CITARASA RINDUAN

Tuesday, June 12, 2012

Kerana Blogger itu, aku cuba buat KEK MARBEL BUTTER


Assalamualikum sahabatku.,.

Syukur kehadapat illahi, hari ini ku terima pekerja baru..Moga-moga kehadiran wajah baru, maka bersinar-sinarlah Citarasa Rinduan, dan ku doakan agar pekerja baru itu dapatlah kekal berkerja dikedaiku, malahan ku doakan agar mutu kuality tenaganya setanding dengan usianya yang masih muda.. Amin

Okey, luahan hati kepada masalah CR sudah ku luahkan, sekarang ini nak sangat-sangat syer tentang kuasa luar biasa blogger Tun Telani, siapa tak kenal TUN rugi oooooo... beliau telah menyebabkan malam ini ku MengMARBELkan diri.. kikikikikik..

Tun thanks so much sahabat, kerana kamu.. Kak Ayu cuba gagahkan diri buat kek warna warni yang sangat sedap ini. Pertama kali dalam hidupku.. Hehhehe (Gambar diatas, kek yang masih panas, dan haruman pandan memenuhi aroma ruang tamuku)

Jom sahabat, kita salin resepi mudah ini, oleh kerana Tun buat Marbel dari resepi kak Fida my Resepi, daku kongsikan resepi yang didapati dari blog Tun, korang boleh klik SINi untuk resepi asal tersebut. Tapikan, Tun punya kek lagi cun oooooo.....

Bahan-bahannya  (ku olah resepi asal, kerana bahan-bahan didapur tak sama dengan Tun punya)

250gram Buttercup **
4 Biji Telur **
1 3/4 cawan gula halus ** ayu guna  1 cawan sahaja
1/2 cawan susu segar ** kebetulan susu tinggal sedikit, simpanan di peti ais)
2 1/2 cawan Tepung naik sendiri ( Ayu guna jenama Blue Key)
Pewarna kuning telur -sedikit sahaja
Pewarna dan perisa Pandan - sedikit sahaja

Cara-Cara menyediakan

  1. Blanderkan bahan-bahan bertanda ** (kisar telur satu persatu, kemudian gula, kemudian susu dan diakhirkan buttercup)
  2. Keluarkan bahan blander ke dalam 1 mangkuk, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata, kemudian bahagikan kepada 2 mangkuk
  3. 1 Mangkuk tuangkan sedikit pewarna kuning dan 1 mangkuk lagi tuangkan sedikit pewarna Hijau
  4. Griskan loyang anda,masukkan adunan secara selang seli, kuning kemudian hijau (daku letak sedikit demi sedikit, untuk memastikan belang kek cantik)
  5. Panaskan oven pada suhu 160 darjah, selama 1 jam. 
  6. Selamat mencuba



PS: maafkan daku teman-teman yang sentiasa ke blogku, keterbatasan masa membuatkan daku kurang ke blog kalian, Namun ketahuilah setiap hari bila daku membuka blogku sendiri, didatangi komen membina dari teman-teman membuatkan diri ini sangat dihargai, TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN

23 ulasan:

Aisy Nasiha said...

berkobar-kobar buat pelbagai kek kebelakangan ni....best tul, kalau dekat dengan umah, nk mitak skit ni..

mama maman aka yana said...

wah... pasni ayu blh buka kedai kek pulak la.... hehe

Citarasa Rinduan said...

Aisy Nasiha:
kikiki.. kuasa luar biasa, bila kawan2 buat.. kita pun terus rasa nak buat,.. hehehehhe

PS: tapikan, jika bahan2 senang, mmg ayu buat.. jika sukar. adehhh!! tak reti

Citarasa Rinduan said...

mama yana:
hah!
hahhaha.. mama orang pertama y beli tau kalau tak laku.,.


PS: amin... mudahan2..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Cantik dan kaler maler kek tu ayu...

Citarasa Rinduan said...

Puan Ros ayu ada simpanan star brand...

terima kasih kak

Ardini Humaira said...

waaaa kek kegemaran dni! nyummsss... kalo raya gerenti beli kek ni hehe... sedap! suka :D nak buat sendiri jugakla nanti...


p/s: akak kalau nk kirim kajal eyeliner dengan dni pun boleh. RM10/pcs... brand miss rose ^__^ leh PM dni amni_shiro@yahoo.com. hehe

akuzle ayu said...

Rajin mencuba mendpt laba.. Hihi

Fadlina Nasir said...

wahh..kaler dah cantik,confirm sedap ni.. :))

umialya/k.tini said...

jika dekat nak juga suh ayu masakkan ntuk akak..

http://mimialya1.blogspot.com/2012/05/keputusan-ga-cuba-teka.html

Gen2Merah said...

semoga pekerja baru akan dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.. mat pagi kak ayu

Yana Shaiful said...

Salam K.Ayu..waaah makin bersemangat nk bt kek skg ekkss hihii..yana pun dh tergoda tgk kek marble kat umah Tun..versi akak pun best gak nii.. bau pandan yg mewangi dh menusuk kalbu..nk bt jgk lah ^_^

cinnamon.com said...

salam ayu.n selamat pg.

rajin ayu buat kek akhir2 ni.
bolehlah jual kek pulak kat kedai ayu tu.

norhidana said...

aduhla sedapnyer... rajin tul akak membaking skrg nih... dana nih beria2 beli majalah rasa tp lum kesempatan nk try membaking lg... huhui...

Acik Erna said...

acik pun jadi teringin nak buat..

Rai said...

nampak moist gila.. resepi ayu guna semua mudah guna blender je kan..

tun_telani said...

Salam kak ayu cayanggg!!!!!!!!!!! pagi ni baru datanggggg.. pantas betul akak nih.. hihi.. mmg sedap bau pandan tuu.. mesti time bakar umai dh x sabar nk nunggu kan =)

Nur-nba said...

Manalah Ayu dapat energy.. nak buat kek hari2 ni.. Sedap nampak kek ni.

kakchik@ella said...

wahhh .. dah pandai. KC bab-bab kek ni belum pernah cuba lagi ayu.

beeman4delight said...

hi...nice blog!
just blogwalking...visit my blog
http://beeman4delight.com.my
thanks

beeman4delight said...

hi...nice blog!
just blogwalking...visit my blog
http://beeman4delight.com.my
thanks

beeman4delight said...

hi...nice blog!
just blogwalking...visit my blog
http://beeman4delight.com.my
thanks

beeman4delight said...

hi...nice blog!
just blogwalking...visit my blog
http://beeman4delight.com.my
thanks