Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, June 24, 2011

Si Gadis Melayu~Ku anti pengotor

Si gadis melayu berjalan berhati-hati
Meniti jambatan area kota tinggi
Tampak risau jelas dihati
Harap tak di `sumpah` para lelaki

Si gadis melayu tertunduk malu
Berbaju kurung tampak ayu
Ibarat bunga yang sedang layu
Mengharap kumbang tak ganggu

Wahai si gadis melayu yang asli
Dikau memang berbudi pekerti
Tapi sayang melayumu tak asli
Buang sampah seolah tiada harga diri

Wahai si gadis melayu di pinggir jalanan
Sedarlah diri dikau perempuan
Kau campak kotak minuman
Tanpa kau sedar perbuatan kau memalukan

PESANAN:harap-harap Gadis melayu diluar sana.. mempamerkan melayu yang benar-benar asli..sangat memalukan tika berhadapan peristiwa di tepi pinggiran jalanan… bersih diri tapi kotor perbuatan..

~HARAP TAK TERSINGGUNG, ku anti pengotor…

Terima kasih~ 1,000 Follower

Tahniah untuk blogger mama Tim..
 mama tims n kids
Atau nama penuhnya Fatimah sahak…mama kepada 4 cahaya mata. Kerana menjadi follower CITARASA RINDUAN yang ke 1,000.. (mama Tim sekarang di Paris tau!! Kacak tu en suaminya, dan hensom-hensom anak-anaknya..) teruja aku sebab dapat kenal beliau dalam dunia maya…
 
Jom, ramai-ramai kita pakat serbu blog mama Tim..



Sebenarnya.. untuk Follower yang lain…  ucapan terima kasih diatas sokongan kalian terhadap blog Citarasa Rinduan…walau ku baru dalam dunia blogging, walau masaku banyak dihabiskan di citarasa rinduan (kedai makan), namun semangat dan sokongan kalian semua buatkan daku terharu

TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN