Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, August 24, 2010

HIBURAN ADALAH ERTI KEMERDEKAAN?


Seminggu lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun, jesteru itu kita sebagai pewaris Negara pasti menyambut dengan pelbagai cara..ada yang menunjukkan erti kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing, di premis atau rumah dan sebagainya. Adakah itu sudah mencukupi?

Begitu juga dengan stesen tv atau media, mereka berlumba-lumba mencari altenatif untuk menarik perhatian penonton, samada dengan dekumentari, drama pendek tentang kemerdekaan atau hiburan nyanyian dari artis yang mendengdangkan lagu patrotik mahupun lagu-lagu santai. Setujukan kalian?

Aku begitu bangga, sebagai anak Malaysia kita kaya dengan kemewahan hasil dari penat lelah datok mayang kita yang berjuang untuk menegakkan kemedekaan..

Namun, aku terkilan dengan pewaris era kini, yang menganggap remeh atas perjuangan mereka, bagi mereka merdeka adalah hari cuti yang hanya disambut di tempat-tempat istirehat seperti kawasan air terjun, pantai dan sebagainya ataupun, merdeka hanya disambut di hadapan jam yang menunjukkan detik 12 tengahmalam pada setiap 31 ogos dengan pekikkan dan lolongan kemudian disusuli dengan hiburan semata-mata..

Ada yang lebih merdeka, melakukan perbuatan haram seperti menonggak minuman keras, hubungan seks atau sebagainya, Nauzubbilla……itulah reality era kini,,

Bunyinya agak menggerunkan, namun itulah yang berlaku era kini…

PS: pandang wajah anak-anak kita, adik kita, saudara kita……pupuklah erti kemerdekaan yang sebenar agar mereka tahu susah payah datuk moyang kita menegakkan kemerdekaan. Itulah cara agar menunjukkan kita ingin merdeka dari dibelenggu masalah social pewaris Negara…MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA

Monday, August 23, 2010

KARIPAP INTI AYAM

Assalamualaikum, selamat malam……alhamdullilah, dah 13 hari kita berpuasa,syukur kerana kita diberi peluang sehari lagi untuk menunaikan ibadat puasa…semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki

Hari nie kan hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke tujuh, tujuh tahun menjadi suri kepada MOHAMAD RAZALI HAMIS, suka duka adalah rencah kehidupan…alhamdullilah jodoh kami kuat, masih bersama,…semoga panjang jodoh kami kekal hingga ke hujung hayat..amin

Hari niekan, tak adalah menu istimewa nak kongsi ngan korang…hanya menguji kemahiran yang tak betapa sempurna untuk diri sendiri..akhirnya terhasillah karipap inti ayam, resepi nie aku ambil dari sis Mas (duniaku)…terima kasih sis Mas, tapikan adalah aku derhaka sedikit..bukan niat nak menambah-nambah atau mengolah resepi…tapikan…aku kekurangan rencah di peti ais…itu yang terolah sedikit dari resepi asal…minta maaf sis Mas

Untuk kulit karipap inti ayam ini aku perolehi dari ibunda JUMIAH RAMLI terima kasih bonda,.


Jom kita semak sedikit resepi mudah ini

Bahan-bahannya

Kulit(tepung)

Tepung gandum 400gram

Minyak masak 10gram dipanaskan

Planta 2 sudu the dipanaskan diatas api

Air Garam suam

Inti Ayam

Keledek dan kentang 5 biji (dipotong dadu)

Serbuk kari ayam 1 bungkus RM 0.60

Bawang merah 3 biji blander

Bawang putih 2 biji blander

Ikan bilis atau udang kering (secukup rasa) blander

Garam 1 sudu teh

Ajinamoto 1 sudu teh

Gula 1 sudu teh

Isi ayam (bahagian dada) dipotong dadu

Daun kari

Daun sop

Minyak masak 10gram

Sedikit air


Cara-cara membuatnya

Kulit

  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas,tuang minyak dan planta pastikan masih panas, ianya pasti menghasilkan kulit karipap yang rangup
  2. uli tepung tersebut, masukkan air garam suam sedikit demi sedikit
  3. apabila sudah sekata dan lembut, buat bulatan untuk menghasilkan sebiji kulit karipap, ulang hingga habis.

Inti ayam

  1. panaskan minyak, masukkan daun kari, tumis bawang merah,putih dan ikan bilis/udang kering hingga naik bau, masukkan serbuk kari ayam.
  2. masukkan kentang/keledek/isi ayam, gaulkan dengan garam, ajinamoto, garam dan sedikit air
  3. tunggu hingga isi karipap itu empuk, perlahankan api, masukkan daun sop..apabila sudah empuk dan kering matikan api. Sejukkan inti ayam ini supaya inti tidak cepat basi.

Cara menjadikan sebiji karipap

  1. ambil sebiji kulit karipap, leperkan dengan mengelek mengunakan roll,
  2. masukkan isi inti ayam –terpulang anda samada isi dibubuh sedikit atau banyak,
  3. bentuk sama ada dengan kreativiti sendiri atau pencetak.
  4. panaskan minyak masak, apabila minyak panas, perlahankan api baru masukkan satu persatu karipap yang sudah terhasil
  5. apabila karipap masak kekuningan, angkat dan sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA