Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label dating. Show all posts
Showing posts with label dating. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Berjimba-jimba dengan BF, dengan scooter tu............

Selamat petang

Wah..hari ini aku dapat berjimba-jimba dengan en zalie berdua…sangat seronok ooo…jalan-jalan pusing kampong…dengan motor scooterku…

Sila jangan jeles yer, wahai adik beradikku semua…..kakak ko dapat gather2 berdua walau 2 jam kerana saat ini amat memadai…

Umai?? Dia ikut MIL dan FIL belanjer basah untuk citarasa rinduan, maklumlah esok dah start berniaga

*************************
Mulanya, ada adik ipar dengan suaminya belum balik kerumah mereka, dok santai-santai lagi..itu yang kami berdua tak kemana-mana, bila adik ipar balik ke pasir gudang…en zalie ajak keliling kampong…





Pic kredit to mr google

PS”Dan tiba-tiba aku rasa macam cerita 80an dulu-dulu dapat naik motor vespa dengan arwah atok…peeh…syok pekena angin petang….

Monday, May 17, 2010

AKU DATING DENGAN ORANG YANG KUPALING SAYANG


Semalam (16 hb mei 2010), aku sekeluarga bersua dengan seorang sahabat facebook yang dah lama aku kenali, seorang wanita yang paling aku akui seorang yang cekal hati, tabah, bersemangat waja, dan berani.. Masih bergelar penuntut di KUIS, bakal Siswazah yang aku rasakan terlalu istimewa... untuk kenal lebih dekat dengan adik ISMA HASYIM sila klik FB nyer.


Pertemuan kami tidak disengajakan, kerana aku terlihat di wall FB nyer, berkaitan perjalanan nyer ker jb... (jumaat 14hb Mei 2010)


Ya Allah... Dah dkat kul 5pg,. Masih sesat di JB Central... Cm ni rupanya bndar jb ekk... Kd oh kd..mana la kd ni... :( [via Celcom SMS]


Memang aku terlalu terkejut...sehingga aku seperti bermimpi...terus call handphonenyer, walaupun aku sedang sibuk memasak lauk pauk di dalam kedai...Alhamdullilah, kak Dian yang Isma kenali jua memalui FB telah membantunya...akhirnya jumpa juga ISMA dengan Kak Dian, memang jiwa kering sungguh adik ku itu....kalau aku..sure tak sampai...drive sorang-sorang pulak tu...alahai....


(15 hb mei 2010), aku berhasrat nak bersua, namun aku menghadapi masalah di kedai..dengan pekerja yang kurang, pelanggan tak putus-putus menyebabkan aku membatalkan hasrat nak bersua dengan isma

(16 hb mei 2010), barulah aku memberanikan diri untuk menelefon Isma...alhamdullilah, sebab isma sudi menerima pelawaanku, itupun dengan pertolongan kak dian yang memang good looking...sweet...suka lihat penampilan kak dian yang simple...terima kak dian, kerana sudi menemankan Isma bersua Ayu, dan terima kasih sebab sudi bersahabat dengan ayu...ayu hargai..

Jom..kita lihat gambar yang telah disnap oleh Isma dan Kak Dian,


(with hubby, my umai and me)
(seronok, dapat bergambar, Umai tengah buat muka ketat...sebab dia tak suka dipeluk, kesian juga kat isma sebab sukar nak kawal Umai, itulah Umai...tak suka duduk diam-diam)
Nak lihat posing yang kami sempat rakamkan....gambar nie ala-ala seksi gitu, maklumlah first time bersua,,kami tak boleh lepaskan begitu sahaja, isma nie manja..jangan pula korang ambil tanpa kebenaran aku..wacah........tapi untuk korang aku tayangkan....hahhaha...seksi bab apa eik...(gigi aku lah.................)
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
tara........
kami berpelukan....jangan cemburu ya si kembar Isma warrahma, ada jodoh kita pasti bersua..Amin



(gambar Kak Dian, yang senang aku kenali..)
cantikan.....

PS: First time dating dengan member FB...harap-harap akan datang ada jodoh nak jumpa dengan ISMA WARRAHMA.... doakan satu hari kita bersua..

Saturday, March 20, 2010

BILA DAH LAMA TAK BERJUMPA

ikutkan aku dah 2 tahun tak bersua dengan kawan baik zalie, sewaktu perkahwinannya 2005 aku dan zalie hadir ke rumahnya di taman subang bistari, shah alam

selepas dia melahirkan anaknya yang pertama 4 tahun yang lepas (2007), aku rajin juga borak2 dengan orang rumahnya...
nak katakan hubungan kami rapat lah juga, isterinya pun rajin lepak ke kedai kami..
disebabkan suaminya (musa) kawan baik zalie, aku akan layan sebaiknya hubungan yang kekal ada....sekurangnya, pelbagai ilmiah dan pandangan yang aku boleh kongsi dengan kawan2

seingat aku, sebab orang rumah musa, aku dapat peluang untuk `facial` di sebuah tempat yang mengunakan teknology air...sampai sekarang aku masih lagi mengunjungi kedai kecantikan tersebut

tengahari tadi, aku dikejutkan dengan kehadiran keluarga musa...
mula2 aku tak kenal, disebabkan mereka mendokong baby kecil...
oleh kerana perasan yang wajah mereka masih ada dalam peti memory aku nie, aku terus tegur,
alhamdullilah
firasatku benar...kawan zalie....MUSA...

tak sangka..dah 2 tahun tak bersua. mereka dah dikurniakan baby boy... maksudnya dah sepasanglah zuriat mereka...

ikutkan kata2x orang rumah musa, dia masih dalam pantang, iaitu sebulan,
terkejut yang amat,.......dari kuala lumpur terus singgah ke kedai makan kami,
sebelum sampai ke rumah mak Musa
sah.....
mereka dah rindu dengan makanan di kedai ku...
CITARASA RINDUAN
aku layan mereka, walaupun sedang sibuk dengan masakan di dapur....rindu nak dengar perkembangan mereka...





inilah rupa baby boy yang amatlah comel, iras orang rumah MUSA...aku tak ambil gambar isteri musa, sebabnya....aku ingat pesanan mak aku...`jangan ambil gambar orang dalam pantang....`
aku pun jenis yang banyak pantang....
hehehhehe



nielah rupa Musa, kawan Zalie masa kanak2x...dah 30 tahun mereka berkawan..semoga perkenalan dan persahabatan mereka kekal hingga akhir hayat
AMIN

Sunday, March 14, 2010

dating

untuk entry malam ini aku akan menceritakan kisah pengantin yang aku hadiri majlisnya


KAK NOI DAN SUAMI

yang pertama kak noi dan suaminya
kak nor nie sempoi sahaja perangainya
jenis yang happy good luck dan suka kepada benda yang simple
mudah katanya
berumahtangga bila usianya mencapai 46 tahun
tahniah kepada beliau....




gambar anak saudara kak noi, suka aku dengan gaun yang dipakainya.. umur sebaya umairah, namun wajah ayahnya persis arab dan ibunya campuran cina. membuatkan Alfa, seperti pan asia, ditambah raut wajahnya yang nampak matang....

umairah, masa ini sedang memperhatikan pengantin...makan nasi siap tambah 2 pinggan...
hehehehhe



ADIK IDA DAN GIANT

kedua mempelai ini, berkawin pada usia 24 tahun, anak kepada tukang masak untuk kenduri perkahwinan, oleh kerana aku rapat dengan ayah pengantin maka,aku dan keluarga dilayan dengan daging kambing baru...

mulanya malas nak makan, namum mengenangkan ayah pengantin yang masak...kami cuit2x sahaja...
terima kasih kepada kedua mempelai...kerana sudi bersalaman dengan kami


kek salutan coklat yang diberikan oleh mak saudara pengantin kepada umairah, aku cuit2x juga, sedap sungguh......kalau tak diet sah2x aku abiskan



tahniah kepada pengantin..
semoga berbahagia...pengantin perempuan merupakan cikgu sekolah agama felda sungai sayong, kulaijaya


seterusnya petang selepas aku berbelanjer `basah` untuk keperluan kedai...
aku ada satu dating dengan
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

terima kasih kerana sudi berkenalan dengan kami....
sebenarnya wak jenal membeli paste bandung...
semoga ada jodoh kami sekeluarga dapat bersua kembali





ahad yang mendebarkan....

salam ahad kawan-kawan
hari ini ada 2 jemputan kenduri perkahwinan
kedua-duanya di kampung ku

selain dari tu....
alahai..malulah nak kongsi
hahahhaha

aku nak umumkan yang aku ada dating....
tunggu entry malam nanti
jeng2x...jeng2