Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, June 13, 2013

Resepi Roti manis secara manual

Sebelum nak syer resepi ini, daku nak menyapu dahulu rumahku yang berdebu, Fuhhhh!!!!!!!! Sawang yang banyak buat daku berat nak update blog. Bahahhahah.. dah dasar banyak kerja, nak buat macamana kan.. Mujurlah pagi ini ada kesempatan update blog sebelum nak bersilat di dapur CR

Hari selasa lepas kebetulan CR tidak beroperasi, sempatlah daku meroti. Itu pun sebab hati rasa tak best bila memandang tepung-tepung roti ada 2-3kilo dalam peti ais. Hahhahah... (masa beli tak agak2, macam nak niaga roti)

Okey mukadimah agak panjang.. Assalamualaikum pembaca blog CITARASA RINDUAN, salam 4 Syaaban.. Kurang lagi sebulan kita dah jumpa Ramadhan. Pastinya pelbagai idea suri rumah untuk memasak buat berbuka puasa, tak kurang juga ada yang rasa nak meroti , maiiiii daku syer resepi roti manis secara mengguna tanggan tanpa guna Bread Maker.

Jom semak resepinya
(roti manis yang lembut dan gebu)
Bahan-bahannya
Resepi asal: guru AMWAYku yang mengajar, tapi telah ku derhakakan pada kesenanganku mengunakan jari2ku.(manual)


  1. Tepung roti 400g**
  2. Yis mauripan 1/2 bungkus**
  3. Bread Softner 1 sudu teh**
  4. Bread improver 1 sudu teh**
  5. Gula pasir 2 sudu makan**
  6. Telur 1 biji (kocak dengan sudu)
  7. Susu Manis 2 sudu makan
  8. Air sejuk dari peti ais 200ml
  9. Garam sedikit sahaja (larutkan dalam air suam)
  10. Butter 50gram
*** sapuan atas roti ambil telur kuning yang dicampurkan air dan susu manis, sapu atas permukaan roti***

Cara menyediakan
  1. Panaskan oven selama 20minit, suhu 170c
  2. Bahan bertanda ** satukan dalam satu mangkuk, gaul rata semua bahan.
  3. Kemudian, masukkan telur, susu dan uli mengunakan air sejuk hingga adunan sebati. Jika adunan keras, tambah sedikit air.
  4. Masukkan air garam dan butter. Uli lagi hingga adunan tidak melekat pada jari
  5. Rehatkan adunan doh dalam 40 minit
  6. Bentukkan doh mengikut kesukaan anda, gunakanlah apa-apa sahaja loyang yang ada didapur.
  7. Biarkan adunan naik 2 kali ganda dalam masa 40minit, sapu permukaan atas roti dengan bahan sapuan***baru bakar. Masa bakar 25minit
  8. Jika roti dalam oven tidak berwarna kekuningan, tambah masa membakar. Jika mahukan warna roti yang tidak gelap, tutup permukaan loyang guna aliminium foil.
  9. Selamat mencuba

(jika ada lebihan doh, boleh pelbagaikan untuk buat mini pizza atau apa-apa sahaja kesukaan anda)

23 ulasan:

Mas said...

salam ayu...
geram tengok roti ayu yu....
gebuuuuu....
mas pun lama tak meroti..

Kakcik Seroja said...

Terima kasih Ayu kerana berkongsi resepi. Nanti mak suruh Bangcik buat...hehehe...

Unknown said...

Rajinnya ayu meroti. Kakpb tak larat dah...takat makan 3 org, selalu tak habis.

norhidana said...

akak tak nk pindah duk kl ke? kot2 blh jd jiran hari2 dana mkn sedap je

JunAina said...

Puas hati Ayu bila makan roti buatan sendiri. Bila la akak nak rajin2kan diri nih.

Salina Mat Isa said...

ni klu buat pakai resepi ni tk tentu lg jadi ke cm yg tuannya buat..huhu..tangan tak de bakat kot nak menguli...

faraherda.razalan said...

Peh! Hebat. Sy pun nak merajinkan jajri jemari utk meroti la....

Kniedaz said...

gebunya roti..terus rasa nak makan roti...hehehe

Puan Ida said...

ehm besnye pasni boleh buat roti sendiri
xyah beli kan
jimat hehehehe
jemput meriahkan blog saya ye
saya ni newbies blogger
umielman.blogspot.com
tq coz sudi nak jadi kawan saya

Lydia Miza said...

Izinkan adik copy. Tq akak! Nmpk sedappppppp

Nur-nba said...

Boleh buka kedai roti dah ni.. ;) Sedap dan gebu nampak roti tu..

insan marhaen said...

IM beli roti yang 'benggali' buat je. cecah dengan kari mamak....

azieazah said...

Selalu kagum, sebab AYU pandai masak macam-macam...!

Unknown said...

kalau ayie sampai sane nty, boleh ah btkn untuk ayie free kot..hehehe

Unknown said...

jeles btl tgk roti gebu ni..rsnye dlm almari pn ade lg tepung roti ni...nk kne selongkar jgk la gini hehehe..

Sunah Sakura said...

nak try nanti...wehuuu

Ratu Hatiku said...

gebunya tgk roti tu... sdpnya mkn panas2... :P

Sue Bee said...

kalo nak bagi permukaan roti tu perang, nak sapu apa eh?

miloaiskurangmanis said...

thanks ayu....
salin aje kot resepinya
nak buat tak tau entah bila...
ekekekeke

Unknown said...

he he he
mcm senang ler kak ayu
nak try ler.....asyik dok beli roti kat kedai jerr

thanks kak share resepi

Unknown said...

bread improver tu mcm mana ??

Unknown said...

Nak cube lah.nampak gebu je..

Unknown said...

Nak cube lah.nampak gebu je..