CITARASA RINDUAN

Wednesday, June 13, 2012

Resepi: Roti Alam Sari Roll Kacang


Assalamualikum, selamat berbuka puasa teman-teman yang berpuasa sunat. hari ini rejab ke 23.. semakin hari semakin dekat bulan Syaaban, lepas tu.. wah!! hampir bulan Ramadhan rupanya.... sekejapnya masa berlalu

Hari ini, ku ingin berkongsi resepi roti kacang roll kepada sahabatku semua... Ada cerita disebalik roti roll kacang ini dengan kehidupanku semenjak bergelar isteri, arwah mertuaku paling suka akan roti kacang ini, bila ku belajar buat roti ini, hujung kaca mataku menitis tanpa diduga, subhanallah.. Moga tenang arwah disana.. Al Fatihah (arwah tak dapat rasa air tanganku, jika dia ada.. pasti dia akan memuji2 menantunya yang sorang ini)


Dan ada sebuah cerita lagi disebalik resepi ini, bukan mudah nak belajar buat roti tanpa guru, selain Internet, selain tok guru, dan buku pastinya tidak wujud roll kacang ini dihadapanku, tanpa ku sangka aku dapat buat sendiri dengan begitu mudah, nanti ku cerita.. sekarang mari kita belek-belek resepi ROTI ALAM SARI ROLL KACANG..
(gambar 1)
 Bahan-bahannya


DOH
230ml Susu rendah lemak, (ku beli susu dalam kotak jenama Dutch Lady)
40g Buttercup
30g gula halus
sedikit garam (besar maknanya garam untuk menghasilkan doh yang gebu)
350 Tepung High Protein
1 sudu Bread Improved
6g Yis Mauripan

Inti
Inti kacang merah (secara kebetulan ku ada stok ini didapur)


Kulit atas
Kuning telur yang dicampur air

 (gambar 2)
Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan-bahan doh dalam BM, kalau korang guna BM ini, sila set mood 9 anggaran masa 1 jam 30 minit.
  2. Keluarkan doh, bentukkan bulat, buang angin buat seperti gambar 1, letak inti dan gulung doh seperti gambar 2
  3. Sapukan atas adunan anda dengan kuning telur, taburkan bijan
  4. Panaskan oven suhu 180 darjah, pada masa 20 minit
  5. Selamat Mencuba


Terima kasih daun keladi buat blogger yang paling baik hati telah kutemui, pemberian Buku Resepi BUN LOVER yang telah dikirimkan melalui pos ke teratak CR secara rahsia, membuatkan daku terharu dan terkedu.. Tiada ucapan lain yang dapat ku ucapkan hanyalah ucapan Ribuan Terima Kasih atas kesudian beliau menghadiahkan buku tersebut..... kejutan yang sangat bermakna


Adunan roti ini memang sangat lembut, lain dari resepi yang telah ku perolehi.... Insyallah.. dengan kehadiran buku resepi itu.. akan daku guna pakai untuk mengasah bakat yang sedia ada...


PS: jua ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah memberi komen ke atas setiap entry wordless wednesdayku.... Episod 1, episod 2, episod 3, episod 4, episod 5 , episod 6 dan episod akhir... Insyallah, akan ku jejak kalian di blog anda.,.

26 ulasan:

umialya/k.tini said...

kirim le ke sini roti tu barang seketul dua (wat muka tak malu, hihihi)

eelobor said...

posmen x jumpa alamat umah aku agaknya

Cik Pulau said...

fuyyyooo kak.
hebat dah skarang..
nt boleh la kasi saya rasa.. heee~

Citarasa Rinduan said...

k.tini:
tadi ayu dapat 12 biji...

6 biji bagi pkerja...
dan depa kata.. malu nk makan sbb majikan belum dpt makan..
hehehe..

6 biji lagi, 2 dh dimakan bt bbuka puasa.. ada 4 biji lagi..
ayu pos ya

Citarasa Rinduan said...

eelobor:
kompom...

posmen tak jumpa jalan..
waka..waka

Citarasa Rinduan said...

cik pulau:
insyallah....

kalaulah sekolah sains tu dekat setengah jam.. mmg kak ayu redah jer..hehehe

ISZA said...

Kalau ler ayu sebelah rumah.. bertambah gebu ler saya..
:D

Citarasa Rinduan said...

cikgu isza:
ahakss....
jom cikgu makan2..

Nur-nba said...

Beruntung Ayu ada ramai rakan2 blogger yang menyayangimu...

Kalau Ayu kalau buat jualan ni, sure laku... Meh nak rasa seketul.. :) Mesti sedap sangat tu..

Terkenang juga arwah ibu mertua Kak Nur yang dah pergi menemuiNya.. Arwah terlalu baik dan melayanku seperti anak sendiri.. Moga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Amin.
Al-Fatihah untuk arwah mertua Ayu.

Citarasa Rinduan said...

kak Nur:
cikgu pun ayu sayang jugak... hehehehhe

terima kasih cikgu... masih ada baki 4 ketul. ayu tak pemakan orangnya..

PS; alfatihah atas arwah ibu mertua cikgu juga.. moga sentiasa tenang disana

ieda said...

aduhh dikk
akk lak rasa sayu
banyakkan lah berdoa utk arwah MIL .. semoga dia tenang disana ..

sedapp nampak swiss roll tuu .. ;)

Citarasa Rinduan said...

kak ieda:
ayu tak sangka hingga tertitis air mata ini..

syukur.. moga2 dia tenang disana.
thanks kak

PS: terima kasih kak...

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Ayu yang cun melecun.. waduhh roti yang bergentel tu.. bukan aje Arwah mertua yang suka.. akak ni pun dok ler membayangkan rasanya dari celah screen ni hah!

bak 4 ketul!

Sari Yusa Ibrahim said...

waduh2!!! cantiknya kejadian roti tu, Alhamdulillahhhh. Namanya tu seperti pernah ku dengar, tapi.. di mana ya? Pandai Ayu menyirat di sebalik yg tersurat, ni kira terkelu jugak ni, maklumlah, rabu bisu, hihi. Harus ku cuba menggentel roti itu nanti.

Al-Fatihah utk arwah ayahnda mertuamu, semoga damai di sana, Amin.

Zul Fattah said...

slalu, kalau nak makan kena beli kat kedai roti.. tp kalau dpat buat sndiri roti ni.. hari2 sy buat.. haha..

Iffah Afeefah said...

wowwww rotinye seksi

jeles skali

Gen2Merah said...

Terasa plak hiba nya. Kesian arwah, xsempat merasa roti buatan kak ayu. MMg bnyk knangan utk d kenangkan

norhidana said...

pasni blh jual kek ngn roti kt CR lah kak

FnF Simple Life said...

Alfatihah buat Arwah Mertua Ayu. Rotikcang tu nampak sgt gebus. Saya pun suka makan...dulu kat Msia selalu beli kat kedai bakery.

JunAina said...

Untung dapat menantu macam Ayu pandai masak. Al-Fatihah buat arwah semoga kasih sayang Ayu sebagai menantu sentiasa bersama dia.

Alam Sari tu kat Bangi macam mana tiba2 pindag gi Johor...ekekee...

cinnamon.com said...

mmg bestlah..rasa mcm nak buat roti pulak hari ni..rasanya barang2 ada..

nak ikut resepi ayu ni..tq ayu..muah..muah..

Rai said...

letih tangan nak menguli... tapi nampak sedapppp..waaa....

Adylia Qarissa said...

sedapnya tengok roti tu.. :)

lieynanilaz said...

kagum dengan semangat akak yg rajin!!...

aizamia3 said...

bila kata nakkan sesuatu tu mesti berusaha hingga dapat kan.. ;)

jemarisuri said...

ayu mmg berbakat...cantik dekor roti tu...hihi