Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 5, 2011

Sukarnya nak lakukan............

Sebenarnya sukar bila kita menghadapi masalah, lagilah melibatkan kerenah manusia yang pelbagai… apabila melayan pelanggan… terus terang aku boleh sabar… 90% pendapatan aku adalah dari mereka kan?????

Tapi, bila melibatkan pekerja… kadangakala aku jadi keliru.. en zalie tegas orangnya.. tak suka kalau aku mudah kasihan atau ambil berat pada pekerjaku. Masalahku pula suka berkongsi pendapat dan pengalaman dengan mereka…

Namun, hasil yang ku perolehi, selalunya pekerjaku akan salah ertikan erti kasih sayang dan lemah lembutku…..

Akhirnya, mereka akan pijak kepalaku… hujung2 aku jua yang kena…..


PS: Bila lihat sesetengah majikan yang garang dan tegas pada pekerja, pekerja akan hormat mereka… perlukan aku TEGAS??? Sukarnya...........

Akhirnya Update jua.....

Assalamualaikum, hampir seminggu ku tidak menjengah blog mahupun bersua ke blog kalian.. terselit kerinduan nan membara disanubari ini… hampir 2 tahun ku mengenali dunia blogging, 100% kehidupanku kian berubah…

Bertukar2 pandangan, bertukar2 ilmiah dari sudut rohani mahupun jasmani.. sudah semestinya, saat berBW  ke blog kalian menjadi kemestian dalam hidupku selama ini… kadangakala kita bertukar jenaka, kadangakala kita bertukar duka dan kadangakala kita bertukar saguhati.. itu tandanya, kita sama2 suka, ada rasa dan jiwa dalam dunia yang sama….

Dan, sebab itu selama lebih seminggu ku tidak berblog kerana ada perkara yang lebih utama perlu didahulukan, terima kasih teman-teman khasnya yang sentiasa mengirimkan pesanan ringkasan SMS dan memberi sokongan kepadaku selama aku menyepi… tiada apa yang boleh kubalas hanya ucapan SEJUTA TERIMA KASIH… Kalian teman yang memahami…


PS: kerap terkesan dihati apabila membaca komen kalian…. Insyallah, panjang usia, ku akan singgah ke blog kalian…

Selingan~~terkejar2 daku menguruskan keperluan utamaku.. yang pasti akan ku kongsi kepada kalian pengalamanku bergelar perniaga kedai makan..