Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label paste bandung. Show all posts
Showing posts with label paste bandung. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

PANDANGAN ANDA DIALU-ALUKAN

Jom kita cerita tentang paste bandung yang aku niagakan…

Mulanya, disebabkan aku mula membawa paste bandung ini ke renion kat kuala Lumpur….renion geng politeknik aku…..aku sponser paste, siap aku masak kat tempat berlakunya renion berlaku….TERIMA KASIH PENGANJUR MAJLIS EN KAMAL

Siap dapat puji-pujian dari kawan aku..peeh..kembang semangkuk time tu…tak silap renion berlaku pada 9 hb January 2010..

Minggu hadapan selepas renion berlalu..kawan baik aku beth, minta aku postkan paste bandung tu…adeh…memang datang semangat nak puaskan hati kawan..aku post dari kulaijaya- klang…suka beb, dapat tempahan dari orang luar…

Seterusnya..semua geng poli ( terutama perempuan yang dah jadi mak-mak budak) start pukul canang…..seminggu 10, 20 paste aku post by pos laju Malaysia….wah,..meriah gile time tu…kerja paking berlaku…

Seterusnya aku hantar ke ben ashaari..dialah kawan alam maya yang pertama dapat rasa paste buatan aku tu…..

Sebaliknya, bila dah start berniaga by internet…dah ramai geng poli bertukar kepada kawan- kawan blog..macam kak liah @ mamamia…geng poli?...saban hari order…itu yang muka aku dah sinonim dengan adik liza yang kerja kat pejabat pos bukit besor…dia pun order sekali….terus banyak permintaan kat kedai pula…geng-geng sungai sayong pula dah pandai order paste dari beli mee bandung yang dah siap masak

Ingat tak lah nak kembangkan sangat paste bandung ini,..memandangkan dah banyak permintaan…aku teruskan misi menjual paste bandung…memang sukar nak sediakan paste bandung..sekali buat 30 kilo (itu paste jer..termasuk untuk jualan di citarasa rinduan) dah lah 10 jam kena pastikan paste dimasak dengan sempurna…

Hinggalah aku post ke sedenak…blogger hebat bab masakkan…cik mat gebu lah kan… (dunia tanpa batasan, yang hebat dengan tiffin birunya)…

Itulah mulanya berlakunya pesanan dari orang luar …aku post ke sekitar kawasan semenanjung hingga sabah Sarawak…..

Yang menjadi masalah..paking paste bandung aku?...memang buatan sendiri…aku tak pi ke bahagian pencetakan…dengan tak mohon logo halal…..tak ke fama untuk buat proses awetkan paste supaya kekal tahan lama…

Yerlah kan, aku bukan nak niaga untuk besar-besaran…nak uruskan citarasa rinduan pun tak berapa nak larat…terkejar ke sana kemari…

Jadi, dengan kesempatan yang ada ini..ada sesiapa yang boleh cadangkan aku untuk memudahkan proses paking dilakukan? Nak mohon fama untuk mengawetkan paste agar tahan lama? Selain pos laju ada tak post yang murah sikit harganya…

Yelah dengan RM 4 sebungkus untuk 6 orang makan, dengan belum dicaj post laju yang 500gram ke bawah RM 4.85….ala-ala mahal kan?...kalau by hand boleh aku caj hanya sebungkus RM 4…kalau by post?...mahal ko…

PS:Jom blogger bagi aku cadangan dan pandangan?

Monday, April 26, 2010

LIHAT LAH DUNIA...


Alhamdullilah.......terima kasih tak terhingga kepada orang2 yang amat aku sayangi, tanpa anda siapalah saya..terima kasih juga kepada semua yang berada disekelilingku...sesungguhnya, tak tergambar dik akalku, dimana aku semakin popular.... (cewah ayat tak ingat diri sungguh,....macam menang peraduan contest abg eqbal pulak...wawawawawa, jangan main2 yer, adiah dr Jerman tu,,,)

Sebenarnya entry nie aku khususkan kepada sis Lia (mamadamya) yang sudi membeli paste bandung ayu, yang buatkan ayu terharu sis lia terus masak paste nie...hasilnya mee bandung CITARASA RINDUAN seperti gambar diatas... SIS LIA TERIMA KASIH yer, lain kali belilah lagi..hehehehe,

Untuk korang yang nak tgk hasil dari luahan sis lia marilah klik

Friday, April 23, 2010

STICKY MODE ENTRY - PLEASE SCROLL DOWN FOR NEW N3.


PASTE BANDUNG





Sebut sahaja lontong, mee kari dan mee bandung amatlah mengecurkan bagi pengemar masakan selatan...Di CRR, aku menjual masakan mee bandung dan paste bandung.
Mee bandung merupakan masakan paling popular disekitar johor, terutamanya daerah muar dan batu pahat.
Namun, di kulaijaya terutama yang mengunakan jalan kulai-kluang pasti tidak teragak2 untuk merasa mee bandung di kedai aku...
Idea ini telah di buat oleh Ibu mertuaku iaitu Puan Rusliah Bakar, beliau menciptanya hasil daripada gabungan ibu mertuanya yang menjual sate..paste sambal kacang yang digunakan telah diubah suai menjadi paste bandung..



atau 017-7914181

Wednesday, April 7, 2010

PASTE BANDUNG

SALAM...selamat petang, oleh kerana bertambah pelanggan yang order paste bandung aku nie...aku nak kongsi cara2 nak masak paste nie .Korang jangan risau..tak yah lah nak menumis ker, tambah kacang ker, udang kering ker...semuanya aku dah satukan dalam paste bandung yang di jual..cara masaknya sesenang masak maggie. tak caya?...korang bacalah entry nie.

bahan-bahannya
  1. paste bandung (sebungkus rm4)
  2. ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. mee setengah kilo (di rebus dengan air panas)
  4. garam 1 sudu
  5. ajinamoto 1 sudu
  6. sawi,kobis
  7. telur 3 biji
  8. air 1.5liter
cara membuatnya
  1. masukkan paste mee bandung kedalam periuk bersama air
  2. didihkan kesemua bahan2x bersama ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. masukkan garam dan ajinamoto
  4. apabila mendidih,perlahankan api. Masukkan telur satu persatuan
  5. di akhirkan dengan sayuran yang dipotong keci-kecilan
  6. hias mee kuning dengan kuah bandung dan hiaskan dengan daun sop dan bawang goreng, siap untuk dimakan
Satu paste bandung, sesuai dimakan untuk 4 orang