Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, November 26, 2010

Sebenarnya entry ini entry mohon kemaafaan….

Terlalai, atau tidak, aku telah membuat kesilapan…satu kesilapan yang bagiku mungkin akibat kesibukanku menguruskan majlis undur adikku pada 27 hb Nov atau, disebabkan aku kurang sihat selama seminggu…

Sebenarnya, aku baru perasan akan satu segmen BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010.. awalnya aku hanya mengucapkan tahniah kepada blogger lama seperti kurasakan something dan Chilabaey`s yang ada membuat entry tentang mempromosikan segmen ini dan entry blog mereka di calonkan…mereka blogger hebat…semestinya layak…

Segmen ini di buat oleh blogger Azman Roslan…Blogger yang baru ku kenali apabila abang muz a.ka. chilabaey`s menyatakan blog citarasa rinduan turut tersenarai..

Aku sempat jengah ke blog Azman..memang benar, aku tersenarai dalam BLOG PERSONAL ISTERI PILIHAN..


Aku terpaku

Aku tergamam

Aku tak percaya, walau itu kenyataanya..


Aku rasa malu..Rupanya aku dicalonkan oleh blogger yang mengenaliku antara kita mungkin ada antara kalian semua yang sudi mencalonkan aku……

Terima kasih kerana sudi calonkan CITARASA RINDUAN sebagai BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010

Aku ingin mengetahui siapakah yang mencalonkan aku, namun…aku terlepas satu entry tentang percalonan…(sedih sangat, terkilan rasanya)

OLEH ITU….dengan rasa rendah diri….sudilah kiranya aku ingin merakamkan ucapan terima kasih dan ucapan maaf kerana aku terlepas pandang entry sahabat yang mencalonkan blog CITARASA RINDUAN untuk pencalonan BLOG PILIHAN MALAYSIA 2010




PS: puas aku godeh di blogku..bahagian komen..tiada sahabat blogger yang mencalonkan aku…namun…tiba-tiba aku layak kepusingan pertama…..TERHARU sangat..TERIMA KASIH sekali lagi..jua terima kasih blogger Azman Roslan menganjurkan segmen ini

Thursday, November 25, 2010

KASIH SI LELAKI….SEMOGA KAU TABAH

24hb November 2010

11.30 PM

~Sebenarnya, aku betul-betul ingatkan kau sebab masa arwah ada, aku dengan arwah 2 kali tengok kau di hospital, masa tu kau tak sedar, aku merana lie kehilangan isteri yang aku kasihi, hari-hari aku berdoa pada Allah moga aku ditemukan lagi dengan isteri dan anak dakhirat kelak~

Ini sms dari sahabat en Zalie, sahabat sepermainan en zalie sejak kecil hingga dewasa. Baik badminton, sepak takrow mahupun persilatan, Azam lah peneman terbaik en zalie.

***********************************************

Nasibnya amat malang, semasa zaman bujang 2 kali putus tunang, hinggalah bertemu jodoh dengan seorang wanita janda beranak satu..

Mahligai yang mereka bina pendek sekali tempohnya, hanya setahun…si isteri meninggalkan si suami saat melahirkan anak pertamanya..

Selepas 2 jam arwah isteri pergi, si kecil meninggalkan dunia…terlalu cepat hayatnya…waktu itu akulah peneman Azam, Ya, hanya aku yang menemankan Azam disaat Malaikat mencabut nyawa isterinya di dalam Bilik Pembedahan HIS, tiada keluarga, tiada sanak saudara yang ada bersama kami ketika itu…

Selain memberi sokongan dan kata-kata semangat, sempat ku sedekahkan surah yassin untuk mereka…

Azam seorang lelaki yang amat tabah, tiada titisan airmata mahupun sendu yang ku lihat darinya..

Ianya amat pelik, Azam tiada langsung menunjukkan riak sedih atau hiba…pertama kali dalam hidupku melihat situasi ini, Kes meratapi kehilangan orang yang tersayang..inilah kes yang amat istimewa..

Seolah-olah Azam tiada jiwa…hanya tersenyum…Namun, hanya matanya berkaca-kaca…Ya Allah sungguh kuat jiwanya, sungguh tabah hatinya, sungguh mulia makhluk bernama Azam..

***********************************************

Ku teliti sms dari handphone en zalie, kerana en zalie mengirimkan salam dari Azam untukku, sebagai tanda terima kasih menemankan beliau disaat beliau bercerai badan dan nyawa dengan arwah isterinya..JM Pn. Zaharah

Al fatihah keatas arwah JM zaharah dari CITARASA RINDUAN sekeluarga…semoga rohnya di pilih sebagai orang yang beriman





PS: kejadian ini berlaku 3 ramadhan bersamaan 13 Ogos 2010 (puasa ke 3 tahun 2010), hari jumaat (penghulu segala hari)……..bertempat di HSI di bilik pembedahan