Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, May 2, 2012

Bila VVIP bertandang ke CR


Ku tahu, berniaga ini kadangakala ada suka dukanya, ada tawa dan ada pilunya... Penghargaan bila warong yang sekecil ini diterjah oleh rombongan VVIP, kedatangan DATO Halimah Mohd Sadique dan beberapa kenamaan yang sudi bertandang ke Citarasa Rinduan...

Dato, seorang wanita yang sangat peramah.. tanpa malu, mintaku bergambar bersamanya.. memang terharu bila aku insan biasa diperlakukan sedemikian rupa lebih-lebih lagi bau badanku yang sentiasa berharum bawang,halia, asam pedas dan harum dapur.. heheheh, boleh pengsan Dato bila belaga pipi denganku ..
Terima kasih daun keladi buat Dato dan rombongannya yang sudi merasai makanan tengahari hasil air tanganku... Akan ku abadikan kenangan ini hingga akhir hayatku.. Insyallah.


Kehadiran Pengurus Felda (gambar bawah, berbaju puple gelap berkaca mata) menambahkan seri pada tengahari tadi (2 Mei 2012, jam 12 Tengahari)
PS: Dato, memintaku menyediakan sarapan kampung untuk tempahan akan datang.. Insyallah.. akan ku usaha senaraikan kuih muih kampung/tradisional buat dato.. Terima kasih teman-teman FB yang sudi memberi idea untuk menyenaraikan kuih muih yang perlu ku hidangkan nanti

Tuesday, May 1, 2012

Ada apa dengan 1 MEI?


Assalamualikum sahabat, wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... rindunya dengan kalian.. Gitulah aku kalau dah lama tak online, panjang rindunya.. hahahhaha...

Rasanya tak terlambat nak ucap SELAMAT HARI BURUH buat semua sahabat yang bergelar pekerja, termasuklah sahabatku yang menjadi suri rumah... Moga sentiasa ikhlas menjalankan sesuatu pekerjaan dengan cemerlang dan gemilang.. (ewah, dah macam PM pulak ucapanku.. hahaha)

Jom syer gambar percutianku dikampung, 4 Hari 4 Malam.. (bunyinya ala2 lama, namun sekejap bagiku)

(saat berkumpul, semestinya ada sahaja yang dikongsikan oleh anak-anak saudaraku, Umai turut serta)

(jangan tak tau.. anak saudara terbaruku yang baru berusia 6 bulan dah pandai nak berGAMES hahah)

(pusing2 satu kampung ramai-ramai.. Fuh!! kami tak malu naik motor macam sardine)

(2 motor 4 orang, aku jadi penumpang jerlah...)


(aktiviti petang semestinya bermain badminton.. riuh sekampung dengan gelagat kami.. heheh)


(saat berpisah pastinya menimbulkan pilu dihati, namun apabila masing2 ada tanggunjawab sendiri.. kami terpaksa angkur.. Bye IBuAyah, insyallah.. panjang usia kita bersua lagi)