Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label CONTEST. Show all posts
Showing posts with label CONTEST. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Daku dapat apron, masterchef kah?


Pagi tadi dalam jam 7.15, daku yang tersangat kelam kabut menguruskan Citarasa Rinduan, dikejutkan oleh abang Skynet, Eh!!! kiranya kejutan yang membuatkan hatiku tidak senang duduk di dapur.. Yalah kan, awal pagi tu....

Bila ku pandang akan parcel yang berbungkus sampul surat putih.. daku terus cari alamat.. wah!!! kiriman dari Pahang, Kuala Lipis tu.. mesti ada kaitan dengan penyanyi terkenal Dato CT, peweeett.. kikikikik

Bila ku lihat isinya, Yuhaa!!!! apron merah yang sangat cantik, siap ada renda-renda lagi... daku suka.....
buat pengirimnya, Kak Tini, terima kasih daun keladi, Apron tersebut dah selamat di gunakan olehku didapur..
Cantik kan?? (bukan aku, tapi apron yang ku gayakan)

Nak kenal kak Tini dengan lebih dekat, jom.. klik SINI, dan sebenarnya, apron yang ku perolehi itu merupakan hadiah sempena GA beliau.. Kak Tini, Insyallah.. ayu akan guna sebaiknya...


PS: keletihan yang amat... nak tidur awal, esok ada meeting perniagaan..


Thursday, February 16, 2012

Dapat cendermata dari blogger BEST LIFESTYLE BLOG OF THE YEAR 2012


Lama tunggu abang posmen (sebab pakcik posmen dah pancen) dok singgah hantar surat dari damansara, ku tunggu2 kerana terlalu mengharap surat tu tak terlepas pada orang yang bukan miliknya, kerana isi dalam surat itu hanya untukku dan 24 sahabat blogger yang menang dalam contest beliau..

Kiranya, hanya orang yang bertuah ajer tau yang dapat memilikinya..bertuahnya daku.. kikikikiki

Thanks seribu dan sejuta terima kasih buat blogger yang baik hati iaitu blogger Eqbal, kerana meberikan FM buat aku dan 24 sahabat yang lain..

Terharu ko!!!!!!!!!! Sekarang FM dah terletak cantik ditempat yang sepatutnya… bangganya saya!!


Buat abang Eqbal, tahniah ayu ucapkan sebab memenangi, Best Lifestyle Blog Of The Year 2012, anda memang tersangat layak…


 PS: menu jualan pagi tadi, ku anggap special bukan kerana ikan cencaru masak lemak, tapi ku masukkan belimbing buluh buat penyedap rasa, hasilnya??? Tak sampai setengah jam, menu ini habis sekelip mata.. syukur

Monday, January 23, 2012

"My 2nd Giveaway" by Lensa Kehidupanku



Selamat tahun baru cina untuk Uncle Ah Tan
Kita beraya sambil tambah kenalan
Ada giveway terbaru dari blogger lanse Kehidupan
Marilah meramaikan…marilah memeriahkan

Buah limau dan angpau sebagai buah tangan
“Yeng sang” kita gaulkan tanda kita 1Malaysia bersama berjuang
Hadiah giveaway amat menarik sangat memuaskan
Rugilah korang kalau terlepas peluang atau terlepas pandang




PS: nak join senang sahaja, hanya klik blog cikgu Azref…. tarikh tutup sebelum jam 10 malam 24hb January 2012

Monday, August 1, 2011

Terima kasih Azian

Ku ambil kesempatan nak join contest yang azian lancarkan pada 1 ramadhan, sebenarnya.. sebelum ku sibuk menguruskan jualan sempena ramadhan molek jika ku memeriahkan contest azian..
Jom, ramai2 kita join………..
Contest pertama dibulan ramadhan… hadiah yang Yan tawarkan pun memang menarik….nak lihat ??
Tara!!!


Tuesday, July 26, 2011

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET"

Korang kenal dengan blogger  Ady Prima??
Ala, GA yang aku join masa dia ke london.. Opss, ke bandung yang aku tak menang tu??
Kali nie, ady budika buat lagi GA, kemana pulak lokasi si Mamat Prima nie?
Jom… klik sini
Hah!!! Phuket ko……………..boleh aku tempah periuk belanga baru nie… maklumlah sana tu dunia membeli belah kan?? murah-murah tu...
Jom.. sama2 kita meraikannya….

Caranya mudah saja :
1.                   Buat entri tajuk "GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET"
- doneAdy Budika
2.                   Letak header Ady ni dan linkkan entri tersebut ke sini.
-done
3.                   Dalam entri tu, berikan tajuk entri Ady yang paling kawan-kawan semua suka dalam blog Ady ni, nyatakan gak kenapa anda suka entri tu.
 
-aku suka sangat entry ini… Apasal aku kata aku suka??? Sebab itulah petama kali aku kenal si Ady, dia start memasak…. Fuh!!!! Semangat Ady tinggi ooo, dia sanggup sahur Cabaran dalam masak-memasak… Cayalah!!

4.                   Dah publish entri tu, post link kat entri ini k.
-done
5.                   Pemenang Ady akan pilih guna random.org sehari sebelum Ady berangkat (so leh bajet siap2 hadiah yang sepatotnya dibeli).

-tempohari aku tak menang, aku kena puji2 kat mamat random.org nie…. Wahai mamat yang bernama random.. bagilah kak Ayu menang!!!!!

#Tutup Ahad - 31 July  2011 - 6.00 petang

Jom!! Ramai-ramai kasi meriah…..

Monday, July 11, 2011

31-7 Birthday Giveaway

 

Naik basikal ke ladang kura-kura
Bawa laju-laju sampai jatuh bersila
Selamat hari lahir buat blogger SUNAH SAKURA
Semoga kamu kekal sebagai muslimah yang bertatasusila

Minta pertolongan dengan kak modah
Kaki terpijak dengan sebiji tayar
Blogger CIK PULAU gelaran yang mudah
Semoga panjang usia dan cepat bina empayar

Rehat sebentar mata seronok melilau
Memandang nyonya jual buah ciku
Comel, gelaran untuk beliau
Blogger CIKALI.. selamat hari lahir adindaku

Teruskan perjalanan sambil tutup mata
Mulut menyanyi suara mendayu-dayu
Tak kenal, maka tak cinta
Selamat hari lahir buat blogger GADIS MELAYU

Akhirnya sampai ke destinasi muktahir
Lega walau badan dah macam kena gulai
Ucapan ikhlas SELAMAT HARI Lahir
Untuk blogger kembar empat berkongsi 31 julai

Apa yang ku merepek, dengan puisi tak tentu pasal??., jom..
Bagi yang berminat nak join contest si kembar 4.., buat satu entri:
1.                   Tajuk: 31-7 Birthday Giveaway!
2.                   Letak banner GA kat atas tuuu dalam entri kamu dan linkkan ke entri ni.
3.                   Bagi la ucapan besday sikit untuk keempat-empat kembar ni, ringkas jek~
4.                   Dah siap published, copy siap-siap url entri tu dannnnnnn paste kat entri cik pulau yang INI. Paste kat sana je tau, sape yang paste kat sini, takkan disenaraikan.

Mereka berempat adalah:-
Sunah Sakura - 31 Julai 1987
cik pulau - 31 Julai 1988
CiKaLi - 31 Julai 1989
gadis melayu - 31 Julai 1990

Jom, meraikan contest mereka…. hadiah menarik, sila klik SINI..

HAPPY BIRTHDAY FRIENDS

Siapa yang hari kelahiran bulan Julai??


Jom.. BLOGGER cheq Sue, ada buat satu contest khas yang sambut hari kelahiran pada bulan julai..

Hah!! Oleh sebab ibuku menyambut hari kelahiran pada 7 Julai, sempena yang ke 55 tahun… (ibu lahir tahun 1956), ku mohon pada cheq sue untuk memeriahkan contestnya…


55 tahun dikau dimukabumi..
Berjasa dan berbakti..
Dikau idolaku sejak ku kenal duniawi
Walau ku belum tahu apa itu kehidupan realiti….

55 tahun dikau dimukabumi
Pelbagai pengalaman sukaduka kau tempuhi
Tanpa kau rasa marah mahupun benci
Aku sentiasa kagum dan sanjungmu tinggi-tinggi…

55 tahun dikau dimukabumi
Tanpamu ku tak mungkin boleh berdiri sendiri
Tanpamu ku tak mungkin boleh berbakti
Selamat hari lahir Puan Jumiah Hj Ramli

Ku dedikasikan ucapan SELAMAT HARI LAHIR buat ibu tercinta yang ke 55 tahun, terima kasih kerana membenarkan rahimmu terciptanya insan keldil bernama SITI RUHAYU AB. RAHMAN….

(gambar kenangan: Ibu jenis sukar nak bergambar, ku ambil gambar curi semasa hari bersejarah perkahwinan adik perempuanku SITI NOORAZIZAI AB. RAHMAN DAN ROZALI pada bulan november 2010)
*************

Selingan: ku bacakan puisi ini pada Ibuku, detik jam 12 tengahmalam 7 Julai, ibu diam.. mungkin tergamam… hingga rangkap terakhir… ku dengar ibu teresak2… ibu katakan padaku… Syurga buatmu ayu…….
Ku letakkan ganggang telefon, ku ambil air wudhuk. Syukur padamu Illahi.. kerana ibuku sentiasa mendoakan yang terbaik untukku…
PS: ramai geng2 blogger yang sambut hari kelahiran bulan Julai, seperti blogger jaja,sweetmama, cikali, cik pulau, Gadis MELAYU, sunnah dan lain2.. rasanya depa kena join tu.. SELAMAT HARI LAHIR blogger cheq Sue

Friday, July 8, 2011

Contest Coretan Maksu

1.       Maksu berasa bengang dan geram terhadap anak jiran kerana menjatuhkan sebatang paip dari tingkat atas. Ketika itu maksu sedang menjemur kain kat backyard

2.       Cerita berkenaan telah maksu jadikan Cerpen dalam bahasa English dan maksu menajukkan Gratefulness

Terima kasih maksu kerana anda, ayu mengenali majalah Ana Muslim.. satu majalah yang amat sesuai untuk anak ayu…pelbagai ilmu pelajaran dan ilmiah dapat ayu kongsikan bersama anak dara ayu.

PS: ini contest, kalau kalian nak tahu.. jom.. jenguk blog maksu..

Thursday, June 23, 2011

Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London

Kawan-kawan.. korang nak hadiah tak?
Jom. ramai-ramai kita serang blog si Hero Malaya… hehehehe.. JOM!!!

1.                   Buat entri tajuk "SEGMEN  : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London"
done
2.                   Letak header Ady ni dan linkkan entri tersebut ke sini.
done Ady Budika
3.                   Dalam entri cuma jelaskan macam mana la boleh terjumpa blog adybudika.com ini... (ringkas je k )

Dari mata turun ke jiwa
Dari jiwa turun ke alam maya
Ku kenal blog Ady Budika
Sebab Sunnah empunya angkara

4.                   Dah publish entri tu, post link kat entri ini k.
done
5.                   Pemenang Ady akan pilih sehari sebelum Ady berangkat. ( so leh bajet siap2 hadiah yang sepatotnya dibeli )
Ya!!!!! Ady nak belikan kak Ayu, kain mahal2 dari Landon.. hahaha.. bandung!!!

Monday, June 20, 2011

Rezekiku!! Kunjugan blogger dan menang GA..

Hari ini, 20 Jun bersamaan 18 rejab.. ku terima 2 perkara yang amat mengembirakan..
Pertamanya, kunjungan dari blogger cikgu azreef…ingat lagi GA just simple yang beliau anjurkan??...
Tara!! Hadiah berserta gambar daku untuk tatapan kalian…


Terharu atas kunjugan cikgu ke citarasa rinduan.. lain kali.. singgah selalu ya cikgu…sangat-sangat gembira diatas kunjungan beliau, ditambah lagi detik bersua blogger azreef.
Keduanya, ku dengan senang hati gembira tak tak terhingga kerana menerima result GA dari Blogger Eqbal.. kiranya, memang rezekiku.. dan dari 24 blogger yang bertuah.. ku mengenali hampir 10 orang blogger.. tahniah sahabatku!!
PS: rezeki ku berpuasa agaknya.., terima kasih ya Tuhan…

Thursday, June 16, 2011

Bali simple giveaway for fabulous (GA BLOGGER ABANG EQBAL)

Malam nie, sambil layan tilawah al quran peringkat kebangsaan..
Aku nak join GA dari blogger abang Eqbal..
Hadiah menarik ooo..
******
Abang ee, blogger otai tapi masih bujang..
Jom ramai-ramai kita pakat serang..
Mana tahu ada rezeki kita sorang-sorang..
Hanya buat entry mudah dan senang.
(pantun untuk pujuk korang join.. heheheh)


Nak join.. jom.. klik SINI

Tuesday, June 14, 2011

3 perkara yang mengembirakan........

Selamat malam semua, nak syer sesuatu yang ku perolehi pada hari ini 14 jun 2011~~

Pertamanya : Aku menang GA just simple Giveaway dari Blogger cikgu Azreef

Memang tersangat2 terkejut ko, sampai ku terjerit kecil kat depan lappy.. No 20, nomboh bertuah… rezeki aku agaknya

Syukur alhamdullilah,  Klik sini ke blog cikgu azreef

cikgufiq.blogspot.com
Keduanya: Blog yang buatkan aku gelak tak ingat dunia pada 14 jun 2011.. kiranya blog nie menarik minat aku berblogging adalah:-


Jom klik sini, entry nie walau agak kelakar, tapi moralnya tinggi oooo…

Vector Inscription Happy Birthday English & Russia
Ketiganya : SELAMAT hari Lahir utk blogger mama yana
Dengan ucapan selamat hari lahir, semoga panjang usiamu, semoga dimurahkan rezekimu.. amin

Thursday, June 9, 2011

"Just a simple giveaway" GA cikgu Azreef

Jom ramai-ramai join GA "Just a simple giveaway"
GA ini merupakan GA yang pertama kali blogger cikgu Azreef anjurkan..
Hadiah??

Jom!!
Kita usya



Nak join, mai sini klik sini

PS: baru siap memasak, uruskan umai.. sempat lagi aku join GA cikgu azreef. Memang mudah ko,….. simple gila… cikgu akan pilih secara random.. kiranya, kalau ada rezeki.. salah satu hadiah tersebut adalah milik kita… dan kita2..

Buat blogger jebat dan Bujal X menu hari khamis 9 hb Jun 2011 adalah kepala ikan merah masak kari, asam pedas kerachi dan ikan mayong, ayam goreng kunyit bercili, sop sayuran, nangka lemak, sambal goreng dan macam-macam lagi.. (nak tulis aduhai.. tak sempat lah dik. Kak nak ke kedai semula ni)

Tuesday, May 3, 2011

Jom VOTE di blog AMRAFAHAN

Selamat tengahari, ku terpaksa kejar masa yang ada.. pulang ke rumah uruskan umai dan MIL... selepas nie, nak ke citarasa rinduan semula..
Gini ceritanya.. daku ada join satu contest AMRAFAHAN...contest pertama PAPA KEMBAR 3,

INI ENTRYNYA..

Namun, dengan kebijaksanan kalian dan pendapat kalian...

Di antara 5 cerita yang telah join contest tersebut mana cerita yang paling mengarut????

Sila undi sekarang, tarikh tutup adalah pada 5 MEI 2011, anda boleh vote 2 cerita antara  cerita 1, cerita 2, cerita 3, cerita 4 dan cerita 5... (aku di cerita  ke 4).. 

Terima Kasih..korang boleh klik sini untuk undi..............

PS: jom.. makan tengahari di citarasa rinduan...!!!

Saturday, April 30, 2011

Babak Mandi..........AMRAFAHAN: Cerita Mengarut aku...


Makonah rasa lama benor kudin dalam bilik air. Makonah dah kepenatan tunggu Kudin bersiram...

Tadi dah mandi, nie mandi lagi...rungut hati si Markonah diam-diam.... ditepeknya bedak di seluruh kulit mukanya, dah macam tepung gomak bila dia tatap depan cermin...

Ala.... sesekali nak melawa depan kudin apa salahnya...kan?? si Makonah cakap sorang-sorang, macam tak pernah berias untuk kudin......

Makin lama, makin menjadi ghairah si Makonah.... terus di tenyehnya lipstik jenama ABC di bibirnya... tebal.. merah menyala macam warna bibir orang tertelan cili padi...walhal tak pernah si Makonah guna lipstik ABC tu... tapi untuk kudin apa salahnya??

***************

Tiba-tiba  Makonah teringat babak mandi dia dengan kudin petang tadi...

Pada mulanya, Kudin takut nak mandi dengan Makonah... tapi, Makonah bijak susun strategi... dipujuk-pujuk hingga kudin berani nak mandi sama-sama makonah...

Wah!!!!!!!!

Pertama kali kudin sudi mandi bersama Makonah, Makonah tersenyum-senyum bila kudin turuti apa hajat Makonah... sebenarnya dah lama makonah ingin kudin mandi bersamanya.... bersiram sama-sama... bergurau senda sama-sama...makonah ingin kudin gosok-gosok belakangnya... tolong shampo rambut makonah yang panjang macam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung....... keras kejung macam mee kuning yang makonah beli kat kedai Apek Chai...

Yelah.... 3 tahun berkawin.. kudin jarang dirumah.. asyik bawa lori kontena dari singapore – bukit kayu hitam..

Tapi...
Bila makonah dah siap bersiram... kudin tak bantu makonah sental belakang badan guna sabun, Makonah pelik... Makonah sental pakai sabun buku di depannya....sental sorang-sorang...

Laki aku nie,... awat dia dah ada perempuan lain ker??? Tak ingin nak bermesra dengan aku.. dah mati pucuk agaknya... Baik aku mandi sorang-sorang.. bebel makonah dalam hatinya. Kudin hanya berdiri tegak menghadap pintu bilik air,.. jauh sekali nak pandang Makonah bersiram.

Babak mandi petang tu jadi sepi....babak mandi itu tak berjalan seperti apa yang makonah impikan..babak mandi pertama kali dalam hidup makonah berakhir tanpa tinggalkan kesan yang berahi....

Makonah tekad kalau kudin keluar dari bilik air dia nak soal habis-habisan... dia nak kudin luahkan....

**********************

Prap!!!!

Daun pintu bilik tidur Makonah di tolak dari luar...

Makonah, terus ambil peluang... jalan ala-ala perempuan gedik... biar kudin sayang pada Makonah...kiri ke kanan punggung lebar Makonah bergoyang.... bergegar bilik tidur mereka....Makonah rasa macam model 
Baywatch.... dengan baju tidur tipis dan berkain batik lepas...

Kudin sapu mukannya dengan tangan kanannya...berpeluh-peluh dia pandang isterinya yang comel, dia tahu.. makonah takkan lepaskan peluang.... kudin tahu, Makonah nak luahkan..

Abang!!!! Konah nak Tanya nie??

Sah!!! Kudin cakap sorang-sorang.... apa aku nak jawab nie?.. tadi dalam bilik air aku dah puas karang ayat... tapi.... kalau aku biarkan mesti aku tidur luar malam nie... kalau tidur luar.. jawapanya aku kena tidur dalam lori.. aku tamo......sakit pinggang aku.... aku tak rela..

Yer sayang,... tanyalah.. abang tak kisah.... (nekad kudin.. aku kena jawab yang betul. Yang benar, sebenarnya.. biar Konah tahu apa yang berlaku)

Kenapa abang tak sudi nak melakukan babak mandi bersama Konah tadi?? Abang dah tak sayang Konah ker??? Sampai hati abang. (Makonah dah start berlakon.. mengalahkan Fasha Shanda berlakon, mencurah-curah air mata palsunya....)

Sebenarnya... kan bilik air kita tu kecil... tengah-tengah ada perigi... abang takutlah kalau ada mata-mata memandang... lagipun buang tabiat kita nak mandi kat luar halaman...kalau bilik air kita tu macam dalam hotel tak apa,  ini macam zaman batu....keliling cover dengan zink berlubang-lubang..memang abang tak sanguplah Makonah oiii....

Makonah makin kuat menangis,. Meraung sorang-sorang.. dia tahu.. babak mandi yang dia mahu takkan tertunai...wawawawawa........


PS: ini cerita mengarut aku untuk contest Amrahan ............ jom join sama-sama...sila klik sini..ada hadiah menanti tau.. rugi jalau korang tak sertai.....
( aku kena tidur awal.. hari nie citarasa rinduan dipenuhi pelanggan.. maklumlah cuti 1 mei.... mata penat, fizikal letih.. selamat malam sahabatku semua.)