Assalamualikum, selamat berbuka puasa teman-teman yang berpuasa sunat. hari ini rejab ke 23.. semakin hari semakin dekat bulan Syaaban, lepas tu.. wah!! hampir bulan Ramadhan rupanya.... sekejapnya masa berlalu
Hari ini, ku ingin berkongsi resepi roti kacang roll kepada sahabatku semua... Ada cerita disebalik roti roll kacang ini dengan kehidupanku semenjak bergelar isteri, arwah mertuaku paling suka akan roti kacang ini, bila ku belajar buat roti ini, hujung kaca mataku menitis tanpa diduga, subhanallah.. Moga tenang arwah disana.. Al Fatihah (arwah tak dapat rasa air tanganku, jika dia ada.. pasti dia akan memuji2 menantunya yang sorang ini)
Dan ada sebuah cerita lagi disebalik resepi ini, bukan mudah nak belajar buat roti tanpa guru, selain Internet, selain tok guru, dan buku pastinya tidak wujud roll kacang ini dihadapanku, tanpa ku sangka aku dapat buat sendiri dengan begitu mudah, nanti ku cerita.. sekarang mari kita belek-belek resepi ROTI ALAM SARI ROLL KACANG..
(gambar 1)
Bahan-bahannyaDOH
230ml Susu rendah lemak, (ku beli susu dalam kotak jenama Dutch Lady)
40g Buttercup
30g gula halus
sedikit garam (besar maknanya garam untuk menghasilkan doh yang gebu)
350 Tepung High Protein
1 sudu Bread Improved
6g Yis Mauripan
Inti
Inti kacang merah (secara kebetulan ku ada stok ini didapur)
Kulit atas
Kuning telur yang dicampur air
(gambar 2)
Cara menyediakan- Masukkan kesemua bahan-bahan doh dalam BM, kalau korang guna BM ini, sila set mood 9 anggaran masa 1 jam 30 minit.
- Keluarkan doh, bentukkan bulat, buang angin buat seperti gambar 1, letak inti dan gulung doh seperti gambar 2
- Sapukan atas adunan anda dengan kuning telur, taburkan bijan
- Panaskan oven suhu 180 darjah, pada masa 20 minit
- Selamat Mencuba
Terima kasih daun keladi buat blogger yang paling baik hati telah kutemui, pemberian Buku Resepi BUN LOVER yang telah dikirimkan melalui pos ke teratak CR secara rahsia, membuatkan daku terharu dan terkedu.. Tiada ucapan lain yang dapat ku ucapkan hanyalah ucapan Ribuan Terima Kasih atas kesudian beliau menghadiahkan buku tersebut..... kejutan yang sangat bermakna
Adunan roti ini memang sangat lembut, lain dari resepi yang telah ku perolehi.... Insyallah.. dengan kehadiran buku resepi itu.. akan daku guna pakai untuk mengasah bakat yang sedia ada...
PS: jua ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi komen ke atas setiap entry wordless wednesdayku.... Episod 1, episod 2, episod 3, episod 4, episod 5 , episod 6 dan episod akhir... Insyallah, akan ku jejak kalian di blog anda.,.









