Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, September 2, 2010

SEDERHANA SELAGI BOLEH.........


Assalamualaikum, salam hari khamis….cepatnya masa berlalu, seminggu lagi kita dah nak menyambut lebaran….bagi si isterilah yang paling sibuk menguruskan persiapan….si bapa?....dok sibuk keluarkan duit simpanan, sampai pening kepala…anak-anak?….happy sebab dapat main bunga api, dapat baju raya, duit raya, makan kuih raya….

Bila sebut raya, yang paling seronok menyambutnya sudah tentu si anak….kita yang dah pernah rasa zaman kanak-kanak sudah tentu merasai kegembiraan mereka….

Kadangkala terpikir yang bila masa perayaan kita semakin meleburkan akaun simpanan, siap tabung ayam yang tak pernah dikorek pun kita rembat buat belanja itu ini…

Sampai kita lupa yang kita terlebih belanjer, mana taknya…kuih raya jer berjenis-jenis..yang rajin dan terro buat kuih raya sure leh berjimat…mana taknya?...bila buat sejenis kuih..selebihnya tepung dan bahan-bahan boleh di pelbagaikan, yang buat kuih tunjuk tu yang kadangkala terover sikit…

Tunjuk kiri….tunjuk kanan..bila rasa yang kanan macam sedap…jari tu pi tunjuk lagi yang lain…sampai tak sedar sebenarnya kuih muih tu sama jer rasanya, warna dan bentuk yang berbeza..…bila buat bayaran pula alahai!!!!!…….ratus-ratus ko….masa tulah dok kalut tepuk dahi…..

Belum lagi bercerita tentang baju raya, selalulah kan…si perempuan nie tak boleh sepasang baju…tak cukup ko..…kalau boleh wajib ada 2,3,4,5 helai baru ngam…sampai tak sedar dalam almari dah penuh ngan baju berwarna warni…dah macam pelangi..semua ada..

Kasut, beg…………..?...sama jer, nak ganti yang baru..yang lama?..simpan..buat menyemak kat almari..padahal, masih elok lagi…moleh dipakai..

Tu belum lagi yang jenis suka tukar sofa batu, langsir baru, tv baru, karpet baru….semualah nak baru….kalau boleh hutang, selagi tu nak berhutang…tersengihlah si bai karpet,si court maut….atau tauker-tauker kedai elektrik dan kedai perabot yang boleh ambil ansuran tu………..

Cukup-cukuplah berbelanjar…ingatlah masih ramai yang hidup dalam kesusahan…kalau rasa duit tu tak mencukupi nak beli barang-barang, beli setakat yang wajib sahaja, kalau terlebih duit…simpanlah buat keperluan kecemasan mendatang..atau yang rasa masih banyak lagi duit, sampai taktahu nak buat apa…molek korang pi derma dan sedekah kat anak yatim…itu lebih afdal..

PS: baju raya?...belum beli lagi….pakai baju yang masih elok kat almari..bersederhana selagi boleh……..

Wednesday, September 1, 2010

HADIAH KHAS UNTUK KORANG..............


Sape nak hadiah sempena raya?, angkat tangan………… (awat tak der yang angkat tangan nie?) adeh…..ni memang adiah khas untuk yang teristimewa….kiranya limited edition tau, dah..dah….tak yah nak angkat tangan sekarang, dah terlambat….heheheheh

Nak tau aku nak bagi kat sapa hadiah-hadiah tu ?.............jeng…jeng……..

Hadiah tu khas untuk pekerja indon aku yang balik ke kampong halaman esok bersamaan 2 september 2010…kapal terbang dari batam ke cilacap Indonesia, jam 2.30 petang, bolehlah depa nak agihkan cenderhati kat anak-anak atau sanak saudara…

Tiap-tiap tahun depa dapat simpan wang untuk pulang menyambut perayaan kat kampong depa….rezeki depa…boleh simpan wang lebih untuk dikongsi bersama anak saudara…amin

Depa balik selama sebulan, maksudnya…untuk CITARASA RINDUAN. Selepas seminggu meraikan syawal, kami tetap akan meneruskan urusniaga….walaupun pekerja tak mencukupi..namun, kami anak beranak akan meneruskan perniagaan…

PS: BEST gak dapat follow depa balik indon…………………..raya di sana...disana.....hehehhehe