Berniaga selepas musim perayaan. Lagilah hari raya aidilfitri membuatkan beban dikepalaku kian bertambah..
Serba salah nak membeli bahan mentah.. ayam naik, sekilo hingga RM8.00.. belum campur bahan kering seperti cili, bawang dan sebagainya
********
Mana nak fikir menu untuk marhaban, kalau aku tolak tak patut pulak, so.. terima.. hari ini ada marhaban dari GPW, masa mereka sampai aku tak tahu.. katanya rumah paling akhir.. em…….
Sesekali ada tempahan dari pelanggan untuk open house, ikutkan nampak mudah.. namun, bila order last minit.. atau senang kata memang oder tak masuk akal, macam ambil pesanan jam 12 tengahari tapi nak ambil jam 4petang… kalau menu mudah okeylah kan.. aku goreng mee hoon jer, nie nak pencuci mulut, kuih muih….
Fuh!!!! Kalaulah memasak dan menyediakan kuih muih itu sesenang masuk pintu doremon, memang aku dah lama order satu…



