pengalaman daku beli handphone Note bersama beliau? jom.. KLIK SINI..jom kenal beliau...


PS:keratan akhbar KOSMO halaman 54 EGO LELAKI SURI RUMAH 17 JUN 2012, Jurnal tentang blogger BEN ASHAARI.. jom sama-sama kita dapatkan. (belum sempat snap gambar akhbarku sendiri, cilik dari FB BEN.. hehehe)

16 Jun 2012 Pertemuan dengan Baby Qhaliff Ben Ashaari


Salam 27 Rejab sahabat, moga yang baik-baik sahaja yang akan berlaku pada hari ini.. Amin
Semalam, merupakan hari yang paling teristimewa apabila En Zalie mengajak daku sekeluarga ke teratak Cik Mat Gebu disedenak, pelawaan dari Ben Ashaari terus kepada suamiku tersayang membuatkan hari sabtuku yang indah-indah... Terima kasih Abang.


Lihatlah aksi Qhaliff anak kepada blogger Azila dan Ben Ashaari pada pertemuan semalam, geram dengan keletah baby berusia 2 bulan yang dah pandai mengajuk bila berhadapan dengannya, Qhaliff yang bijak dan kacak.. Terima kasih kepada Tuan rumah iaitu Cik Mat Gebu yang sentiasa melayan kami sebaiknya, senyuman Bak kepada kami, keramahan Mak Yah sentiasa segar diingatan .. Di tambah hidangan yang beraneka rasa... Sedappp

Kenangan bersama baby Qhaliff tidak akan dilupakan sampai bila-bila.... (Qhaliff doakan cik Ayu pula mengandung ya..)

Jua ucapan teristimewa buat kesemua blogger antaranya blogger SIN LIN, SUE JOSHUA, KAK YATIE, CIKALI,QUEACHMAD DAN GENG WHATSAPP (Link tak sempat nak bubuh, maaf berlori) dan kepada blogger lain-lain dari belah Kuala Lumpur yang bersama-sama meraikan suasana, pertemuan yang kusangkakan biasa-biasa, rupanya meriah sekali... Dan maaf apabila ku pulang awal disebabkan pelbagai perkara yang wajib didahulukan.....


Air tangan Cik Mat gebu yang sentiasa sedap,,, (paling hadapan Apam dot-dot kak Yatie Sinar kehidupanku yang lazat). Blogger KASAWARI dan isteri, terima kasih sama-sama meramaikan majlis, maaf ku terburu-buru pulang hingga tak sempat nak berborak panjang

Untuk entry sahabat yang lain,
BEN ASHAARI
KAK YATIE
CIK MAT GEBU
CIKALI
QASEH
SUE JOSHUA
MK SYAHIR
FIZA FANTAGIRO
SIS LIN


(entry akan diupdate lagi apabila link-link blogger lain di kemaskini)


(17 Jun 2012, dapatkanlah akhbar KOSMO hari ini, baby Qhaliff dan Blogger Ben Ashaari diwawancara sempena HARI BAPA, selamat Hari bapa untuk semua yang bergelar AYAH)

Tuesday, April 3, 2012

Baby Boy Ben Ashaari 2 April 2012

Tahniah ku ucapkan kepada sahabatku Ben Ashaari dan Azila…
Baby boy yang seberat 4.02kg, yang selamat dilahirkan ke muka bumi pada jam 11.20 malam pada 2 April 2012.

IMAG2342-1
Comelnya….. lepas nie tunggu nama jr ben Ashaari pulak.. (mulanya dapat tahu berat baby 3.9 masa dalam kandungan, sekali jer.. bila kluar jr dengan berat badan 4.02kg, Allahuakhbar.....

Kredit to blog tuan badan.. lepas nie tunggu bakal baby sahabat yang lain pula seperti entry ini


Monday, April 2, 2012

Marilah kita doakan agar wife Blogger Ben Ashaari dipermudahkan bersalin




“Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau,sesungguhnya aku termasuk dalam orang orang yang zalim (surah Al- anbiya ayat 87) ayat mudah bersalin”

Rutin setiap hari semakin dekat due sahabatku Azila, isteri kepada blogger Ben Ashaari aku pasti mengirimkan sms untuk menanyakan khabarnya… akhirnya, bila ku sms pagi ini.. beliau tidak membalas smsku..
Rasa hati tak sedap, apalagi.. sms ben ashaari pulak.. jawapannya, air ketuban dah mula pecah, sekarang Azila dibilik operation…
Ku mohon agar kawan2 semua mendoakan agar beliau dipermudahkan untuk melahirkan anak mereka berdua…


PS: tak sabarnya menantikan junior mereka lahir kedunia.. (semalam baru baca entry ben dan azila belanjer bahan dapur, senaman yang baik untuk sesiapa yang ingin mudah melahirkan baby..)


Wednesday, November 30, 2011

Sajak buat BEN ASHAARI.... Selamat Hari Lahir.

Sahabat yang sentiasa mempunyai kekuatan dijiwanya,
Sahabat yang sentiasa ada saat jatuh dan bangunnya sahabat blogger sekelilingnya,
Sahabat yang sentiasa rajin mempromosikan blogger berbilang bangsa,
Sahabat yang sentiasa kreatif dengan bahasa penulisannya..




Dialah sifuku dalam dunia blogger BEN ASHAARI…
Selamat Hari Lahir buat beliau, semoga persahabatan kekal selamanya.. Semoga kamu dirahmatinya olehNya


PS: Moga di berikan kesehateraan yang baik-baik buat beliau, isterinya (Zla) dan zuriatnya …

Saturday, July 30, 2011

Raya dan Ben Ashaari

1.       Letak header Ben Ashaari blog .. doneSantai Bersama BEN ASHAARI
2.        Tajuk .. yg ni bebas .. tapi wajib ada BEN ASHAARI di situ dan linkkan ke entri ini .. done
3.        Sila letak gambar yg terbaik pernah anda tangkap dan jelaskan peristiwa dengan gambar tu .. 
Sempena bakal ramadhan bakal menjelang, ku ingin katakan pada Ben.. jangan lupa beraya di Johor ya.. hehehehhe., (tiba2 teringat gambar ben di sedenak, dimana lagi kalau bukan rumah CMG, sessi VLOG CMG…..) Nanti dapatlah  gather2 dengan semua blogger2.....


PS: Jom, kawan2 kita join sama-sama, sagmen ben nie tutup jam 10.00 malam.. ada masa lagi.

Thursday, May 5, 2011

Korang nak kenal bodyguad BEN ASHAARI.....??


Bukan sorang tau.. nie 2 orang lagi...
Dua-dua bini orang,
Ala-ala gila-gila tapi kami normal orangnya

Kepala ting tong, tapi kami suka gelak kuat-kuat...
Sorang terkenal dengan nama bisikan HATI
Sorang pulak dengan nama citarasa rinduan..

Nak kenal lebih dekat, korang klik jer URL mereka....



Nie gambar masa sessi VLOG ben bersama Cik Mat gebu...buat kenangan sebab time nie, kamera aku dah simpan dalam kereta... hehehe

(TERIMA KASIH BLOGGER CIKGU AZREEF, kerana tag di FB kak ayu)

Tuesday, March 15, 2011

ben.nie follower ko yang ke 11,111



Ben…
Aku dapat prints screen. Follower bertuah ko…. Yang ke 11,111... cik anys
Akhirnya…yes….yes……………..




Sunday, March 13, 2011

Sessi vlog Ben Ashaari bersama Cik Mat Gebu dah kluar!!!!

Wah!!!!!!!!!!

Dah kluar dah….dah kluar sessi vlog ben ashaari bersama cik mat gebu..

Kalau korang nak tengok macamana kekacakkan dan kemachoan pemilik tiffin biru..
Jom….klik SINI

PS: terima kasih kepada semua sahabat yang turut menjayakan sessi vlog pada 12 hb march 2011, dan ribuan terima kasih untuk 1 tube.my.. korang memang best


Monday, March 7, 2011

Terharu di beri penghormatan oleh Ben Ashaari..

Daku terharu diberi penghormatan oleh blogger BEN ASHAARI

Walau beliau sesibuk mana dengan kehidupanya. Berblog membuatkan BEN tidak sombong dengan sahabat yang selalu singgah ke blognya..

Begitu jua, terhadap insane yang teristimewa yang bernama Blogger AKU TETAP AKU…Mohd Sukur Ibrahim……

Untuk sahabatku semua…marilah kita GEGAR blog beliau….berikan salam Ukhwah sesama kita…sesungguhnya berblog membuatkan kita tak perlu rasa cemburu sesama kita….. Kerana, masih ada insan yang lebih sederhana dari kita…

Ku abadikan entry penghargaan oleh beliau, dalam blogku….terima kasih BEN ASHAARI BLOG…..

Saturday, March 5, 2011

Cerita kreatif aku pasal Ben Ashaari

Sekali nak lelapkan mata…terpandang pulak ben buat satu segmen

Jom..para sahabatku….join ramai-ramai….


  1. Tajuk : CERITA KREATIF AKU PASAL BEN ASHAARI ! dan linkkan ke entri ini ..
  2. Sila letak header BEN ASHAARI BLOGBEN ASHAARI
  3. Sila buat satu cerita yang sangat kreatif mengenai BLOG BEN ASHAARI .. Mesti lebih 100 patah perkataan ! Dibenarkan amik gambar dalam ni ...
  4. TIDAK DIBENARKAN MENCACI MAKI , MENCARUT , MAKI HAMUN ( sama je la tu kan ) atau sebagainya .. Kalau buat, aku repot !
  5. Tarikh tutup , tengah malam ni !! hehehe ..
  6. Hanya 10 saja akan terpilih .. Tapi yang join tu akan disenaraikan ... Camana aku akan pilih ? Tu rahsia.. hehehe ..
**************** 
Sebenarnya aku nak join memandangkan mataku dah tak dapat dibuka lagi…aku tolong promotekan jerlah yer…

Yang pasti

Ben ashaari, merupakan blogger yang aku kenali di dunia maya yang ada blog….seorang yang peramah dan senang bertukar-tukar fikiran..pernah aku menghadapi masalah tentang blog atau nuffnang..beliaulah tempat ku rujuk dan tempat ku lepaskan persoalan..
Sekarang ni, aku semakin mengakumi sifuku…semakin maju dalam dunia blogging…siapa yang berminat nak join Vlog bersama Cik Mat Gebu dan Ben Ashaari..12 haribulan adalah tarikhnya.

Saturday, February 12, 2011

CitarasaRinduan terharu_ thanks Ben Ashaari Blog_

Terima kasih ben…entry ben berkenaan gegar blog sila klik sini
Terima kasih sekali lagi Ben Ashaari Blog kerana mempromosikan GEGAR BLOG diblog citarasa rinduan…

Yang buat ku teruja…

  1. Komen di entry gegar blog dari 36 komen kepada 101 komen……..ya ampun…berapa banyak sahabat blogger singgah ke blog ku…..??

  1. Visitor pun mencecah ke 70…satu peningkatan yang amat mengalakkan…

  1. Itu belum kira follower yang semakin bertambah-tambah…dari 520-552, namun, sesungguhnya aku tidak menggalakan kalian follow blog aku…niatku hanya ingin memperkenalkan blog kalian, tiada paksaan…

Dan, sejujurnya ingin ku kongsi dengan kalian, aku blogger yang banyak tangungjawab………………..insyallah….dengan kejujuran dan keikhlasan kalian semua..akan ku reniew satu persatu..

Terima kasih semua, mungkin reniew akan mengambil sedikit masa…dan tarikh GEGAR blog berakhir pada 03032011

Sunday, February 6, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Wah….ben buat segmen gegar lah….peeh..kena join nie…….jom pakat ramai-ramai kita join yer
  1. LETAK HEADER BEN ASHAARI BLOG
BEN ASHAARIdone
  1. TAJUK GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI dan linkkan ke entri ini !
done
  1. SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

  1. Tinggalkan url anda diruangan entri ini ..
done

TUTUP : 9 / 2 / 2011 , tepat jam 6 petang ... Bagaimana ? Berani ??


PS: jom ramai-ramai pakat gegar 1,000 blog

Friday, January 28, 2011

Tahniah Ben Ashaari...

Tampan, smart, dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari 34, memang bertuah kerana beliau adalah personality lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya, percayalah bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya….(nak baca kisah ben di dalam majalah rapi korang beli sendiri yer…)
 
***********************************
Aku salah satu anak buah ben yang belajar tentang dunia blog darinya, dari aku tak tahu apa yang dikatakan blogging, blogger mahupun blogworking…hanya create blog bila setiap entry yang ben keluarkan di blognya menyambat hatiku..

Korang bayangkan dari O kini aku sudah faham selok belok blog….alhamdullilah

Tahniah ben, aku sentiasa mendoakan kau terus success dalam kehidupan dan dunia blogging

Jua, tahniah untuk isterinya, Azila Zain…yang sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan suami tercinta

PS: teringat setiap kenangan blogger terhebat ini berkunjung ke teratakku…terima kasih, keteratak kami tahun lepas…setiap kenangan indah akan kekal abadi hingga saat ini…insyallah… terharu sangat hari ini, dapat akhirnya beli majalah rapi untuk simpanan sendiri....masih ingat entry aku kemarin? sila klik sini...heheheh

Thursday, January 27, 2011

BEN ASHAARI BLOG

BEN ASHAARI


  1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG- done
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini ..-done
  3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..
Update blog setiap hari dalam 3 -4 entry…maklumlah aku kan sibuk di kedai…tak ada line internetlah ben…, nasib aku sempat online petang nie,….kalau tak aku mmg tak tau, ko dah bubarkan bloglist…
Jumlah entry sebanyak 1019
  1. Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..
Sebab, ko kan sifuku….kalau aku tak ada dalam bloglist ko…macamana ko nak tau perkembangan anak murid ko nie??
Lagi satu…mana tau ada blogger baru boleh mengenali aku si ayu citarasa rinduan…sure bertambah kenalan….kan?kan
  1. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

  • Nak ajak kawan-kawan buat gathering, aku belanjer paste bandung…bertempat?? Kat citarasa rinduan ya...............

Wednesday, January 26, 2011

Kerana ben, aku gelojoh?, bak kata eelobor…… ayu, ko buas….

Selamat malam…hahhahah.. tajuk class gitu, malam ini nak kongsi pengalamanku dengan korang….
                   
Selepas pulang dari hospital Sultan Ismail, iaitu apoinment en zalie dengan pakar medical, deities dan x ray…(apoinment next month 14 febuary 2011)

****************************

Aku singgah ke tesco tebrau dan singgah ke kedai buku…cari apa???
Cari majalah rapi lah……
 
Punyalah tak sabor nak baca tentang interview pihak wartawan rapi dengan ben ashaari a.k.a my sifu in blogspot……aku terus selak, sehelai demi sehelai…gelogoh gile!!!!!!….……semata-mata nak tatap muka surat ben didalamnya…

Walhal aku tak baca pun cover dalam majalah rapi tu…..hanya nak beli sebab aku jenis yang buas..., BUAS??? Eeloborbuas tu lebih pada haiwan lah!!!!!…..buas nak mencekik dan buas nak lawan pihak berlainan jantina…so,,,tak sesuai gitu maksud buas ngan aku yang sentiasa ayu dan sopan gini..waka…waka…

***************************
Opss..lari tajuk, tapi aku suka, korang kalau menyampah nak baca entry nie..sila senyum sorang-sorang sebab aku memang suka merapu meraban….hanya blogspotlah hidupku bertambah ceria dan gembira……..


Okey, tentang majalah rapi tu…..15 minit aku menyelak majalah rapi tu……sakit hati betul…berulang kali aku buat benda yang sama…bukan kata gambar ben tak ada, nama ben…ben 10, pun tak ada…..

***************************
Korang bacalah situasi antara suami isteri yang saling sayang menyayang…eceh!!!!!!!

En zalie,
“Sayang, yang dok kalut nie awat!!!”

Aku,
“Nak cari ben dalam majalah nie lah abang??” (tetap menyelak sehelai demi sehelai tanpa angkat muka……)

En zalie
“Bulan berapa ben keluar??”

Aku,
“Febuary……ben dah habaq dalam blog…cik mat dan kak ummi kuantan pun dah buat entry………….”

En zalie,
“Sayang, cuba tengok… majalah rapi ini  bulan berapa??”

Aku,
Terus tatap cover, dengan rakus……………………………………aksi selanjutnya….
Muka aku naik kelabu asap tahan malu……weiiii..ini bulan January 15 hb 2011 punyalah!!!!!!!!!!!


PS: jangan jadi macam aku yer…sila coolkan diri…majalah rapi bulan febuary belum ada dipasaran lagi…hari ini masih 26 hb January..tunggu 2,3 hari lagi…..waka..waka….. (baik punya pesanan kat korang)