Sebenarnya, berkaitan kesihatan en zalie.. sebelum nie, ku pernah kongsi dengan kalian tentang penyakit en zalie iaitu OSA, disebabkan oksigen yang drop hingga 23%, en zalie telah terbaring (tidak sedar) selama setengah bulan di ICU pakar putri, Johor Baharu.
Hinggalah operation trachea (saluran pernafasan, dengan tebukkan di leher) telah dilakukan untuk memudahkan en zalie segera bangun tanpa bergantung pada mesin pernafasan 100%..
*********************
Selama en zalie tidak sedar, badannya telah membengkak, hingga timbulnya bed sore (mungkin ejaan aku salah) dan penyakit gout yang telah lama (10 tahun) dihadapinya meletup dibahagian buku lali pada kedua-dua kakinya, darah berserta darah seakan putih (dipanggil asid urid) telah keluar.
Hinggalah kesannya kaki kanan en zalie tidak rasa akibat masih terdapat pengumpulan asid urid hingga saat kini..
*******************
Walau en zalie boleh makan ikan bakar, tapi untuk penyedap rasa seperti sambal belacan.. ianya adalah makanan yang tidak sesuai untuk beliau, malah memudaratkan..
Memang enak kan… kalau makan ikan bakar, sayuran bening dan sambal belacan, atau budu atau cencaluk…peeh!!!! Lama aku tak makan, meleleq air liur.. heheheh
*****************
Untuk faktor-faktor kesejahteraan en zalie.. maka, pakar diet hospital HSI telah menyarankan……
1. Tidak boleh ambil ikan yang terdapat warna hitam dibahagian tengahnya seperti cencaru, kembong, mayong, pari, ikan bilis
1. Tidak boleh makan makanan kekacang, termasuk sayuran berkacang, kekacang seperti air soya, makanan ringan yang mengandungi kekacang atau apa-apa yang terdapat kekacang
2. Pati ayam,udang kering, udang geragau atau seangkatan dengannya seperti penyedap rasa tidak boleh diambil. Maka, sayuran en zalie hanyalah sayur dan bawang putih@bawang merah dan sedikit garam
3. Daging atau daging berdarah merah tidak termasuk ayam jua tidak boleh dimakan… so, kambing, daging lembu dilarang.. hehehe
4. Makanan laut, jua tidak boleh dimakan, maka.. aku sokong 100% dalam rumah tidak boleh ada sotong, udang, ketam, belangkas atau apa-apa makanan yang mengandungi asid urid.. kadangakala teringin nak makan, bila fikir en zalie aku tolak tepi keinginan itu.
5. Makanan dalaman ayam seperti hati, pedal jua tidak boleh diambil
6. Masakan berlemak, berminyak ku kurangkan.. dalam seminggu hanya sekali sahaja hidangan tersebut ku masakkan untuk beliau
7. Lebihkan buahan dan sayuran berdaun tapi ada sesetengah sayur tidak boleh dimakan seperti bayam, kobis, kekacang, bunga kobis, cendawan dan seangkatan yang mengandungi asid urid
PS: bila en zalie tidak boleh makan, walau kadangkala aku kasihankan en zalie.. kena lah terima kenyataan dan ku sokong apa yang en zalie tak boleh makan… so, dia tak makan.. aku pun tak makan sama… heheheh,
*******************
SELINGAN~buat masa ini dengan rawatan doktor dan rawatan fisioteraphy setiap bulan.. ku bermohon pada yang ESA agar satu hari kaki kanan en zalie beroleh kepada positif, maksudnya beliau dapat berjalan seperti sedia kala.. amin
Sedang mencuba air ECPI hampir 3 bulan, kesannya darah putih yang dipanggil asid urid sentiasa keluar dari buku lali en zalie, walhal dahulunya dah henti.. ku sedang tunggu keputusan ujian darah pada 27 julai nanti… insyallah.. berdebarnya hati ini….