Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, January 23, 2010

Mee Bandung


selamat malam yuyu
aku teringin sangat nak cerita betapa enaknya makanan yang dipanggil mee bandung
selalunya, orang akan kata mee bandung muar
ada juga yang kata mee bandung batu pahat

tapi
dikedaiku memang ada menjual mee bandung
bukan mee bandung muar atau daerah lain
paste nie,di masak oleh aku,
idea sebenarnya adalah ibu mertuaku yang tersayang
Puan Rusliah Bte Bakar

selalunya pelanggan yang selalu singgah
pasti akan merasai juadah ini

yuyu, kalau ko nak tahu aku akan sediakan sekuali besar paste mee bandung
bukan sikit-sikit aku sediakan
selalunya paste nie tahan dalam 2bulan

namun,dikedai aku
3 hari jer sekuali besar
pasti habis
nak sediakan paste mee bandung bukannya mudah
nak tunggu masak pun sampai 9jam
selalunya kalau aku buat
sah2x suamiku tak aku layan
dia boring betul
hehehhe
nak buat lagu mana dah kerja wajib aku
kenalah dia jaga chasier sorang-sorang
siannya abang
hehehheh

okeylah yuyu
aku nie bukannya pandai sangat nak promote
nampak macam aku banyak idea
bila aku start menulis
sah...
hancur......
macam semua bahan2x mee bandung tu aku blander kasi lumat

pada sesiapa yang berminat untuk membeli
paste mee bandung...
silalah
tinggalkan komen or email aku

disini aku sediakan cara-cara dan bahan untuk membuat mee bandung
(sebungkus paste untuk 3 orang makan)

bahan-bahannya
  1. paste bandung
  2. ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. mee setengah kilo (di rebus dengan air panas)
  4. garam 1 sudu
  5. ajinamoto 1 sudu
  6. sawi,kobis
  7. telur 3 biji
  8. air 1.5liter
cara membuatnya
  1. masukkan paste mee bandung kedalam periuk bersama air
  2. didihkan kesemua bahan2x bersama ayam @ udang @ sotong @ daging
  3. masukkan garam dan ajinamoto
  4. apabila mendidih,perlahankan api. Masukkan telur satu persatuan
  5. di akhirkan dengan sayuran yang dipotong keci-kecilan
  6. hias mee kuning dengan kuah bandung dan hiaskan dengan daun sop dan bawang goreng, siap untuk dimakan

ini pula respon dari kawan baikku selaku photografer
thanks ipin
pic ko memang best

aku copy dari blog dia
(kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan gambar untuk majlis pertunang,perkawinan dan lain-lain boleh klik ke http://ariffinkamil.com/blog/ )

Alhamdulilah syukur kpd Allah atas rahmatnya. Setelah 10 tahun menamatkan pengajian di PSP (Politeknik seberang Perai) pada tahun 99 inilah buat pertama kalinya reunion diadakan hasil dr group yg diwujudkan melalui Facebook setelah lebih kurang 3 bulan perancangan yg dilakukan.

Ajaib jugalah FB ni coz kwn2 lama yg mmg dh lama sngt tak jumpa kita boleh berjumpa,tahniah pd anda semua krn ada FB..hehehe

Terima Kasih kpd Kamal & family yg meng offer kan rumah beliau utk dijadikan tapak perjumpaan,harap kami semua tak menyusahlan anda ye kamal.Insyaallah utk yg akan dtg kita akan buat ditempat yg lebih bagus lg dgn jumlah komuniti yg lebih besar lg.

Terima Kasih pada yg sudi membantu utk persedian hari tersebut terutama sekali Ayu yg sanggup dtg dr Kulai utk menyediakan menu mee bandung,pada Bed yg sudi menyediakan tempat BBQ & terima kasih pada semua sekali krn tanpa kerjasama korang semua sudah tentu majlis ni tak dpt dilaksanakan.

Yang dtg dr jauh dr Kemaman,Kuantan,Melaka & Johor tu korang mmg hebat & bersemangat. Cayalah…

p/s: dlm seumur hidup aku ni lah mee bandung paling sedap pernah aku mkn..rugi plak aku tak makan bnyk…hehehe…thanks ayu mee bandung ko mmg ada kelas berbaloi-baloi.

Mohd Ariffin Kamil

Photographer 013-3361028 email: admin@ariffinkamil.com


2 ulasan:

akuchey said...

wahhh siap bersyair lagi.Buat mee bandung kena bersayir dulu ker baru rase sedap...paste mee bandung tu kene beli ker..ke buat sendiri.

Unknown said...

ajak: buat sendiri...kalau kau nak tau dr a - z...aku yg pegang kuali..nanti aku kluarkan entry bahan2x paste mee bandung yang aku buat tau...hope sudi2x kau jenguk blog aku